Berkeanaan isu penempatan bakal guru yang akan datang dimaklumkan akan dibekukan selama 2 tahun kerana masalah ekonomi yang semakin kurang stabil. Beribu-ribu bakal pendidik selepas ini terpaksa memikir perkejaan lain sebelum penempatan guru ini “dicairkan semula” .
Isu ekonomi merupakan isu pokok dalam hal ini, dikatakan juga kaki tangan kerajaan sekarang juga akan menerima nasib kurang baik, apabila elaun akan dikurangkan, dan projek-projek diminta didahulukan wang sendiri dahulu.
Tapi yang menjadi persoalan sekarang ini, isu ONE MALAYSIA tidak pernah menggambarkan Malaysia ini mempunyai masalah ekonomi, siap boleh join Formula One lagi. Slogan yang di uar-uarkan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” mungkin sesuai untuk ubah menjadi “kerajaan didahulukan rasuah diutamakan” , hakikat ini perlu untuk semua orang terima, betapa teruk amalan rasuah pemerintah sehinggakan kesengsaraan dialami rakyat.
Isu-isu yang belum selesai seperti skandal kapal selam yang Malaysia beli, berkenaan juga dengan zone bebas pelabuhan klang PKFZ dan pelbagai lagi isu berkaitan rasuah ini tidak pernah diselesaikan dengan baik.
Terbaru berkenaan PRK Bagan Pinang, tanyalah UMNO duit siapa yang mereka guna, hanya duit orang UMNO sahaja atau duit seluruh rakyat Malaysia. Duit bagaikan ditabur seperti pasir di tepi pantai Port Dickson itu. Dari mana duit itu datang? Dari langitkah?
Kepada rakan-rakan bakal guru sekalian, inilah realitinya yang kita semua kena hadapi, bolehlah selepas ini memikirkan kerja apa yang boleh dilakukan dahulu sebelum perkara ini selesai semula.Satu perkara lagi, dibekukan dan apakah jaminan yang bakal-bakal guru ini dapat “dicairkan” semula, sedangkan bakal-bakal guru dari pelbagai institusi pengajian tinggi yang akan bergraduan semakin bertambah, mereka pula bagaimana.
Kerajaan oh kerajaan ………..
saya mencadangkan kepada seluruh bakal-bakal guru terutama di Fakulti Pendidikan khusus juga dalam bidang Pendidikan al-Quran dan Pendidikan Islam tahun 4, mulai sekarang bolehlah membuat satu perancangan untuk masa hadapan selepas bergraduan tahun hadapan. Buat satu jadual masa kemana kita selepas ini, mahu sambung belajar terus ker , mahu bekerja ker, dan seumpamanya. Bagi mereka yang mahu dirikan rumah tangga teruskan dengan perancangan itu tetapi fikirkan cara yang terbaik agar dapat kurang perbelanjaan.
2 comments:
panjang lebar punye cite.... aku cari jugak sumbernye mane? letak sumber baru aku caye.... hampeh!
isu dah heboh dah, TNC UPSI sendiri yang ckap dalam satu majlis, NUTP pon dah respon dah, mahasiswa ja yg dok lembab lagi
Post a Comment