Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 18, 2009

Bayangkan 50 tahun akan datang….




Bayangkan kita di tahun 2059.

Ketika itu saya sudah berumur 73 tahun. Barangkali sudah punya cucu dan cicit. Atau mungkin sudah meninggal dunia. Mungkin juga ketika itu anak atau cucu saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh atau kelapan. Mungkin beliau dari Parti Islam Semalaysia (PAS). Atau jauh sedikit Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pasti bukan dari UMNO dan Barisan Nasional.

Ketika itu negara ini sudah mencecah lebih 100 tahun usia kemerdekaannya. Barangkali UKM pada ketika itu sudah tiada lagi bukit-bukitnya. Mungkin arca-arca tokoh perjuangan seperti yang nama-nama kolej kediaman itu dijadikan simbolik kepada perjuangan UKM, diletakkan di pintu hadapan UKM sebagai penyambut tetamu.

Bayangkan kita di tahun 2059

Ketika itu barangkali sahabat-sahabat saya sudah menjadi orang yang hebat dan menjadi tokoh dalam masyarakat, mungkin sahabat saya Idris sudah menjadi Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), mungkin Mubarak sudah memiliki syarikat sendiri dan punyai rangkaian seluruh Negara dengan menjana ekonomi Islam, mungkin Fadhil sudah mencipta satu teknologi yang baru dalam dunia IT,mungkin Fendi menjadi tokoh dalam bidang pendidikan, mungkin Hakim sudah menjadi saintis dengan penemuan-penemuan baru dalam biotech, kepala pun mungkin dah botak, mungkin nama Hafiz Razak sudah setaraf dengan Tuan Guru Dato` Dr Harun Din sekarang dalam bidang perubatan Islam, mungkin Azizan sudah menjadi pejuang dan bergelar As-syahid,Takbir!!!. Banyak lagi mungkin yang sudah menjadi ikon dalam masyarakat. (Barangkali sahabat-sahabat sedang tersenyum keharuan membaca entri ini. Atau juga sedang menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata di dalam hati: “Apa gilanya budak Ammar ni..”)

Bayangkan kita di tahun 2059

Waktu itu mahasiswa dan intelektual dari negara ini akan menguasai universiti terkemuka dunia, manakala universiti tempatan akan menjadi pusat kecemerlangan untuk cendekiawan antarabangsa.

Ketika itu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) sudah lebih gah daripada Universiti Harvard dan Oxford.

Tiada lagi AUKU. Mahasiswa mula hebat berfikir. Kritis, dinamis dan kompetitif. Ketika itu simbol wajah Che Guevara sudah tidak diminati lagi oleh golongan muda yang radikal. Potret Anuar Ibrahim sudah mulai menjadi hiasan dan kemegahan di baju dan batch di beg. Bagi JIK pula tiada lagi program-program tersembunyi(sir hazar) semua dizahirkan, hanya segelintir sahaja yang bukan menjadi ahli. Ruh Islam dapat dirasai dimana-mana.

Bayangkan kita di tahun 2059

Kita akan menjadi perintis tenaga alternatif, lahir daripada kelebihan kita dalam biofuell. Bandar raya kita paling ceria dengan gabungan kemudahan kosmopolitan yang bertunjangkan masyarakat adil dan bertolak ansur.

Waktu itu Kuala Lumpur sehebat New York. Genting Highlands lebih masyhur dari Monte Carlo. Dan Putrajaya jauh lebih hebat dari Tokyo dan Syedney. Singapura ketika itu hanya setaraf dengan Kangar barangkali.

Bayangkan kita di tahun 2059

UMNO ketika itu hanya sejarah, barangkali. Dan mungkin juga tiada lagi istilah Melayu, Cina atau India. Malaysia ketika itu milik semua. Semua kaum. Semua bangsa. Undang-undang Islam diguna pakai sepenuhnya, tiada lagi campur aduk, tiada lagi sekularisme. Keadilan menjadi tunjang pemerintahan Negara.

Tiada lagi curiga antara agama. Tiada lagi pertikaian tentang siapa tuan, siapa pendatang. Tiada lagi upacara hunus keris dan perarakkan kepala lembu oleh kepala-kepala rasis. Dan tiada lagi ugutan dan ancaman tentang penghapusan hak keistimewaan. Mereka itu semua mungkin sudah diingati sebagai pengkhianat kepada negara barangkali.

Bayangkan kita di tahun 2059

Cuba bayangkan.

Apakah kalian nampak warna-warna pencerahan?

"Anda boleh kata aku seorang pemimpi. Tapi sebenarnya bukan aku seorang sahaja. Aku berharap suatu hari nanti, anda akan bersama dengan kami. Dan dunia ini akan menjadi satu. " John Lennon, ‘Imagine’

5 comments:

Anonymous said...

kuat betul khayal ni, dasyat2 lak tu, jgn sampai lupa dunia sudah la....

Anonymous said...

best2x...cm nak je pe yg ust mimpikan mnjd kenyataan... insyaALLAH semoge mimpi e2 mnjadi nyatadengan izinNYA...

ungu said...

cuba juga bayangkan, memang warna-warna pencerahan tu nmpak la, wah menarik sekali ni.... tulis la bayangkan yg lain lak.. hehe

Anonymous said...

perggh, imaginasi tinggi ni, tp suka la, rasa macam boleh terjadi ja,patut la ust ni memang kuat berkhyal ni.. huhu

nurul asma mazlan said...

bg saya ini bukanlah satu khayalan tapi satu impian. jauh betul berfikir. pemikiran pragmitif. InsyaAllah, semoga Islam kembali gemilang.

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP