Related Posts with Thumbnails

Friday, November 7, 2008

SEMOGA BERBAHAGIA KEKAL KE ANAK CUCU….



Baitul muslim, 7 November hari jumaat jam lebih kurang 5.15 petang, sebuah ”masjid” telah selamat didirikan antara Ustaz Syakirin bersama pasangannya Ustazah Azieati. Majlis akad nikah itu telah dilangsungkan di sebuah surau yang terletak di Bandar Teknologi Kajang. Suasana yang tenang pada petang itu dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handal. Saya selaku anak usrah kepada Ustaz Syakirin turut sama diundang bersama Kazman dan Ramadhan.

Orang yang petah berpidato, hebat berceramah, gugup juga dihadapan tok kadhi, mungkin ini pengalaman yang cukup asing bagi Ustaz Syakirin, peringatan bersama. Terharu melihat naqib yang selama banyak bergurau senda disamping banyak ilmu yang telah dicurahkan telah bergelar sebagai suami. Ucapan tahniah diucapkan. Nasihat dan tunjuk ajar selama ini amatlah berharga kepada saya sebagai bekalan untuk menempuh hari-hari yang mendatang, insyAllah akan di jadikan pedoman.

Saya selaku anak usrah tidak layak untuk menasihati tetapi mungkin pesanan adik kepada abang, selepas ini jadikan perkahwinan ini sebagai platform untuk bergerak lebih aktif di medan dakwah. Jangan jadikan alasan berkeluarga untuk kita tidak mahu terlibat aktif, apapun saya yakin dengan naqib saya, beliau mampu menjadi seorang yang hebat.

Disini saya mendoakan agar ikatan penikahan ini terus menerus berkesinambungan ke anak cucu hendaknya dan mudah-mudahan juga lahirnya kader2 dakwah yang hebat2 meneruskan mata rantai perjuangan dari seorang ayah atau datuk melalui perkahwinan ini. Selamat menempuh alam perkahwinan moga berbahagia kekal ke anak cucu.........

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP