Related Posts with Thumbnails

Thursday, March 26, 2009

Jahiliah Moden Semakin Menjadi-Jadi


Isu perlakuan tidak melambangkan tindakan umat bertamadun pada hari ini, boleh disifatkan sebagai tindakan serupa pada zaman baginda Rasulullah s.a.w. di kalangan masyarakat 'jahiliah', malah terdapat daripada perbuatan itu sudah sampai peringkat yang mencemaskan banyak pihak.

Syeikh Muhammad Qutb (adik Syahid Saiyid Qutb) dalam bukunya 'Jahiliah kurun kedua puluh', ada menegaskan, bahawa masyarakat jahiliah adalah mereka yang tidak memiliki akhlak mulia, budi bahasa, sopan santun atau sifat-sifat yang baik, yang menyembah dunia dan segala bentuk kebendaan, yang lebih tepat lagi tidak berkiblatkan akidah kepada Allah SWT

Benarlah kenyataan yang pernah disebut oleh Khalifah agung, Sayidina Umar bin al-Khattab: "Sesungguhnya kemuliaan, keagungan, kekuatan Islam akan terhakis satu demi satu, jika masih terdapat di kalangan orang Islam yang tidak mengenal erti jahiliah." Maksudnya, apabila wujud di kalangan orang Islam masih terikat dengan amalan jahiliah, akhirnya kemuliaan, keagungan, kekuatan Islam akan keluar daripada dirinya sedikit demi sedikit, maka pada ketika itu dia tidak lagi menjadi manusia Muslim yang terikat dengan hukum-hukum Islam.

Sebagai contoh, penampilan seorang artis wanita di atas pentas dengan membuat persembahan di hadapan ribuan penonton lelaki, pada ketika dia menyampaikan persembahannya, dalam keadaan bersolek, berwangian, tidak menutup aurat serta tidak memakai tudung kepala, berpakaian ketat, mungkin juga nipis atau jarang, Nampak sana sini, kesemua itu adalah sebahagian daripada amalan jahiliah moden.

Seterusnya,saya melihat keadaan yang cukup hampir dengan diri saya sekarang iaitu keadaan dalam universiti dalam kampus tempat yang saya belajar sekarang, lain dan tidak bukan UKM jawapannya. Kadang-kadang naik pening, tempat yang dikatakan untuk melahirkan para cendiakwan,alim ulama`, pemimpin Negara, professional-profesional, pengarah-pengarah syarikat,dan semua perkara yang berkaitan dengan keintelektualan tempatnya bermula disini. Tetapi nilai yang dibawa tidak cenderung ke arah itu. Dengan program yang dianjurkan tidak melambangkan ciri-ciri yang sepatutnya, malah boleh merosakkan nilai yang ada,sebagai contoh majlis makan malam yang sibuk dijalankan sekarang ini diperingkat kolej kediaman, dengan tema yang pelbagai, dengan persembahan tarian, berpakaian menjolok mata, berhias melampau bagi perempuan dan pergaulan bebas lelaki perempuan. Macam dunia ini mereka yang punya, mungkin ini juga termasuk di dalam jahiliah moden dalam kurungan (jahiliah terpelajar).

Suka untuk saya menyentuh tentang nilai yang terdapat dikalangan Mahasiswa yang bertitlekan Islam, dari segi pakaian, perlakuan, dan pemikiran. Semua perkara ini jika diperhalusi kebanyakkan mahasiswa Islam ini, ia sudah semakin jauh dari nilai Islam yang sebenar dan sebahagiannya saya golongkan dalam jahiliah terpelajar. Kadang-kadang berpakaian melambangkan ciri-ciri Islam seperti bertudung tetapi berpelakuan tidak senonoh, malah ini boleh menimbulkan fitnah kepada Islam itu sendiri. Tauladan untuk ditunjukkan kepada orang bukan Islam tidak ada.

Perkara ini termasuklah dalam urusan pentadbiran negara, apabila peraturan, undang-undang serta hukum-hukum Islam yang termaktub dalam al-Quran tidak menjadi sandaran dan rujukan untuk dilaksanakan, para pemimpin lebih rela mengutamakan undang-undang sivil, termasuk yang diceduk daripada fahaman Sekularisme, Kapitalisme dan Sosialisme. Maka apabila undang-undang itu menjadi pegangan dalam kehidupan bernegara, maka berlakulah krisis keyakinan terhadap Islam dalam diri orang-orang Islam itu sendiri. Maka tidak hairanlah rakyat Malaysia kurang penghayatan terhadap Islam.

Sorotan laporan akhbar arus perdana serta siaran berita mengesahkan jahiliah moden itu. contohnya isteri menyimbah asid di muka suaminya akibat cemburu membabi buta hingga membawa kepada perceraian, perlakuan seks bebas dikalangan pelajar sekolah, memeras ugut pelajar, ponteng sekolah, terlibat dalam minuman keras, isu mat serta minah rempit yang tidak berkesudahan, budaya lepak yang menggambarkan pelakunya seperti tidak memahami dan mengetahui hala tuju hidup sebagai orang-orang Islam.

Lebih parah lagi apabila terdapat individu-individu bernama Islam yang membunuh mangsa dan meletupkan batang tubuh mayat bertujuan untuk menghilangkan bahan bukti, tidak kurang juga mangsa yang dirogol, kemudian dibunuh dan seterusnya dibakar. Begitu juga terdapat seorang anak yang menetak kepala ibunya sampai mati, seorang ayah yang merogol anak gadisnya (sumbang mahram), perlakuan memberi dan menerima rasuah, terlibat dalam urusan perjudian dan arak secara terang dan jelas, anak-anak luar nikah dicampakkan dalam tong sampah, dibuang di masjid dan bermacam-macam kes lagi.

Tidakkah semua tindakan itu dianggap sebagai perlakuan amalan jahiliah moden yang lebih parah daripada jahiliah di zaman Rasulullah s.a.w.

Pada waktu ini, maka layaklah ditimpa dengan pelbagai fitnah seperti terdapat orang Islam yang tidak memunaikan solat, ditimpa bencana alam seperti ribut petir, putting beliung, gempa bumi, banjir kilat, kematian berlaku di mana-mana dengan begitu mudah dan terdedah kepada pelbagai bentuk bala Allah.

Tujuan semua itu ditimpakan ke atas kita agar manusia seluruhnya kembali kepada fitrah asal kejadian mereka yang dicipta daripada tanah, air mani yang busuk lagi hina, supaya meletakkan keyakinan tinggi untuk menjadi hamba Allah dan hanya beribadat kepada-Nya.

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP