Pada saat dan ketika ini pelbagai peristiwa telah melanda dunia, semuanya hasil dari tangan-tangan manusia yang melakukan. Samaada baik mahupun buruk tetapi selalu dan kebiasaannya manusia ini hanya banyak mendatangkan kemudharatan sahaja.
Pelbagai isu banyak untuk diperkatakan, seperti biasa masing-masing punyai pengulasnya sendiri yang arif lagi bijaksana. Isu politik, isu kesihatan berkaitan babi, isu ekonomi dunia tapi yang paling terkesan ialah isu penindasan umat islam yang tidak pernah berhenti dan sentiasa berlarutan dan berkembang pula di seluruh pelusuk dunia bagai cendawan yang tumbuh. Hinanya umat islam di mata sesetengah penduduk dunia.
Tidak tertekan untuk menaip segala perkara yang berlaku, tapi hati semakin bergelora menyatakan protes.(Penindasan di selatan Thailand tanpa menunujukkan sebarang penyelesaian, penghapusan etnik minoriti Islam di xianjiang China, bagaimana seorang muslimah yang dibunuh didalam mahkamah di jerman Marwa al Sherbini,) Bukan hanya terhadap orang-orang kafir yang senantiasa memerangi orang islam tetapi kepada mereka yang bergelar sebagai orang Islam juga yang senantiasa menjunjung puak-puak yang zalim itu malahan berasa begitu bangga bila kerjasama dapat dijalinkan. Pergi jahanam mereka semua..
Melihat kepada masa hadapan, sudah semestinya tidak pasti tapi andaian sudah dapat dibuat, Islam semakin dagang bukan hanya di bumi orang negara bukan majoriti Islam tetapi juga dagang di Negara orang islam. Sekadar nama yang dimuliakan tetapi tidak diterjemahkan kepada perbuatan. Dimanakah tempat yang selayaknya Islam ini diterima secara keseluruhannya? Di dunia atau planet mana pula sepatutnya Islam ini dapat berkembang? Siapa pulakah yang sebetul-betulnya dapat menerima islam keseluruhannya? Semua jawapan ada pada diri setiap yang bernama makhluk….
Masa hadapan semakin runcing dan mengecil untuk Islam, moga Allah dapat pasakkan keimanan jitu dalam diri setiap yang bernama pejuang Islam, tidak goyah dalam melangkah, tidak gentar menelusuri jalan perjuangan.. moga semakin ramai juga yang dinamakan pejuang ini dilahirkan demi kegemilangan dan kesinambungan Islam pada masa hadapan.. janji Allah sudah pasti..