Related Posts with Thumbnails

Friday, January 1, 2010

GULA naik mungkin ada sebab yang munasabah


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tema 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ mempunyai sebab yang tersendiri mengapa harga gula dinaikkan. Harga gula dinaikkan sebanyak RM0.20 bermula tengah malam semalam sempena menyambut tahun baru 2010.

Jelaslah disini mungkin alasan yang diberikan ialah untuk menjaga kesihatan rakyat agar tidak menggunakan gula berlebihan supaya jauh dari penyakit. Alasannya juga lebih baik mencegah daripada mengubati.

Jika PEMERINTAH tidak melakukan sebegini, mungkin rakyat tidak sedar akan kepentingan menjaga kesihatan dan seumpamamnya. Jadi selepas ini semua makanan yang berantai akan dengan gula seperti susu, tepung, roti, biskut, dan barang rutin lain tidak akan naik. Mungkin kesemua barangan ini akan dikurangkan gula demi memastikan kesihatan rakyat diutamakan.

Kepada semua rakyat jangan bimbang dengan harga gula yang dinaikkan ini kerana jelas dan terang tiada lain, PEMERINTAH hanya mahu mengutamakan rakyat semata-mata berasaskan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

HIDUP SISTEM KAPITALIS dengan slogan yang tepat oleh Najib ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

2 comments:

kawan u said...

ni macam ayat perli ja, tapi memang betul pun, rakyat tidak nampak kezaliman yang pemerintah buat, kena perli baru la nak tau.. tunggu apa lagi.. nanti tukar kerajaansa

Ahmad Tajuddin said...

terbaik laaaaa najib....

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP