Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 21, 2009

BENARKAH POLITIK (SIASAH) DIKATAKAN KOTOR



Bagi warganegara yang tidak mengambil tahu mengenai perjalanan politik dalam negara, sudah tentu mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan ketidak-persetujuan mereka tentng perjalanan sistem politik yang dilihat sebagai meruncing, apatah lagi ia dianggap kotor lagi menjijikkan oleh sesetengah pihak. Ditambah pula keadaan politik yang berlaku sekarang.

Benarkah politik di Malaysia atau di negara-negara umat Islam bersifat demikian, lebih-lebih lagi tiada mana negara-negara umat Islam yang menjalankan sistem politik yang berasaskan Siasah Syariah sebagai undang-undang tertinggi negara, kerana senario politik menunjukkan, bahawa negara-negara umat Islam samaada Negara arab ataupun bukan cenderung kepada sistem politik Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme dan sebagainya, termasuklah Malaysia sendiri.

Apatah lagi jika para pemimpin negara terlibat dalam kes-kes rasuah kemdian ia ditukar kepada istilah politik wang bagi mengelabui rakyat, konspirasi jatuh-menjatuh antara satu sama lain, salah laku, skandal, mengaut keuntungan daripada projek-projek mega yang hanya berkisar di kalangan mereka sudah menjadi sinonim yang bukan lagi rahsia yang perlu ditutup. Tindakan-tindakan negatif seumpama itu memberi impak besar kepada kelancaran perjalanan sistem politik negara, yang akhirnya mengheret rakyat untuk membenarkan tindakan mereka. Tidakkah pengamalan politik seumpama itu mencemari demokrasi yang difahami umum sebagai satu sistem yang boleh dipercayai?

Justeru, penjelasan mengenai politik sama ada kotor atau sebaliknya perlu diberi pendedahan secara ilmiah. Ia bertujuan mendidik rakyat agar sentiasa menjadi orang yang bukan hanya sekadar menerima pelaksanaan sesuatu konsep politik, malah bersedia untuk berdiskusi bagi menegakkan kebenaran politik yang bersumberkan kepada wahyu kebenaran Ilahi. Jika pelaksanaan sistem politik dalam sesebuah negara berjalan mengikut kebenaran wahyu Ilahi, maka sesuatu penyelewengan dalam sistem politik tidak akan berlaku seperti yang dikatakan.

Politik merupakan antara disiplin ilmu penting serta mempunyai kedudukan tersendiri. Ada pun dari sudut praktikal ia memberi kebaikan jika negara ditadbir mengikut lunas-lunas sistem pentadbiran dan pemerintahan berasaskan kebenaran agama yang diceduk daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w., kerana sejarah telah membuktkan bahawa sistem politik yang ditadbir oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik sepanjang zaman.

Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja seorang pendidik, motivator, hakim, malah seorang ahli politik yang berjaya sebagai ketua negara atau pemerintah umat Islam yang disusuli dengan para pemerintah di kalangan Khulafa Rasyidun yang telah melakarkan sejarah gemilang kerana berjaya memerintah negara dengan penuh keadilan dan keharmonian hidup bermasyarakat berasaskan ilmu pengetahuan dan keimanan yang kental. Sebagai ahli politik berpengaruh yang mentadbir negara, baginda meletakkan asas-asas keimanan menjadi agenda utama dalam diri segenap manusia tanpa mengira perbezaan skaum, malah telah menyediakan dasar dalam dan luar negara yang komited kepada Islam.

Kejayaan baginda itu ditiru dan diteruskan oleh para pemimpin selepas kewafatan baginda seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan beberapa pemerintah selepas itu.

Tetapi apa yang menjadi masalah kepada rakyat di negara-negara umat Islam hari ini, ialah mereka tidak mendaptkan para pemerintah yang melaksanakan sistem politik dalam negara masing-masing yang bersih, adil, telus, kerana ia diimport daripada peraturan dan undang-undang barat yang memisahkan pentadbiran negara daripada agama.

Maka lahirlah para pemimpin atau pemerintah yang memiliki cita rasa memerintah dengan peraturan yang sedikit pun tidak ada kena mengena dengan Islam. Mereka sanggup menjadi penyambung golongan penjajah yang memisahkan rakyat daripada agama, malah memperkenalkan ideologi falsafah yang cenderung kepada mengtamakan akal semata-mata.

Justeru itu, lahirlah gerakan-gerakan Islam yang tersohor seperti Ikhwan Muslimun di Mesir dan beberapa negara Arab lain, Jamaat Islami di Pakistan, Hamas di Palestin, PAS di Malaysia dan sebagainya yang berani memasuki arena politik kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Mereka melihat bahawa hukum dan undang-undang Islam tidak akan sempurna melainkan terlibat dalam politik bagi memegang kuasa eksekutif untuk melaksanakan Islam.

Sikap dan tindakan berani gerakan Islam berkenaan menceburi bidang politik, sedikit sebanyak mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat, bahawa Islam bukan hanya boleh dibahaskan di masjid-masjid atau pun di surau-surau, malah membebaskan pemikiran masyarakat tidak hanya beranggapan bahawa ahli politik tidak boleh bercakap mengenai agama, sedangkan baginda Rasulullah menerusi sirahnya telah membuktikan keupayaan sebagai pemimpin negara, pentadbir atau imam di masjid tanpa melakukan pemisahan antara agama dan politik. Inilah kejayaan penjajah yang berjaya menanam bibit-bibit fahaman Sekular dalam minda, cara dan gaya hidup umat Islam agar terus berbangga bahawa Sekular lebih baik daripada Islam.

Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain- wallahua`lam…

Tuesday, April 14, 2009

Pemergian Mak Saudara Yang Disayangi Bersama Pengalaman Pulang.

AL-FATIHAH kepada Al –Marhumah (ibu saudara)….setiap yang hidup pasti akan mati…Setiap kali kepulangan aku ke kampung dua orang yang akan sentiasa menyambut kepulangan aku, ibu tercinta dan mak saudara sebelah rumah. Mak saudara dengan panggilan mesra “WA”, merupakan anak sulong dalam keluarga ayah. Dialah yang akan selalu tanya bila kepulangan aku ke kampung, aku dapat merasakan bila mana kepulangan aku ke kampung kegembiraan dapat digambarkan di raut wajahnya. Namun kini sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.

Banyak kenangan bersama WA, jika aku pulang, subuh dia la yang cuba kejutkan agar dapat solat berjemaah di surau bersama. Dia suka berjalan-jalan, cakap saja nak kemana, boleh saja untuk ikut, aku pernah bercita-cita jika punyai kereta dan pendapat sendiri, mahu saja aku bawanya berjalan-jalan melancong, banyak saja cerita nak kongsi bersama. Cerita zaman jepun pun ada. Hobinya ialah berjalan-jalan ziarah rumah-rumah di kampung dan amalan hariannya yang sentiasa dijaga. Sakit memang jarang, Bila dengar saja kematiannya aku terus pulang tanpa berfikir panjang, walaupun ada banyak kerja yang belum aku selesaikan,aku pernah berazam, aku akan jadi orang pertama untuk mengusung kerandanya, namum kepulangan aku tidak sempat menatap wajahnya untuk kali terakhir kerana di kebumikan awal.

Semasa perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung, satu pengalaman baru yang aku tempuhi, aku tertinggal bas di tengah lebuhraya, bas berhenti untuk mengisi minyak, aku turun sebentar untuk solat asar, tiba-tiba saja aku keluar, aku sudah Nampak kelibat bas bergerak di jalan raya, tidak sempat untuk kejar. Aku tenangkan diri, bermula tamrin baru untuk aku, aku jadi seperti penjual ubat, dari satu kereta ke satu kereta minta untuk tumpang, susah untuk orang bagi kebenaran, namun yang aku risaukan ialah laptop aku dalam bas yang aku tinggalkan, sebab asigment banyak dalam tu yang nak kena hantar. Jika tidak tertinggal laptop mesti mudah kerja aku.

Aku terdengar perbualan orang utara di salah sebuah kereta. Aku tanpa segan silu pun bertanya, “abang nak pergi ke mana?, jawabnya Alor Setar, jadi tepat la mangsa yang aku cari, jadi aku pun cerita apa yang berlaku… bila mana dibenarkan, aku terus naik kereta,sebuah kereta yang cukup selesa(Rexton), namun abang yang mengizinkan aku tumpang itu hanyalah pemandu(driver), bos dia ada di sebelah, apa lagi masa dalam kereta beraju-aju soalan dari bos dia(encik Zambri) seorang engineer tanyakan pada aku, sehinggakan kad pengenalan pun di minta, orang zaman sekarang macam-macam pun boleh berlaku(telahan dia), dia risau aku cuba ambil kesempatan, aku tenang ja. Dalam kereta kami bersembang panjang, sehinggalah Encik Zambri tadi pun mempercayai dan menawarkan aku untuk hantar terus ke rumah. Tapi aku berharap dapat mengejar bas itu semula kerana beg laptop.

Pecutan kereta itu memang tak dirasai dalam km/j 160-180. Tiba di satu tol aku Nampak kelibat bas itu jadi kami tunggu dihadapan. Aku pun tahan bas itu, abang itu meminta supaya aku ambil beg dan pulang bersama mereka, tapi cukuplah pertolongan tadi,itu dah cukup bermakna, aku menolak pelawaan itu untuk naik bas semula. Secara ringkasnya begitu walaupun panjang cerita. semua ini rasa macam mimpi ja,jadi jangan takut untuk tertinggal bas. Pengajaran bersama pertolongan Allah berada di mana-mana saja.

Akhirnya aku doakan agar roh WA dicucuri rahmat oleh Allah swt dan sentiasa bersama-sama orang yang beramal soleh, gurau senda bersamamu menjadi ingatan di hati ini. Sesungguhnya ramai yang akan merinduimu selepas ini, hargailah mereka yang masih ada disekeliling kita.. wallahua`lam……

Thursday, April 2, 2009

Jemputan kepada para dai`e

ISIUKM BERORIENTASIKAN PROGRAM ATAU BERORIENTASIKAN GERAKAN


ISIUKM merupakan satu-satunya persatuan yang secara jelasnya mendaulatkan Islam dengan VISI yang dibawa iaitu memperjuangan Islam sebagai Addeen dan cara hidup bagi masyarakat Kampus UKM dengan penerapan nilai-nilai Islam yang syumul,oleh itu VISI yang dibawa ini,kadang-kadang perlunya ada penilaian yang dapat seimbangkan apa yang hendak dicapai dan menjadi kewajipan kepada seluruh ahli ISIUKM mengetahui mengenai VISI tersebut, seterusnya disebar luaskan kepada sluruh warga kampus yang lain. Persatuan yang sudah lama bertapak di bumi UKM ini mempunyai sejarah yang tersendiri dalam memperjuangan Islam di bumi UKM ini dan kadang-kadang wujudnya sindrom kembang dan layu.

Jika melihat dari masa ke semasa persatuan yang dikatakan yang sudah cukup kukuh ini(establish) yang selama ini menaungi seluruh mahasiswa Islam di UKM ini, saban tahun terdapat pelbagai program yang dianjurkan, semua ini bertitik tolak berdasarkan VISI dan MISI ISIUKM itu sendiri dalam penganjuran program yang dijalankan. ISIUKM sebagai badan atau organisasi Islam, ataupun dikatakan sebagai ( TANZIM), yang secara jelaskan menyampaikan mesej dakwah kepada seluruh warga kampus UKM. Setiap program yang dianjurkan punyai matlamat yang hendak dicapai dalam agenda dakwah yang hendak disampaikan.

Oleh itu setiap program yang dianjurkan bukanlah hanya semata-mata berorientasikan program sahaja tetapi perlu untuk kita melihat lebih jauh lagi bagaimana mesej yang hendak dicapai dan perlunya kepada beroreintasikan gerakan itu sendiri. Terdapatnya pelbagai persatuan yang wujud di UKM ini dan senantiasa mengadakan pelbagai program. Tetapi perbezaan yang perlu untuk kita semua fahami bagaimana konsep yang hendak dibawa ISIUKM dalam memasyarakat masyarakat kampus dengan budaya Islam yang sebenar. Program yang dijalankan tidak berkesudahan disitu sahaja, tetapi akan diteruskan lagi kepada peringkat-peringkat seterusnya. Inilah yang dikatakan sebagai beroreintasiakan gerakan yang sentiasa bergerak dari satu tahap kepada tahap yang lain supaya dapat menjadikan masyarakat kampus yang dapat memahami Islam secara keseluruhannya.

Bilamana disebut beroreintasi gerakan perlunya kita semua maklum terutama kepada penggerak ISIUKM tidak kira dimana-mana peringkat sekalipun, perlunya kebersediaan untuk senantiasa(istiqamah) bersama-sama menjalankan program yang dijalankan. Setiapnya punyai posisi yang pelbagai dalam mengerakkan ISIUKM. Setiap daripada kita ini merupakan ahli gerakan yang mana perlunya kepada gerak kerja sendiri. Sumbangan dari segi idea dan tenaga sebenarnya seharusnya tidak pernah untuk berhenti kerana perkara inilah yang membantu usaha gerakan dakwah ISIUKM.

Program yang dijalankan bukanlah sekadar program seperti melepaskan batuk ditangga, banyak program tetapi kesannya kurang. Perlunya setiap ahli ISIUKM tahu tentang kelangsungan program ISIUKM ini serta bersama-sama menjaya program. Kepada penggerak ISIUKM pula, perlu tahu program bukan nilaian kita dalam meneruskan agenda dakwah, berlumba-lumba mengadakan program bukanlah cara yang terbaik tetapi menilai sejauh mana program yang dijalankan itu mencapai kepada golongan target yang sepatutnya merupakan matlamat utama, bukan program hanya berlegar dikalangan penggerak sahaja, berpencak dikalangan sendiri akhirnya letih bekerja namun tidak mencapai sepenuhnya matlamat yang dikehendaki.

Wujudnya kefahaman yang jelas dikalangan penggerak ISIUKM, dan digabung jalinkan dengan kotmitmen yang jitu antara mereka maka kesan yang akan lahir selepas ini akan memberikan impak yang tinggi dalam usaha melahirkan kader-kader dakwah yang bersama dalam perjuangan Islam itu sendiri. Oleh marilah kita sama-sama memahami konsep dakwah yang sebenar agar kita sama-sama dapat “Bergerak Seiringan Memimpin Perubahan”. Walahua`lam


Wednesday, April 1, 2009

Sibuk Ker Tak Sibuk




mmmmmmm....... letihnya minggu ni. banyak kerja sangat.

tensionnye.... nak buat kerja mana dulu ni!!!

Begitulah keadaannya apabila kerja terlalu banyak. betul ke kita tiada masa? assigment banyak lagi tak siap, kerja persatuan pun ada lagi, nak study untuk exam lagi dan banyak lagi la. ok, kalau betul sibuk. mari kita duduk sebentar,tuliskan kerja yang kita ada. lepas tulis, susun list kerja yang kita ada tu mengikut susunan keutamaan. apa perasaan sekarang?
rasa macam kerja sikit je kan. kenapa rasa banyak sebelum ni ye?????? Pandai menyusun saja.

Pada pandangan saya , kita sebenarnya banyak mengunakan masa yang kita ada dengan perkara yang tidak sepatutnya. kita banyak habiskan masa dengan bercakap perkara sia-sia, berjalan-jalan tanpa tujuan, duduk melepak saja-saja, tidur dan banyak lagi. Walaupun kita menyedari banyak kerja yang perlu kita buat.

Walaupun kita tahu bahawa masa itu penting.namun kita tidak pernah mengunakan masa itu sebaik mungkin. kita lebih rasa seronok mengunakan masa untuk alasan berehat.

"tunggu dululah lambat lagi exam ni, jom pergi jalan-jalan dulu."

“assigment kena hantar minggu depan , relax lah banyak masa lagi, orang lain pun tak buat lagi”
Mungkin ini antara yang selalu bermain dan terlintas difikiran…
Kepada kawan-kawan yang seangkatan sekalian yang aktif dalam berpersatuan, anda adalah antara orang yang pandai dalam membahagikan masa, bukan menjadi alasan untuk tidak cemerlang dalam akademik jika kita aktif berpersatuan kerana banyak masa kita tidak sempat dan di habiskan. Sebenarnya masa untuk kita belajar ini, ruangnya cukup luas bukan sekadar dalam dewan kuliah semata-mata, Cuma sejauh mana kita pandai menggunakannya bergantung kepada atas dasar kebijaksanaan masing-masing.

Marilah kita sama mengambil pengajaran yang diwasiatkan oleh assyahid hassan al banna dalam wasiatnya ke 10 iaitu masa yang ada tidak mengcukupi dengan kerja yang ada sekarang. sama-sama kita fikirkan. Sepatutnya kita menggunakan masa dengan sebaik mungkin. jangan bazirkannya..
Peringatan untuk diri sendiri dan berkongsi bersama………

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP