Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 4, 2009

Nasyid yang mempunyai RUH

bersama ustaz Rikrik Hartadi (yang lincah beraksi atas pentas)

Sesungguhnya nasyid merupakan salah satu cara berhibur yang dianjurkan Islam, dan pelbagai cara dan jalan dalam menyampaikan dakwah melalui hiburan, saya begitu tertarik dengan kumpulan nasyid yang datang dari Indonesia iaitu Shoutul Harakah, muziknya begitu rancak sehingga mampu membuatkan orang bergoyang dengan semangat yang ditunjukkan. Saya bukanlah peminat nasyid dan memang kurang minat sejak azali lagi mungkin, seingat saya belum ada lirik nasyid yang pernah dihafaz saya keseluruhannya, mungkin corus-corus sahaja yang dingati, itu pun lagu-lagu yang popular dan biasa didengar semua orang.


Mengenali Shoutul Harakah menyebabkan saya begitu teruja dengan irama nasyid, mungkin cara dakwah sudah semakin terbuka dengan melihat kepada situasi dan keadaan masyarakat semasa. Mereka menggunakan muzik yang cukup rancak, beraksi dengan gaya yang menarik menyebabkan ramai yang tertarik. Lirik-lirik lagu yang cukup memberi kesan, dan mempunyai ruh. Saya yakin dan percaya peminat setia lagu shoutul harakah ini jika di Malaysia ialah kebanyakkan terdiri daripada gerakan pelajar dan menjadi fenomena bagi meniup semangat perjuangan.


Bila ditanya mengapakah menggunakan muzik yang rancak, mereka menyatakan untuk menyemarakan semangat jihad dan menjadikan jihad itu bukan untuk ditakuti. Lirik lagu yang dicipta juga dirujuk pakar-pakar syariah bagi menganalisa dengan lebih baik. Mungkin jika mendengar takbir sebelum ini menjadi sesuatu yang pelik dan ada yang takut mendengarnya walaupun muslim tapi setiap kali nyanyian mereka maka takbirlah yang dipenghujungnya supaya terbiasa dengannya.


Saya dan rakan-rakan sempat bersama dengan kumpulan Shoutul Harakah dan sedikit sebanyak dapat memberi semangat yang lain untuk terus bekerja di medan dakwah. Mungkin mereka sudah melangkah satu tapak dihadapan dalam bidang ini. Saya merasakan juga perlunya kumpulan nasyid di Malaysia ini perlu juga melangkah kehadapan bagi seiring dengan keperluan dan kehendak semasa.


Mereka ini bukanlah sepenuhnya dalam bidang nasyid tapi meluangkan masa untuk itu atas keperluan semasa. Kebanyakkan mereka mereka merupakan pemimpin masyarakat dan pemimpin ahli gerakan Islam(PKS). Sungguh hebat pembahagian masa mereka. Maka generasi ini perlu tahu masa berdakwah tiada had dan sempadan, terus menerus tanpa henti, setiap ruang dijadikan peluang.. Takbir!!!

1 comments:

Anonymous said...

kumpulan nasyid malaysia semua jenis jiwang2 ja nak tiup semangat jihad mcmmana, nak cari duit masuk poket ja, pakaian nak gembaq, muka nak jambu.... msg dakwah ntah sampai ker tidak.

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP