Kedengaran seperti ada satu golombang yang cuba membawa suara mahasiswa kehadapan. Saya tidak mampu untuk menghurai mengenai bacaan politik setiap kampus, kalau jadi begini apa sebabnya, kalau jadi begitu bagaimana jadinya? Gerakan mahasiswa berbeza pada setiap kampus mengikut keadaan dan situasi, mungkin pada umumnya, pilihan raya kampus yang mungkin dijadualkan pada januari depan bagi kebanyakkan kampus yang belum mengadakan pilihan raya yang tarikhnya ditunda seperti yang kita maklum, membawa erti yang cukup bermakna kepada gerakan pelajar. Dua kumpulan pelajar yang akan bertanding secara jelasnya, iaitu ASPIRASI yang sentiasa dibayangi HEP dan PRO M yang cuba untuk membebaskan mahasiswa dan membawa pembaharuan setaraf dengan nilai sebagai mahasiswa.
Pilihan raya diperingkat kampus UPSI baru2 ini melihat kebangkitan PRO M, ini salah satu petanda akan berlaku satu perubahan yang ketara pada kampus lain yang belum mengadakan pilihan raya kampus terutamanya kampus tumpuan seperti UM, UKM, UPM dan UIA yang berada di Lembah Klang. Sudah tiba masanya perubahan dilakukan, mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah yang semua aktivitinya dicatur guru mahupun pihak sekolah, kita perlu ingat mahasiswa merupakan aset kepada negara, yang akan mencaturkan negara pada masa akan datang. Kita cuba ketepikan politik luar yang pertembungannya semakin menarik untuk kita menilai, sekarang kita berpijak dibumi nyata dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kepada pentadbiran yang sentiasa menyekat gerakan mahasiswa, dan ada yang diberikan rasuah dan sebagainya, INGATLAH! Jika pemimpin negara pada masa akan datang punyai peribadi yang buruk, korupsi, penipuan dan seumpamanya, kamu juga harus dipertanggungjawabkan. Membunuh nilai2 yang ada pada mahasiswa..
Kita harus sedar sebagai mahasiswa, universiti lah sebagai gelanggang untuk kita untuk melatih diri membina keyakinan meneruskan kehidupan. jelmakanlah erti sebagai seorang mahasiswa...AYUH BANGUNLAH MAHASISWA BERSAMA MAHASISWA.......
1 comments:
betul-betul..bila azan dah panggil,dahulukn solat..pernah kena jugak..time tu baru balik kelas english kat klcc, di bulan ramadhan 1429 H yg lepas...jam dah pukul 5 ptg..mmg nk balik sgt2 sbb bukak puasa ari tu turn masak.
nak jadi story...jem lah K.L tu sebb Smart tutup dan hujan..nak kuar dari klcc nye parking pun dah 1 jam..belum lagi nak masuk jalan tun razak..solat asar pun belum lagi..jangkaan sempat solat di rumah..tapi Allah maha berkuasa, kami dapat lah patah balik ke klcc, solat asar kat masjid, tu pun dah jam 6.45 petang. Lewat sungguh. Malu pun ada sebb berlagak mcm sempat sampai ke rumah tuk solat asar..Huhuhu. Moral of the story- bila dah dgr azan..solat dulu..aktiviti dunia ditinggalkan sekejap..kalu ada peluang mesti dapat wat semula.
Post a Comment