Ketika berbicara mengenai pemuda banyak hal yang menarik dan hal-hal yang menyenangkan kerana dalam fasa kepemudaan kita akan menemui bermacam hal tentang pencarian jatidiri dalam menyusuri setiap lembaran tirai masa depan yang masih terlihat samar-samar. Tidak dapat dipinggirkan bahawa dalam sejarah Islam pemuda ditakdirkan mempunyai peranan yang strategik yang diantaranya sebagai agent of change (Agen perubahan). Marilah kita tengok kebelakang, sirah Nabi saw sendiri membuktikan bahawasanya kebangkitan Islam pada masa Rasulullah SAW ditampung oleh tangan-tangan para pemudanya, serta pada era kejayaan dan keemasan di abad pertengahan pun demikian, para ilmuan itu adalah dikalangan muda.
Menurut Imam Syahid Hasan Al-Banna, perbaiki dirimu disamping menyeru kearah kebaikan, yang dalam hal ini dituju khas buat pemuda. Perbaiki individu (pemuda) tidak akan berjaya kecuali dengan memperbaiki jiwa. Perbaiki jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan dan pembinaan. Yang dimaksud dengan pembinaan adalah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna.
Cara yang paling baik menjangka(predik) masa depan adalah menciptakan masa depan dan tahukah anda siapakah pencipta masa depan itu,pencipta masa depan itu adalah dikalangan pemuda. Wahai pelopor perubahan marilah kita menciptakan masa depan itu dengan sebuah peradaban dan ketamadunan manusia berlandaskan garisan Hak Pencipta.
Sejarah terdahulu telah mengajar kita sebuah kaedah bahawa risalah yang agung haruslah dibawa oleh seorang rasul yang agung; sebuah misi besar haruslah diberikan kepada seorang pemikir yang besar; sebuah beban amanah yang berat haruslah dipikul oleh seseorang yang kuat untuk memikulnya, begitu juga di umpamakan sebilah pedang yang tajam hanyalah akan berguna jika ia berada dalam genggaman tangan seorang pahlawan yang berani. Mungkin begitu juga sebuah tamadun dibina apabila pemuda-pemudanya berindak sebagai pencetus.
Sesungguhnya, sebuah peradaban itu akan berhasil diwujudkan apabila kuat rasa keyakinan kepada-Nya, ikhlas dalam berjuang dijalan-Nya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan bersiap sedia untuk beramal dan berkorban dalam membinanya. Keempat-empat karakter diatas yakni iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan karakter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat dan itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.
Pemuda adalah muara peradaban dalam setiap fasa sejarah. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada para pemuda pembaharuan. Ia adalah moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia adalah aqidah yang murni dan akhlaq yang terpuji. Mungkin beginilah seharusnya pemuda!.