Sesungguhnya hidup ini banyak pancarobanya, mehnah dan tribulasi menjadi menjadi lumrah dan sejauhmana dapat menghadapinya menjadi persoalan. kadang-kadang terfikir mungkin jika aku hidup pada zaman Rasulullah s.a.w, aku ini mungkin termasuk dalam golongan munafik mungkin digelar Abdullah bin Ubai, sungguh sedih kadang-kadang melihat kehidupan ini sehari-hari, banyak program yang dilakukan, disibukkan dan menjadi penyibuk tapi adakah semua itu memberi kesan untuk perkembangan Islam atau aku hanya beretorik untuk berjuang dimedan dakwah dalam membantu perkembangan Islam, atau mungkin nama dan jawatan yang aku cari selama ini, atau mungkin juga ada perkara lain yang tersirat yang aku cari.
Timbul pelbagai pesepsi kadang-kadang, sahabat-sahabat ramai yang bersama dengan aku, kononnya aku ini berjuang bersama-sama mereka, akulah yang lantang bersuara,
kita kena berani, jangan takut, ini kerja baik bukan kita buat maksiat, buat apa nak sembunyi-sembunyi (ini mungkin antara dialog aku bersama sahabat-sahabat). Tapi rupanya akulah yang paling tidak jujur, konon nak tunjuk hebat tapi ada perkara lain yang dicari.
Kadang-kadang timbul rasa diri ini hebat, pandangan orang lain kurang bernas, kadang-kadang juga timbul rasa tidak puas hati terhadap seseorang dalam gerak kerja bersama, paling jahat ialah punyai hasat dengki dengan rakan seperjuangan
.
Teringat sirah bagaimana berlakunya peperangan saudara yang berlaku pada zaman Saidina Ali bin Abi Talib, dimana tercetusnya perang saudara iaitu peperangan Jamal. Pada masa ketika itu keadaan ummat Islam dalam keadaan yang agak hura- hara selepas kematian Saidina Uthman yang dibunuh, timbul bermacam-macam persoalan, siapakah yang membunuh Saidian Uthman dan perlu dihukum segera, siapakah yang akan dilantik menjadi Khalifah yang seterusnya dan pelbagai lagi. Pandangan –pandangan yang berbeza dalam persoalan inilah sedikit sebanyak menimbulkan perasaan tidak puas hati dan seumpamanya, ditambah pula dihasut dan dicucuk oleh musuh-musuh Islam. Kebanyakkan sahabat yang terlibat dalam peperangan ini adalah sahabat yang muqarrabin, bagaimana dalam peperangan ini ada dua pihak iaitu Saidina Ali dan Ummul Mukminin Saidatina A`isyah. Dalam peperangan ini ramai dikalangan sahabat yang terkorban.
Peristiwa ini cukup mengajar kita menjadi seorang pejuang yang betul-betul ikhlas di jalaNya. Bagaimana akhirnya Saidina Ali mengisytiharkan semua mereka yang terkorban dalam peperangan Jamal itu sebagai mati syahid dari kedua-dua pihak. Kerana beliau yakin setiap mereka yang berjuang dalam peperangan itu tiada lain mahu menegakkan kebenaran dan meninggikan syariat Islam.
Mungkin peristiwa ini jauh jika nak dibandingkan dengan ahli gerakan Islam sekarang tidak kira dimana, berlakunya perselisihan faham yang serius dalam kalangan pimpinan gerakan, adakah semua mereka yakin dan pasti setiap perselisihan itu tiada lain kecuali kebenaran dan keadilan dalam menegakkan syariat Islam. Sehinggakan kadang-kadang fitnah menfitnah dan kutuk mengutuk menjadi lumrah. Apatah lagi ahli gerakan Islam Kampus (JIK), diuniversiti, dialah mungkin antara yang terhebat berbahas dan berdebat serta begitu yakin dengan pandangannya tapi keluar ke medan masyarakat, cukup sekadar pandang dari jauh. Jika di kampus bila bercakap soal ini maka yang akan dikaitkan ialah hati, dan selalu didengar berkenaan masalah hati ini. Merangkumi lelaki mahupun perempuan, muslimin mahupun muslimat. Hati yang menjadi nilaian.
Oleh itu marilah sama-sama kita sedari supaya menjadi ahli gerakan yang punyai nilai bukan hanya dipandangan manusia tetapi yang paling penting pandangan di sisi yang maha Esa. Muhasabah perlu untuk sama-sama perbetulkan niat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menelusuri perjalanan di jalan ini.
"Bergerak seiringan memimpin perubahan"
0 comments:
Post a Comment