Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 6, 2009

Surat terbuka kepada sahabat-sahabat pelajar tahun akhir (UPTA)


Dengan lafaz bismillah kepada sahabat-sahabat tahun akhir (UPTA) yang dirahmati Allah SWT sekalian sesungguhnya kalian sekarang sudah menghabiskan pengajian di satu peringkat, maka selepas ini sahabat-sahabat sekalian akan bertebaran di muka bumi Allah ini membawa haluan masing-masing untuk belajar di satu peringkat yang lain pula. Mungkin lapangan selepas ini sudah jauh berbeza dengan kehidupan kampus. Lapangan realiti mungkin menanti sahabat-sahabat sekalian. Pastinya cabaran dan halangan semakin tinggi untuk didaki.

Kepada semua sahabat tahun akhir sesungguhnya begitu singkat masa yang berlalu, mungkin ada dikalangan sahabat belum puas untuk menikmati kehidupan kampus mencari segelumit pengalaman dan ilmu. Namun inilah realitinya, masa sentiasa bergerak mengikut sunnah yang ditetapkan, kitalah yang akan mencorakkannya mengikut acuan sendiri. Setiap permulaan sudah semestinya ada penghujungnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun disini penghujung setiap permulaan dan perpisahan setiap pertemuan sudah pastinya kebaikan yang diharapkan. Ukhuwah yang dijalin tidak akan putus hanya kerana tiada pertemuan tetapi tautan hati menjadi rantai ikatan.

Jika sahabat-sahabat sekalian begitu asyik dengan perjuangan kampus saat ini maka semestinya lebih teruja selepas ini menanti perjuangan di luar sana. Jika pengalaman berada di kampus menjadi sandaran maka pengalaman diluar sana menjadi harapan untuk dikecapi. Buktikan kampus bukan tempat beretorik semata-mata tetapi medan tarbiyah menuju medan realiti. Tidak kira dimana kita berada perjuangan mesti diteruskan, selagi langit dijunjung selagi itu Islam diperjuang. Perjuangan tidak akan mati hanya kerana berbeza tempat, berbeza suasana, berlainan situasi dan seumpamannya.

Sahabat-sahabat (UPTA) sekalian, harapan kami mahu melihat keluarnya sahabat-sahabat dari perbukitan Ilmu ini menjadi contoh tauladan kepada masyarakat, mejadi nadi dan tujang kepada agama Allah. Maka selepas ini ada dikalangan sahabat-sahabat menceburi bidang yang berbeza, mungkin juga selepas ini ramai yang berkeluarga, setiapnya ada tanggungjawab masing-masing,jika menjadi pekerja tahu tanggungjawab apa yagn perlu, jika menjadi ketua keluarga, tahu mencorak kearah mana nak dituju, semua kita adalah pemimpin mungkin bidang kuasa yang berlainan, apa yang penting menjadi pemimpin harapan agama.

Akhirnya memohon maaf sepanjang perkenalan di jalan ini, terdapat cacat dan cela, terguris bicara, yang penting jangan memendam rasa, doakan kejayaan bersama. Wallhu`alam…

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP