Banyak kenangan bersama WA, jika aku pulang, subuh dia la yang cuba kejutkan agar dapat solat berjemaah di surau bersama. Dia suka berjalan-jalan, cakap saja nak kemana, boleh saja untuk ikut, aku pernah bercita-cita jika punyai kereta dan pendapat sendiri, mahu saja aku bawanya berjalan-jalan melancong, banyak saja cerita nak kongsi bersama. Cerita zaman jepun pun ada. Hobinya ialah berjalan-jalan ziarah rumah-rumah di kampung dan amalan hariannya yang sentiasa dijaga. Sakit memang jarang, Bila dengar saja kematiannya aku terus pulang tanpa berfikir panjang, walaupun ada banyak kerja yang belum aku selesaikan,aku pernah berazam, aku akan jadi orang pertama untuk mengusung kerandanya, namum kepulangan aku tidak sempat menatap wajahnya untuk kali terakhir kerana di kebumikan awal.
Semasa perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung, satu pengalaman baru yang aku tempuhi, aku tertinggal bas di tengah lebuhraya, bas berhenti untuk mengisi minyak, aku turun sebentar untuk solat asar, tiba-tiba saja aku keluar, aku sudah Nampak kelibat bas bergerak di jalan raya, tidak sempat untuk kejar. Aku tenangkan diri, bermula tamrin baru untuk aku, aku jadi seperti penjual ubat, dari satu kereta ke satu kereta minta untuk tumpang, susah untuk orang bagi kebenaran, namun yang aku risaukan ialah laptop aku dalam bas yang aku tinggalkan, sebab asigment banyak dalam tu yang nak kena hantar. Jika tidak tertinggal laptop mesti mudah kerja aku.
Aku terdengar perbualan orang utara di salah sebuah kereta. Aku tanpa segan silu pun bertanya, “abang nak pergi ke mana?, jawabnya Alor Setar, jadi tepat la mangsa yang aku cari, jadi aku pun cerita apa yang berlaku… bila mana dibenarkan, aku terus naik kereta,sebuah kereta yang cukup selesa(Rexton), namun abang yang mengizinkan aku tumpang itu hanyalah pemandu(driver), bos dia ada di sebelah, apa lagi masa dalam kereta beraju-aju soalan dari bos dia(encik Zambri) seorang engineer tanyakan pada aku, sehinggakan kad pengenalan pun di minta, orang zaman sekarang macam-macam pun boleh berlaku(telahan dia), dia risau aku cuba ambil kesempatan, aku tenang ja. Dalam kereta kami bersembang panjang, sehinggalah Encik Zambri tadi pun mempercayai dan menawarkan aku untuk hantar terus ke rumah. Tapi aku berharap dapat mengejar bas itu semula kerana beg laptop.
Pecutan kereta itu memang tak dirasai dalam km/j 160-180. Tiba di satu tol aku Nampak kelibat bas itu jadi kami tunggu dihadapan. Aku pun tahan bas itu, abang itu meminta supaya aku ambil beg dan pulang bersama mereka, tapi cukuplah pertolongan tadi,itu dah cukup bermakna, aku menolak pelawaan itu untuk naik bas semula. Secara ringkasnya begitu walaupun panjang cerita. semua ini rasa macam mimpi ja,jadi jangan takut untuk tertinggal bas. Pengajaran bersama pertolongan Allah berada di mana-mana saja.
Akhirnya aku doakan agar roh WA dicucuri rahmat oleh Allah swt dan sentiasa bersama-sama orang yang beramal soleh, gurau senda bersamamu menjadi ingatan di hati ini. Sesungguhnya ramai yang akan merinduimu selepas ini, hargailah mereka yang masih ada disekeliling kita.. wallahua`lam……
0 comments:
Post a Comment