Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 2, 2009

ISIUKM BERORIENTASIKAN PROGRAM ATAU BERORIENTASIKAN GERAKAN


ISIUKM merupakan satu-satunya persatuan yang secara jelasnya mendaulatkan Islam dengan VISI yang dibawa iaitu memperjuangan Islam sebagai Addeen dan cara hidup bagi masyarakat Kampus UKM dengan penerapan nilai-nilai Islam yang syumul,oleh itu VISI yang dibawa ini,kadang-kadang perlunya ada penilaian yang dapat seimbangkan apa yang hendak dicapai dan menjadi kewajipan kepada seluruh ahli ISIUKM mengetahui mengenai VISI tersebut, seterusnya disebar luaskan kepada sluruh warga kampus yang lain. Persatuan yang sudah lama bertapak di bumi UKM ini mempunyai sejarah yang tersendiri dalam memperjuangan Islam di bumi UKM ini dan kadang-kadang wujudnya sindrom kembang dan layu.

Jika melihat dari masa ke semasa persatuan yang dikatakan yang sudah cukup kukuh ini(establish) yang selama ini menaungi seluruh mahasiswa Islam di UKM ini, saban tahun terdapat pelbagai program yang dianjurkan, semua ini bertitik tolak berdasarkan VISI dan MISI ISIUKM itu sendiri dalam penganjuran program yang dijalankan. ISIUKM sebagai badan atau organisasi Islam, ataupun dikatakan sebagai ( TANZIM), yang secara jelaskan menyampaikan mesej dakwah kepada seluruh warga kampus UKM. Setiap program yang dianjurkan punyai matlamat yang hendak dicapai dalam agenda dakwah yang hendak disampaikan.

Oleh itu setiap program yang dianjurkan bukanlah hanya semata-mata berorientasikan program sahaja tetapi perlu untuk kita melihat lebih jauh lagi bagaimana mesej yang hendak dicapai dan perlunya kepada beroreintasikan gerakan itu sendiri. Terdapatnya pelbagai persatuan yang wujud di UKM ini dan senantiasa mengadakan pelbagai program. Tetapi perbezaan yang perlu untuk kita semua fahami bagaimana konsep yang hendak dibawa ISIUKM dalam memasyarakat masyarakat kampus dengan budaya Islam yang sebenar. Program yang dijalankan tidak berkesudahan disitu sahaja, tetapi akan diteruskan lagi kepada peringkat-peringkat seterusnya. Inilah yang dikatakan sebagai beroreintasiakan gerakan yang sentiasa bergerak dari satu tahap kepada tahap yang lain supaya dapat menjadikan masyarakat kampus yang dapat memahami Islam secara keseluruhannya.

Bilamana disebut beroreintasi gerakan perlunya kita semua maklum terutama kepada penggerak ISIUKM tidak kira dimana-mana peringkat sekalipun, perlunya kebersediaan untuk senantiasa(istiqamah) bersama-sama menjalankan program yang dijalankan. Setiapnya punyai posisi yang pelbagai dalam mengerakkan ISIUKM. Setiap daripada kita ini merupakan ahli gerakan yang mana perlunya kepada gerak kerja sendiri. Sumbangan dari segi idea dan tenaga sebenarnya seharusnya tidak pernah untuk berhenti kerana perkara inilah yang membantu usaha gerakan dakwah ISIUKM.

Program yang dijalankan bukanlah sekadar program seperti melepaskan batuk ditangga, banyak program tetapi kesannya kurang. Perlunya setiap ahli ISIUKM tahu tentang kelangsungan program ISIUKM ini serta bersama-sama menjaya program. Kepada penggerak ISIUKM pula, perlu tahu program bukan nilaian kita dalam meneruskan agenda dakwah, berlumba-lumba mengadakan program bukanlah cara yang terbaik tetapi menilai sejauh mana program yang dijalankan itu mencapai kepada golongan target yang sepatutnya merupakan matlamat utama, bukan program hanya berlegar dikalangan penggerak sahaja, berpencak dikalangan sendiri akhirnya letih bekerja namun tidak mencapai sepenuhnya matlamat yang dikehendaki.

Wujudnya kefahaman yang jelas dikalangan penggerak ISIUKM, dan digabung jalinkan dengan kotmitmen yang jitu antara mereka maka kesan yang akan lahir selepas ini akan memberikan impak yang tinggi dalam usaha melahirkan kader-kader dakwah yang bersama dalam perjuangan Islam itu sendiri. Oleh marilah kita sama-sama memahami konsep dakwah yang sebenar agar kita sama-sama dapat “Bergerak Seiringan Memimpin Perubahan”. Walahua`lam


0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP