Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 12, 2009

Sempena Wajah Baru



Sempena Wajah Baru
Sajak ini ditulis sempena wajah baru blog saya, tapi tidak pasti ayat-ayatnya kena pada tatabahasa atau tidak . silakan jika mahu komen…

Usah dikenangkan masa itu
Sungguh aku mahabodoh menipu, ditipu dan tertipu
Pergilah semua dan usah tersipu di situ
Di sini aku yang baru

Mengapa harus hadir memburu
Semua telah aku biarkan angin ribut menyapu
Kini kehidupanku dihinggapi bayu
Aku memilih jalan yang baru

Lemah sekian sendi termanggu
Jatuh lalu aku berteleku
Di sini terimalah taubatku
Aku yang baru menyembahkan sujudku

Bersama titis-titis kecil mengiringi doaku
Moga api yang marak di belakangku
Padam dan lalu seperti ais menjadi beku
Kau terimalah aku yang baru

Tidak Gentar langkah ke lembah biru
Moga putih yang mulus menghiasi jalanku
Terlalu banyak benar warna yang kelabu
Mencariku di hadapan warna-warna pencerahan yang baru

Ingin sekali Dia memakbulkan doaku
Namun diri ini hina dalam belenggu
Menjadikan Muhammad SAW idola hatiku
Moga ketenangan hadir dalam hidupku

‘Katakanlah(wahai Muhammad):”Wahai hamba2 Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(di atas maksiat dan kefasadan yang telah dilakukan),janganlah berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa(kecuali syirik);sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
-Az-zumar,53-

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP