Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 12, 2009

Dilema terhutang budi….


Saya teringat cerita yang pernah diceritakan kepada saya oleh rakan yang pernah menjalani program BTN, program ini dijalankan untuk membina nilai-nilai kenegaraan,dan menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar-pelajar tajaan kerajaan (JPA, MARA) serta tajaan GLC utama Negara yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dipendekkan cerita, ada seorang fasilitator yang memberikan kenyataan yang membingungkan saya. Bingung, kerana saya yakin bahawa saya tidak berada di China, Cuba mahupun negara komunis lain.

Kenyataannya adalah seperti berikut:
“Saya tidak redha duit daripada cukai yang saya bayar untuk kamu belajar di oversea, jika kamu menentang kerajaan”
Kemudian saya berfikir sejenak, adakah cukai di Malaysia hanya wajib untuk orang yang menyokong kerajaan? Saya juga berfikir sejenak adakah Perbendaharaan Negara, mengasingkan akaun mereka yang menyokong kerajaan atau tidak semasa membuat mereka membuat belanjawan?

Bermacam-macam teori lagi keluar daripada benak kepala saya ini.Risau, berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang berfikiran seperti ini.Sesungguhnya inilah dilemma yang berlaku kepada mereka yang terhutang budi kepada kerajaan.

Saya juga mendapat biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), perlukah saya terhutang budi dengan menyokong semua tindak tanduk kerajaan tanpa persoal? Sedangkan tanggungjawab kerajaan adalah menjaga kebajikan rakyat. Berapa ramai kakitangan awam yang bekerja untuk kerajaan, adakah mereka semua kena mengiyakan apa yang dilakukan kerajaan?

Adakah tugas kerajaan hanya memberikan bantuan kepada mereka yang menyokong kerajaan? Mahupun menyiarkan berita di media bahawa mereka juga menolong orang yang tidak menyokong kerajaan ?

Jika tugas kerajaan untuk membela rakyat, maka,kenyataan saya ini benar dan saya bersedia menerima teguran.

Saya bersetuju jika tidak semua orang berpendapat itu adalah satu dilemma kerana bukan semua orang ambil kisah pasal politik, ramai yang hanya berfikir, cukup sekadar mereka hidup senang dan aman damai.

Oleh yang sedemikian jika anda tidak bersetuju dengan hujah saya ini,kita buka perbincangan. sebagai mahasiswa perbincangan merupakan perkara penting dalam menjana idea tetapi jangan terkeluar lari daripada apa yang cuba sampaikan.Namun saya mengalu-alukan perbincangan dan permuafakatan.

Berbalik kepada isu dilema ini, saya ingin menyatakan bahawa banyak perkara yang berlaku kepada mereka yang menerima budi daripada kerajaan dan tidak bersetuju dengan kerajaan.Saya tidak perlu ulas panjang-panjang.Akta-akta yang wujud sudah cukup untuk membuktikan.

Saya tidak faham jika ada yang berpendapat ini adalah sistem demokrasi dalam Islam. Saya tidak faham jika ada yang berpendapat apabila kerajaan berjasa kepada anda,anda harus sentiasa dan jangan sesekali menentang kerajaan.

Saya bersetuju kepada prinsip, buat baik dibalas baik,walaubagaimanapun,adakah kita harus menjadi rakyat yang bisu? Sentiasa mengiakan dan takut untuk tidak?

Pelajar di universiti tempatan termasuk UKM, jauh lebih ketinggalan dari segi kualiti,lantaran pelbagai akta yang menyekat mereka bersuara.

Mereka-mereka yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran universiti,lebih cenderung untuk memberikan jawapan seperti berikut : “Belaja betoi2,dapat 4 plat,itu yang kita mau,kalu nak politik2 takyah pi belaja la”, ada juga pegawai keselamatan berkata " korang ni tak abis2 buat kacau,belaja ja universiti tp xder otak".

Oleh itu, tidak hairanlah jika kita menghasilkan banyak mahasiswa yang bisu dan ketandusan idea. Asyik dikongkong dan terus mengongkong.

Ingin saya jelaskan disini, proses nation building memerlukan kita untuk bermuafakat dan menerima pendapat semua pihak.
Mereka yang taksub terhadap satu-satu idealogi harus diberikan kesedaran. Kegagalan mahasiswa untuk mencernakan idea kearah nation building amat menyedihkan.

Kita sering bercakap mengenai kesedaran sivik, cintakan negara.Bagaimana saya ingin cintakan negara jika saya dikongkong dan tidak boleh untuk menyuarakan pendapat saya sebagai rakyat Malaysia? Kita suka bercakap banyak.

Jika anda berbicara dengan seorang mahasiswa yang melabelkan dirinya sebagai pejuang bangsa dan pandai berhujah. Anda akan menjadi pening, kerana apa? Mereka pandai mengeluarkan fakta, mengeluarkan sejarah-sejarah,mengeluarkan pelbagai teori lagi.
Namun malangnya, mereka tidak melihat realiti dan tidak global.

Mereka sebenarnya tidak berfikir dan melakukan kajian dalam mengeluarkan sesuatu hujah, mereka lebih cenderung untuk copy-paste daripada apa yang mereka dengar dan baca.
Mereka,kadang-kadang langsung tidak mampu membuat perbandingan, mereka lebih cenderung kepada dengar dan masuk.
Mungkinkah ini suatu natijah daripada sistem yang tidak (bagi saya) menggalakkan mahasiswa berfikir secara konstruktif.

Pelajar Fakulti Pengajian Islam yang akan mengikuti BTN dalam masa yang terdekat ini, Saya cabar kepada anda yang akan mengikuti BTN akan datang agar mencerminkan diri sebagai mahasiswa yang bertanggungjawab kepada Negara bukan hanya mengangguk dan mengiyakan sahaja.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualykum...

Hmm..btn..btn..btn...esok btolak...

Mcm2 dh dgr sal btn, so mgu dpn sy akn hadapinya sendiri...aduyai...

Anonymous said...

BTN ni kerja dia memang nk swing otak2 student ni, buat tak tahu ja, biar ja penceramah tu ckap, fasi lak bagi ja dia syok sendiri...

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP