Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 28, 2009

"Runtuh-runtuh" dah menjadi kebiasaan



Kita baru digemparkan dengan jambatan runtuh yang berlaku di sebuah sekolah di Kampar Perak, dan mengakibatkan seorang meninggal dunia dan dua lagi masih hilang. Perkara ini berlaku ketika perkhemahan 1 malaysia yang dianjurkan pejabat pendidikan daerah diadakan.

Amat mengecewakan bila terjadi kes ini, tindakan segera yang diambil ialah mewujudkan satu jawatan kuasa khas bagi menyiasat kes tersebut. Maka selepas ini mugkin ada anak-anak haruan yang akan didakwa. Kebanyakkan menteri (bapak haruan)turun dan menyatakan simpati dengan apa yang berlaku dan akan selesaikan perkara ini.

Kes runtuhan ini sudah menjadi kebiasaan, keretakkan bangunan dan seumpamanya. Syarikat-syarikat kontrak yang sudah tersedia menunggu masa untuk mendapat kontrak pengubahsuaian, maka kroni-kroni yang mendapat untung. Susah hendak dikatakan. Jika projek yang besar-besar mungkin keuntungannya banyak tapi ini setakat buat jambatan gantung melintasi sungai, masih lagi ada perkara yang tidak kena. Keselamatan bukan lagi jaminan utama kontraktor yang mendapat projek membuatnya tapi keuntungan yang akan dapat.

Mungkin dalam masa sekarang beratus-ratus bangunan yang tunggu masa untuk runtuh. Mungkin sedang mengikut giliran masing-masing. Tetapi yang pastinya yang akan menjadi mangsa rakyat jelata, kerajaan janjikan pembangunan yang hebat-hebat, peruntukan kerajaan dalam bidang pembangunan cukup banyak, boleh dilihat dalam bajet yang dibentangkan baru-baru ini dan hasilnya rakyat juga akan dapat, tidak pasti sama ada baik ataupun buruk.

Jika siasatan dijalankan dan jawatan kuasa khas juga ditubuhkan, konon-kononnya la. Sepatutnya juga sebelum ini juga setiap keretakan dan keruntuhan yang berlaku juga dijalankan, buka balik fail tentang projek berkenaan,berapa peruntukan yang disediakan, tengok sistem masuk keluar wang, bahan kualiti atau pun tidak, dan siapa orang yang terlibat. Mungkin sekadar apa yang saya tahu tentang apa kalau hendak siasat dan saya yakin jawatan kuasa siasatan jauh lebih bijak menganalisa.

Perkara ini mugkin dapat dibendung,jika bermula dari peringkat yang teringgi(bapak haruan), semua projek sediakan panel khas terutama projek yang besar. Di mata masyrakat, merekalah yang paling menjaga kebajikan rakyat, mengambil berat, memberi bantuan tetapi sebenarnya dibelakang tabir, merekalah yang menodai hak rakyat.

5 comments:

ibnuZul said...

nak tunggu jambatan Pulau pinang runtuh kot...
takziah kpd semua jurutera malaysia

jagung said...

bukan salah 'semua' jurutera Malaysia

Anonymous said...

salam,ni lama mana ni proses pengubahsuaian, mcm x berubah apa2 pon.. dah bersarang sangat dah

AHMAD AMMAR ISHAK said...

maaf blog ni dalam proses lagi, disebabkan tidak pandai sangat, jadi mengambil sedikit masa nak mengubahsuai..

Unknown said...

ibnuZul>Hmm..kalo jambatan PP runtuh pun, slagi x kena kaum kerabat depa, depa buat xtau gak la...

jagung>betoi..check blk korupsi...

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP