Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 18, 2009

Pesawah Engkau Sentiasa Diuji


Justify FullTerasa begitu teringat negeri tercinta, dalam keadaan sekarang ini, hujan lebat yang dijangka berterusan akan menenggelamkan sawah padi di sana. Banjir teruk dijangkakan berlaku.

Dikenali sebagai negeri Jelapang Padi. Jadi terbentang luas la sawah padinya. Bila mendengar khabar berita menyatakan Kedah dilanda banjir, perkara yang amat merunsingkan ialah sawah padi, kerana ia merupakan sumber pendapatan kebanyakkan penduduk negeri kedah.

Pada musim sekarang ini sawah padi baru saja habis proses penanaman baru dan menabur anak benih, dan mungkin ada kawasan yang cepat prosesnya, baru 20-40 inci mungkin anak padi itu. Seperti yang dilaporkan kebanyakkan kawasan yang terlibat ialah kawasan sawah padi yang luas. Sedih juga mendengar berita ini, sebab mengetahui jerih dan perih pesawah untuk mengerjakan sawah padi.

Terasa sangat sayu mengenangkan pak cik-pakcik, mak cik-mak cik yang membanting tulang seawal jam 7 pagi mengerjakan sawah sebelum ini. Kos pengenggaraan semakin meningkat, memeningkan pesawah. Mungkin pada keadaan sekarang ini mereka hanya pasrah.

Kesan dari banjir ini tiada lain, semua kena mulakan semula, anak-anak padi itu mati kelemasan dalam air, benih yang baru, baja yang baru dan jentera juga diperlukan, semua itu memerlukan kos. Sudah menjadi kebiasaan pesawah-pesawah ini berhutang dengan broker(tauke) untuk keluarkan modal untuk mulakan semula dan bila dapat hasil nanti kos itu akan ditolak, bayangkan hanya berapa saja yang mereka dapat.

Dulu saya juga pernah mengerjakan sawah secara tolong-tolongan(main-main), kerja bukan senang, semua menggunakan tenaga jika tidak mahu, kena mengupah orang. Tong racun, tong baja, mesin rumput, jentera kecil(kobota, jentani dan seumpamanya), semua hendak kena tanggung. Kalau mahu upah pula kos semakin tinggi, setiap relong(lebih kurang ekar) ada nilaiannya. Terasa begitu letih mengenangkan.

Pernah mencabar mak untuk berikan sawah yang disewa oleh orang lain untuk saya kerjakan tapi hanya igauan.

Mak berpesan “ammar kerja bendang ni hang tak payah buat la, kita sewa ja kat orang suma, mama pun tak mau juga anak-anak mama ni buat bendang ni, sebab risiko tinggi, sekarang racun tu dah macam mainan orang buat bendang, kesian mama tengok budak-budak muda yang buat bendang, nanti bila depa tua, tenaga dah tak ada, jadi tak larat kesan racun tu” lebih kurang begitu la dialog mak.

Saya pernah cadangkan cakap kat mak, sepatutnya MADA(intitusi yang bertanggungjawab membantu petani,subsidi kerajaan) ambil semua sawah ni dan bayar sewa kepada pesawah, biar bagi seragam,pengairan dan pengurusan semakin baik, risiko pesawah hendak rugi pun kurang. Pengeluaran pun akan bertambah. Buat macam tanaman kormesial tu, besar-besaran, gunakan segala teknologi yang ada, jika pada ada penyakit pun, boleh selesaikan dengan baik sebab ada kepakaran. Beras ni makanan asasi rakyat Malaysia, jadi perkara ini asas la, kena la fikir cara menjana dengan lebih baik.

Berapa ramai yang belajar di university pertanian (UPM) dan universiti lain yang belajar tentang bidang pertanian, guna teknologi yang tinggi dalam pertaniaan, melibatkan kajian-kajian sempel dan macam-macam lagi, gunalah kepakaran yang ada untuk membantu pesawah-pesawah kampung ni. Setiap tahun mesti ada graduan yang lahir dari bidang ini,kemana pergi, mereka tukar bidang ker? Antara omong-omongan saya(tahu ramai dah fikir macam-macam nk buat).

Wahai anak pesawah marilah kita sama-sama membuat perubahan, kepada yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi, ingatlah jerih perih ibu ayah di kampung, buktikan kita supaya dapat mencapai kejayaan dengan membantu mereka. Pesawah sesungguhnya jasamu amatlah besar kepada rakyat Malaysia…….

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP