Related Posts with Thumbnails

Monday, November 16, 2009

Kepercayaan lebih utama…..


Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun interpersonal. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu,marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Pada masa sekarang ini saya melihat kepercayaan semakin terhakis dikalangan pengikut kepada pemimpin,sepatutnya perkara ini tidak berlaku, dalam gerakan islam juga perkara ini berlaku, begitu sedih melihat keadaan seperti ini.Berbalik semula kepada perkara-perkara asas dalam gerakan islam yang patut dihayati.

Pada sekarang ini juga ramai sahabat-sahabat bercakap soal berumah tangga, dalam musim cuti ini juga ramai akan mendirikan rumah tangga. Saya mengharapkan disini, kepercayaaan haruslah dibina terlebih dahulu dan baru disemai dengan kasih sayang. Begitu juga bagi mereka yang berjanji setia membuat ikatan antara pasangan masing-masing, kepercayaanlah tonggak dalam perhubungan bukan lafaz cinta yang menjadi madah pujangga yang sentiasa cenderung kearah kemaksiatan. Teringat semasa di Baitul Qurra` baru-baru ini, Ustaz Zul ada sebut, cinta sesama manusia tiada yang sejati kerana cinta sejati sesama manusia membawa kemudharatan, cinta sejati hanya untuk Allah. Dan cinta sejati akan dirasai di syurgaNya kelak. Jadi asasnya bukan cinta tapi kepercayaan.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti, sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq dan amanah selepas itu. Sempat juga mengulang kaji semasa di Baitul Qurra` sifat bagi Rasulullah s.a.w.

Kata bijak pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai, samada oleh pasangan, ibu bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, dek kerana hilangnya kepercayaan.

Tegasnya disini, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa.... namun kepercayaan lebih utama!

1 comments:

Anonymous said...

betul tu saya setuju, kepercayaan lebih utama, cinta hanya sementara dan semakin hakis jika kpercayaan sudah hilang. percaya juga harus diterap dalam perjuangan kerana, percaya dengan apa yg dilakukan ini menjamin gerak kerja yang lebih baik...

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP