Saya tidak pandai dan bukan selayaknya untuk mengulas mengenai politik Amerika, yang ironi mungkin jauh sekali, mungkin juga selama ini memang kurang berminat untuk mengikuti setiap inci perjalanan pilihanraya Amerika yang berlangsung untuk kali ini, tapi apa yang pastinya pilihanraya Amerika pada kali ini memberi impak yang berbeza kepada dunia dalam menilai sejauh mana keyakinan rakyat amerika kepada pemimpin yang mereka yakin. Negara-negara yang bergantung penuh kepada Amerika amat berharap kesinambungan pemimpin pada kali memberi ruang yang lebih baik untuk menerus agenda masing2.
Pada kali ini Presiden Amerika yang ke 44 merupakan seorang warga kulit hitam(negro), iaitu Barack Obama yang merupakan warga kulit hitam pertama yang akan mendiami Rumah Putih mewakili wakil Presiden dari parti Demokrat, dari sudut peribadi Obama mempunyai sejarahnya yang amat unik. Apa pun kemenangan yang dicapai oleh Obama pada kali ini seperti memberikan harapan baru untuk Amerika dan juga negara yang dunia yang banyak bergantung kepada Amerika. Kemenangan Obama bukanlah memberikan keselesaan yang beliau akan kecapi tetapi masalah yang perlu diselasaikan dengan barahnya keadaan ekonomi Amerika sekarang, dengan masalah diplomasi dengan negara-negara tertentu, peperangan yang belum selesai di Afghaniftan, Iraq yang menggunakan label untuk menjaga keaaman. Semua perkara ini yang perlu untuk Obama selesaikan. Mungkin kemenangannya tepat pada waktu dan masanya.
Apapun perkara yang penting bagaimana reaksi dan tindakan beliau terhadap negara islam, Obama pernah mengeluarkan kenyataan sebagai Pro kepada Yahudi dan Israel pada kunjungan beliau ketika dahulu semasa lawatan beliau ke negara tersebut. Adakah Obama akan meneruskan kesinambungan atau tradisi Presiden yang lepas, tetapi adatnya begitu, kerjasama dengan Yahudi tidak dapat dielakkan kerana mereka yang banyak mengawal ekonomi dan aset negara tersebut. Adakah negara-negara Islam akn terus ditindas atau sebaliknya. Namun, Obama juga telah menyatakan bahawa beliau merupakan seorang yang anti perang, dan wujud dalam manifesto beliau untuk menarik balik tentera Amerika di Iraq dalam masa terdekat selepas beliau menjadi Presiden Amerika. Ini menunjuk sikap beliau yang lembut terhadap Islam itu sendiri. Bagaimana negara-negara Islam yang dilabel sebagai pengganas oleh Amerika selepas ini, manakah arah tujunya.
Kita mengharapkan kemenangan Obama memberi harapan baru kepada dunia Islam bukan sekadar hubungan dengan negara-negara Islam malahan bagaimana hubungan dengan umat Islam itu sendiri terutamanya rakyat Amerika yang beragama Islam. Mungkin berdasarkan pengalaman beliau yang pernah belajar di negara Islam iaitu di Indonesia, Obama sedikit sebanyak pernah bergaul dengan orang Islam dan memberi keyakinan kepada beliau bahawa Islam bukanlah agama yang menganjurkan kegaganasan.
1 comments:
Hmmm...topik yg sedang hangat diperkatakan bagi yang mempunyai kesedaran...
Walaupun kemenangan Obama melalui Parti Demokrat melakar sejarah baru Amerika Syarikat apabila telah diangkat sebagai orang kulit hitam pertama sebagai Presiden AS, namun sejauh mana dasar luar AS yang dilihat sering mencabuli terutamanya Negara Islam akan berubah...adakah selari dengan manifestonya "Change"...mungkinkah perubahan ke arah keuntungan kepada Amerika sebagai polis dunia atau keuntungan kepada dunia dengan keadilan.
Masa Bush mewakili Parti Republikan diumumkan menang sebagai Presiden AS setelah mengalahkan Bill Clinton (Parti Demokrat) , masyarakat dunia turut menumpang kegembiraan kerana mengharapkan perubahan yang baik untuk mereka. Hakikatnya, apa yang berlaku rupanya lebih zalim dan teruk. Apabila diteliti, tidak kiralah parti mana sekalipun, tapi kalau dasarnya hanya kepentingan sendiri...itu tidak beguna malah membawa mudarat.
Seharusnya masyarakat perlu memikirkan apa perancangan dan sentiasa bersedia tidak kira perubahan yang ingin dilakukan Presiden AS...
P/s: Penduduk AS bersedia menukar pemimpin mereka...bila lagi penduduk Malaysia ni nak mengangkat Ulama sebagai pemimpin Malaysia...(fikir-fikirkanlah)
Wallahu'alam...
Post a Comment