Related Posts with Thumbnails

Wednesday, March 25, 2009

Kuasa rakyat akan diuji lagi…..



Melihat kepada politik yang berlaku sekarang, situasi dan kondisi politik tanah air semakin menarik untuk diikuti bagi mereka yang dikatakan “hard core” kepada bidang politik, namun perkara yang perlu untuk diteliti juga ialah penerimaan di peringkat akar umbi iaitu grass root. Mungkin sudah terdapat rasa mual dan muak dikalangan segelintir masyarakat untuk mengambil tahu keadaan politik semasa sekarang.
Banyak perkara yang menarik untuk diperkatakan, perkara yang paling terbaru mengenai penggantungan akhbar yang berpengaruh dua parti yang terbesar dalam pakatan rakyat iaitu Harakah dan juga Suara Keadilan. Berkaitan dengan penggantungan dua akhbar ini, ia sebenarnya berkait rapat dengan apa yang akan berlaku selepas ini. Perkara yang terdekat ialah mengenai perhimpunan agung umno yang sedang hangat berlangsung sekarang ini, seterusnya berkait rapat dengan pilihan raya kecil yang akan berlangsung di tiga tempat serentak selepas ini. Semua ini saling berkaitan, mungkin ini yang dimanakan politik berat sebelah bukan politik demokrasi yang diwar-warkan.

Jika hendak mengulas mengenai semua perkara ini, saya merasakan bukanlah saya orang sesuai untuk memperkatanya kerana terdapat cukup ramai penganalisis politik di Negara yang cukup mahir dan tahu selok belok mengenainya, tetapi apa yang saya nak timbulkan mengenai kuasa rakyat yang perlu untuk dinilai dan diperhalusi. Sejauh manakah rakyat menerima sesuatu parti politik baik barisan nasional mahupun pakatan rakyat dalam keadaan sekarang yang suasananya mencari kelemahan masing-masing untuk didedahkan, seterusnya menidakkan penguasaannya. Bagi golongan yang sudah punyai pemikiran dengan idelogi yang dipegang mungkin tidak timbul masalah, akan tetapi masih ramai yang golongan masyarakat yang boleh berubah rubah melihat kepada kecenderungan dan penilaian hasil daripada pemerhatian.

Maka saya merasakan kuasa rakyat akan diuji bagi menentukan pentadbiran Negara yang ditentukan oleh rakyat itu sendiri. Rakyat perlu untuk tahu sejauh manakah peranan mereka dalam menentukan kepimpinan setiap peringkat. Saya merasakan juga bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul ini, maka rakyatlah yang selayaknya menentukan. Mungkin tidak perlu untuk menunggu pilihan raya yang akan datang tetapi dalam keadaan sekarang, rakyat juga boleh untuk bertindak mengikut cara dan jalan yang betul bagi menidakkan kezaliman yang berlaku.

Pada pilihan raya kecil yang akan berlaku pada tiga tempat ini sebenarnya akan memberi jawapan kepada semua, mungkin kita boleh rumuskan pihak yang menang pada pilihan raya kecil akan datang ini merupakan pihak yang boleh diterima oleh rakyat dan mewakili rakyat Malaysia yang lain. Kuasa rakyat yang akan menentukan segalanya.

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP