Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 27, 2009

Memahami pemikiran seorang pejuang

Wednesday, August 26, 2009

semoga cepat sembuh...

ketika melawat Faiz di hospital kajang..

Hospital seolah-seolah tempat persinggahan Faiz untuk berehat, bagus juga Faiz ni masuk hospital bagi dia rehat. kesihatan Faiz sejak kebelakangan agak kurang memuaskan. Dalam tempoh satu minggu ni dah dua kali dah masuk hospital. sudut luaran dia memang nampak kuat dengan fizikal yang baik tetapi sebenarnya Faiz ni punyai jiwa yang lembut dan hendak dibelai dan disayangi. Kerja berpersatuan dialah perancang utama, semua bahagian dia nak tahu tetapi hasilnya memang memuaskan. kredit untuk Faiz la....

kepada sahabat-sahabat seangkatan sekalian yang menyenali Faiz marilah sama-sama kita mendoakan agar kesihatan Faiz sentiasa dalam keadaan baik sempena Ramadhan yang mulia ini untuk kembali bersama-sama. Pesanan juga untuk semua untuk sama-sama kita membelai dengan menjiwai Faiz bukan sahaja Faiz tetapi juga sahabat-sahabat yang lain, mungkin kadang-kadang kawan-kawanlah tempat untuk sesorang itu bermanja... sekadar pandangan.....

Friday, August 21, 2009

Takut menempuh Ramadhan..

Dalam keadaan yang tidak cukup sedia untuk menanti kedatangan Ramadhan rasa takut dalam diri, risau pembawaan dalam bulan-bulan sebelum ini terus dibawa dalam bulan yang mulia, rasa belum cukup kuat untuk bertindak sebagai ahli ibadah yang sentiasa merebut apa yang terdapat dalam Ramadhan ini. Bagi orang soleh Ramadhan ini cukup nikmat untuk ditempuh, sabarnya tidak dapat dinanti-nanti tapi kita yang biasa imannya, rasanya tiada kelainan cuma sekadar menyedari kehadirannya dan kekosongan memenuhi diri.


Kepada penggerak mahasiswa kerja yang ada mesti diteruskan, niat diutamakan agar setiap kerja itu menjadi ibadah pada diri tetapi ibadah khusus jangan dilupakan, bacaan al-Quran dilazimi, solat malam digagahi, setiap masa luang yang ada dipenuhi dengan zikir.


Lahirnya kita daripada madrasah ramadhan ini sekurang-kurangnya hati dihindari kotoran yang lalu. Mudahan kita semua bernaung dbawah rahmatNya, bertindak sebagai seorang hamba yang sentiasa dambakan kasih sayang dariNya. Sesungguhnya syurga Allah amatlah mahal harganya…


Friday, August 7, 2009

Menelusuri Hari-hari….



Sesungguhnya hidup ini banyak pancarobanya, mehnah dan tribulasi menjadi menjadi lumrah dan sejauhmana dapat menghadapinya menjadi persoalan. kadang-kadang terfikir mungkin jika aku hidup pada zaman Rasulullah s.a.w, aku ini mungkin termasuk dalam golongan munafik mungkin digelar Abdullah bin Ubai, sungguh sedih kadang-kadang melihat kehidupan ini sehari-hari, banyak program yang dilakukan, disibukkan dan menjadi penyibuk tapi adakah semua itu memberi kesan untuk perkembangan Islam atau aku hanya beretorik untuk berjuang dimedan dakwah dalam membantu perkembangan Islam, atau mungkin nama dan jawatan yang aku cari selama ini, atau mungkin juga ada perkara lain yang tersirat yang aku cari.

Timbul pelbagai pesepsi kadang-kadang, sahabat-sahabat ramai yang bersama dengan aku, kononnya aku ini berjuang bersama-sama mereka, akulah yang lantang bersuara, kita kena berani, jangan takut, ini kerja baik bukan kita buat maksiat, buat apa nak sembunyi-sembunyi (ini mungkin antara dialog aku bersama sahabat-sahabat). Tapi rupanya akulah yang paling tidak jujur, konon nak tunjuk hebat tapi ada perkara lain yang dicari.

Kadang-kadang timbul rasa diri ini hebat, pandangan orang lain kurang bernas, kadang-kadang juga timbul rasa tidak puas hati terhadap seseorang dalam gerak kerja bersama, paling jahat ialah punyai hasat dengki dengan rakan seperjuangan
.
Teringat sirah bagaimana berlakunya peperangan saudara yang berlaku pada zaman Saidina Ali bin Abi Talib, dimana tercetusnya perang saudara iaitu peperangan Jamal. Pada masa ketika itu keadaan ummat Islam dalam keadaan yang agak hura- hara selepas kematian Saidina Uthman yang dibunuh, timbul bermacam-macam persoalan, siapakah yang membunuh Saidian Uthman dan perlu dihukum segera, siapakah yang akan dilantik menjadi Khalifah yang seterusnya dan pelbagai lagi. Pandangan –pandangan yang berbeza dalam persoalan inilah sedikit sebanyak menimbulkan perasaan tidak puas hati dan seumpamanya, ditambah pula dihasut dan dicucuk oleh musuh-musuh Islam. Kebanyakkan sahabat yang terlibat dalam peperangan ini adalah sahabat yang muqarrabin, bagaimana dalam peperangan ini ada dua pihak iaitu Saidina Ali dan Ummul Mukminin Saidatina A`isyah. Dalam peperangan ini ramai dikalangan sahabat yang terkorban.

Peristiwa ini cukup mengajar kita menjadi seorang pejuang yang betul-betul ikhlas di jalaNya. Bagaimana akhirnya Saidina Ali mengisytiharkan semua mereka yang terkorban dalam peperangan Jamal itu sebagai mati syahid dari kedua-dua pihak. Kerana beliau yakin setiap mereka yang berjuang dalam peperangan itu tiada lain mahu menegakkan kebenaran dan meninggikan syariat Islam.

Mungkin peristiwa ini jauh jika nak dibandingkan dengan ahli gerakan Islam sekarang tidak kira dimana, berlakunya perselisihan faham yang serius dalam kalangan pimpinan gerakan, adakah semua mereka yakin dan pasti setiap perselisihan itu tiada lain kecuali kebenaran dan keadilan dalam menegakkan syariat Islam. Sehinggakan kadang-kadang fitnah menfitnah dan kutuk mengutuk menjadi lumrah. Apatah lagi ahli gerakan Islam Kampus (JIK), diuniversiti, dialah mungkin antara yang terhebat berbahas dan berdebat serta begitu yakin dengan pandangannya tapi keluar ke medan masyarakat, cukup sekadar pandang dari jauh. Jika di kampus bila bercakap soal ini maka yang akan dikaitkan ialah hati, dan selalu didengar berkenaan masalah hati ini. Merangkumi lelaki mahupun perempuan, muslimin mahupun muslimat. Hati yang menjadi nilaian.

Oleh itu marilah sama-sama kita sedari supaya menjadi ahli gerakan yang punyai nilai bukan hanya dipandangan manusia tetapi yang paling penting pandangan di sisi yang maha Esa. Muhasabah perlu untuk sama-sama perbetulkan niat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menelusuri perjalanan di jalan ini. "Bergerak seiringan memimpin perubahan"

Tuesday, August 4, 2009

Nasyid yang mempunyai RUH

bersama ustaz Rikrik Hartadi (yang lincah beraksi atas pentas)

Sesungguhnya nasyid merupakan salah satu cara berhibur yang dianjurkan Islam, dan pelbagai cara dan jalan dalam menyampaikan dakwah melalui hiburan, saya begitu tertarik dengan kumpulan nasyid yang datang dari Indonesia iaitu Shoutul Harakah, muziknya begitu rancak sehingga mampu membuatkan orang bergoyang dengan semangat yang ditunjukkan. Saya bukanlah peminat nasyid dan memang kurang minat sejak azali lagi mungkin, seingat saya belum ada lirik nasyid yang pernah dihafaz saya keseluruhannya, mungkin corus-corus sahaja yang dingati, itu pun lagu-lagu yang popular dan biasa didengar semua orang.


Mengenali Shoutul Harakah menyebabkan saya begitu teruja dengan irama nasyid, mungkin cara dakwah sudah semakin terbuka dengan melihat kepada situasi dan keadaan masyarakat semasa. Mereka menggunakan muzik yang cukup rancak, beraksi dengan gaya yang menarik menyebabkan ramai yang tertarik. Lirik-lirik lagu yang cukup memberi kesan, dan mempunyai ruh. Saya yakin dan percaya peminat setia lagu shoutul harakah ini jika di Malaysia ialah kebanyakkan terdiri daripada gerakan pelajar dan menjadi fenomena bagi meniup semangat perjuangan.


Bila ditanya mengapakah menggunakan muzik yang rancak, mereka menyatakan untuk menyemarakan semangat jihad dan menjadikan jihad itu bukan untuk ditakuti. Lirik lagu yang dicipta juga dirujuk pakar-pakar syariah bagi menganalisa dengan lebih baik. Mungkin jika mendengar takbir sebelum ini menjadi sesuatu yang pelik dan ada yang takut mendengarnya walaupun muslim tapi setiap kali nyanyian mereka maka takbirlah yang dipenghujungnya supaya terbiasa dengannya.


Saya dan rakan-rakan sempat bersama dengan kumpulan Shoutul Harakah dan sedikit sebanyak dapat memberi semangat yang lain untuk terus bekerja di medan dakwah. Mungkin mereka sudah melangkah satu tapak dihadapan dalam bidang ini. Saya merasakan juga perlunya kumpulan nasyid di Malaysia ini perlu juga melangkah kehadapan bagi seiring dengan keperluan dan kehendak semasa.


Mereka ini bukanlah sepenuhnya dalam bidang nasyid tapi meluangkan masa untuk itu atas keperluan semasa. Kebanyakkan mereka mereka merupakan pemimpin masyarakat dan pemimpin ahli gerakan Islam(PKS). Sungguh hebat pembahagian masa mereka. Maka generasi ini perlu tahu masa berdakwah tiada had dan sempadan, terus menerus tanpa henti, setiap ruang dijadikan peluang.. Takbir!!!

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP