Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 27, 2010

KENYATAANGAMIS BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID MEDIA


KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)
BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

Pendahuluan


Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen 7, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.


Pendirian GAMIS :


Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, prkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesa agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.


Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin menugcapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

Thursday, April 22, 2010

GAMIS bantah BLAIR ke Malaysia


Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) membantah sekeras-kerasnya kehadiran Perdana Menteri Britain, Tony Blair ke Malaysia.Menurut sumber, sebuah syarikat Success Resources yang berpengkalan di Singapura dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri Britain , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 Pada 24 hb April 2010 .

Menurut Presiden GAMIS, saudara Mohd Idris Mohd Yussoff, penghormatan terhadap Blair sebagai penceramah dalam kongres tersebut seolah-olah menunjukkan betapa pihak penganjur tidak sensitif terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya dan perasaan rakyat Malaysia yang menyokong mereka sepenuhnya. Bantahan ini dibuat atas dasar Blair adalah penjenayah dan pembunuh besar kerana bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , George Bush yang menjadi arkitek dan bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq. GAMIS memandang jemputan Tony Blair ke Malaysia ini, ianya seolah-olah satu penghinaan kepada pencinta keamanan di seluruh dunia.

Tony Blair sebenarnya telah mencabuli prinsip paling asas undang-undang antarabangsa dengan menceroboh Iraq, dan secara berterusan mempertahankan pencabulan Israel ke atas Palestin, ini sudah menjadi satu ironi Blair.

"Dalam keadaan hati rakyat Malaysia yang masih luka dengan penglibatan syarikat Yahudi APCO Worldwide dan Asiasoft dalam pentadbiran negara serta pendirian Perdana Menteri selepas bertemu Barack Obama berkaitan Afghanistan dan Iran, isu ini seola-olah menambah luka di hati kita. Pihak Success Resources seolah-olah tidak memandang kepada sensitiviti rakyat ini serta pejuang keamanan seluruh dunia. Tony Blair sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam yang dilakukan olehnya, bukan mendapat penghormatan sebegini," kata Mohd Idris.

Justeru, GAMIS sebagai sebuah NGO mahasiswa Islam yang turut bersama-sama dengan NGO-NGO lain dalam Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa agar pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia dan menyeru orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair.Kepada mereka yang mampu untuk mendekati Blair diseru untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas beliau kerana tindakan beliau melakukan jenayah kemanusiaan. GAMIS turut menggesa pihak kerajaan Malaysia agar mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia.

Blair dikecam di seluruh dunia semenjak pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 yang telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada peperangan itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.

GAMIS tetap bertegas dengan pendirian, mana-mana agensi dan juga pemimpin negara yang mempunyai kaitan dengan Israel dan Yahudi tidak boleh diterima sama sekali dengan cara apa sekalipun.

Sunday, April 18, 2010

Pendirian GAMIS berkaitan isu APCO


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) dengan ini bertegas dengan pendirian membantah sepenuhnya berkaitan isu kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej negara diperingkat antarabangsa.

Usaha yang dilakukan kerajaan ini, adalah untuk menaikkan imej negara dalam masa yang sama untuk menarik pelabur asing masuk. Walaupun perkara ini mungkin memberi nilai positif, namun hakikat yang perlu disedari ialah jelasnya syarikat ini dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya tiada agenda lain untuk memusuhi ummat Islam.

Diperingkat GAMIS, kami amat rasa begitu terkilan dengan isu ini, perbelanjaan yang perlu dibayar pada syarikat ini dianggarkan mencecah RM 77 juta setahun dan jumlah ini diakui sendiri Menteri Dalam Negeri Dato` Seri Hisyamuddin. Sedangkan nilaian ini amatlah begitu besar kepada rakyat Malaysia dalam keadaan ekonomi negara yang agak kurang stabil pada ketika ini.

Presiden GAMIS Sdr Idris Yussoff dalam kenyataan, pada masa sekarang negara Israel adalah Negara yang tidak sama-sekali diiktiraf di dunia Islam malah menjadi ancaman bagi ummat Islam, tetapi sebaliknya kerajaan Malaysia sanggup untuk menerima agen yahudi ini sebagai perunding imej kepada Negara dengan bayaran yang tinggi, ini amat memalukan. Sepatutnya kerajaan perlu menghormati hak rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

"Kami mahasiswa Islam betegas dengan prinsip bahawa tidak sesekali setuju dengan penggunaan APCO sebagai perunding imej bagi kerajaan Malaysia pada hari ini, tindakan kerajaan Malaysia ini seolah-olah, kita Malaysia berpura-pura kononnya sayang dan simpati kepada saudara kita di Baitul Maqdis, sedangkan golongan yahudi inilah yang membunuh ummat Islam Palestin". Tegasnya ketika berucap pada himpunan menbantah APCO di Kuala Lumpur.

Pendirian yang sama dinyatakan Pengerusi GAMIS Perak iaitu Sdr Syukri yang mewakili suara para mahasiswa di negeri tersebut.

"Kami dengan tegas menyatakan pendirian anak-anak muda negara, bahawa tindakan kerajaan tersebut merupakan sesuatu yang amat dikesali. Bukan sahaja wang rakyat disalurkan untuk dibayar kepada pihak yang tidak betul, malah seolah-olah menampakkan umat Islam di rantau ini sudah semakin redha dengan tindakan rejim ganas zionis terhadap umat Islam Palestin di Gaza. Rahsia-rahsia negara juga sudahpun diketahui oleh pihak luar yang sememangnya membuka ruang ancaman keselamatan seluas-luasnya kepada negara". Jelasnya ketika perhimpunan membantah APCO diadakan di Perak baru-baru ini.

Pendirian GAMIS, kami sesekali tidak akan berkompromi berkaitan dengan usaha dan kerjasama kerajaan Malaysia dengan mana-mana agen yahudi. GAMIS sebagai sebuah badan pertubuhan NGO juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak mahupun agensi bagi menghalang kemasukan agen yahudi ke Malaysia.

DEMOKRASI: Suara Mahasiswa Berhak Sampai di Hulu Selangor


Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal berlangsung tidak lama lagi memberi kesan yang agak besar kepada parti yang masuk bertanding. Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (GAMIS) dengan ini menyeru kepada rakyat Hulu Selangor agar membuat keputusan dengan bijak pada pilihanraya kecil kali ini.

Pilihanraya kecil pada kali mempunyai signifikannya yang tersendiri. Pada masa sekarang situasi politik negara berada pada tahap yang agak membimbangkan. Disini perlunya demokrasi sebenar ditonjolkan, rakyat yang berhak untuk menentukan keputusan pilihanraya ini.

Isu yang berlegar di dalam negara pada ketika ini sudah semestinya akan “diturunkan” di Hulu Selangor, isu-isu sekarang antaranya berkaitan dengan hubungan luar Negara, isu ekonomi, isu agen yahudi(APCO) dan sebagainya, ternyata isu-isu ini yang akan dipentaskan pada pilihanraya kecil kali. Disini rakyat akan menilai semua isu yang berlegar dan memilih calon yang terbaik.

GAMIS juga mengharapkan nilaian untuk mengundi bukan hanya melihat individu yang akan bertanding, tapi jauh dari itu ialah parti yang akan bertanding. Agenda parti akan diperjelaskan disini untuk mendapat perhatian dari rakyat. GAMIS percaya rakyat Hulu Selangor matang dalam membuat keputusan.

Kepada mahasiswa, GAMIS dengan ini menggesa agar sama-sama tidak melepaskan peluang pada pilihanraya kecil kali ini untuk mendekatkan diri kepada masyarakat. Peranan mahasiswa juga penting dalam memberikan penjelasan kepada rakyat tentang demokrasi yang sebenar. Isu-isu yang berlegar juga, mahasiswa boleh menjadi agen maklumat yang baik untuk masyarakat mendapatkan penjelasan.

Menyedari hakikat tentang perlunya demokrasi yang adil dan bersih dalam pilihanraya, mahasiswa juga mempunyai hak dalam menyuarakan pandangan dan pendapat. Suara mahasiswa perlu untuk didengari oleh masyarakat di Hulu Selangor.

Wednesday, April 14, 2010

Kenyataan Media: GAMIS BANTAH PENDIRIAN NAJIB ISU AFGHANISTAN


Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) memandang serius keputusan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menghantar bantuan ke Afghanistan setelah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

GAMIS menandang isu ini perlu diberi perhatian, tindakan tersebut agak terburu-buru memandangkan isu Afghanistan yang belum selesai sehingga hari ini. Amerika dilihat seolah-olah terdesak mahukan Malaysia bersama terlibat setelah banyak negara menarik balik tentera pengaman mereka keluar dari Afghanistan. Malaysia seolah-olah akan menjadi mangsa keadaan di samping akan dilihat sebagai boneka Amerika dalam isu ini setelah krisis di Afghanistan masih tidak dapat diselesaikan.

Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Yussoff, Dato' Seri Najib tidak boleh terburu-buru dalam isu ini. Walaupun atas nama kemanusiaan sekalipun, dunia akan melihat Malaysia seolah-olah ingin ditarik oleh Amerika dalam kes yang mereka sendiri cipta, ini kerana isu ini masih menemui jalan buntu untuk menyelesaikannya. Malaysia juga perlu mengambil berat aspek keselamatan negara serta wakil yang akan dihantar memandangkan ancaman dari al-Qaeda sebelum ini yang telah mengisytiharkan perang terhadap mana-mana negara yang mahu bersengkongkol dengan Amerika walaupun atas alasan bantuan kemanusiaan dan latihan.

"Amerika dilihat begitu tedesak dalam isu Afghanistan ini. Dalam keadaan negara-negara seperti Perancis, Kanada, Korea Selatan dan lain-lainnya menarik balik tentera pengaman di Afghanistan setelah mendapat tekanan dari masyarakat dunia yang mengutuk tindakan tersebut, tiba-tiba Perdana Menteri Malaysia telah membuat keputusan yang seolah-olah ingin menarik Malaysia untuk terlibat dalam isu yang dimulai oleh kezaliman dan kerakusan Amerika itu" berkata Idris lagi.

GAMIS berharap Perdana Menteri mempertimbangkan dalam aspek keselamatan wakil yang akan dihantar ke sana memandangkan masyarakat dunia pada hari ini dapat melihat ancaman yang diterima di sana. Jumlah askar negara luar yg maut atas alasan untuk tujuan pembangunan dan latihan adalah tinggi. Hal demikian termasuklah dari Australia seramai 11 orang, Britain 270,Kanada 140,Denmark 31,Belanda 43,Perancis 41,Jerman 43, Itali 22,Romania 12,Spannyol 17,Turki 3,Amerika Syarikat 951 dan ramai lagi yang tidak dinyatakan jumlahnya di sini.Manakala yang cedera dan cacat pula melebihi 5000 orang. Ini merupakan angka yang tinggi dan perlu dimaklumkan kepada umum.

Mengikut kajian oleh Pew Global Attitudes, menyatakan daripada 47 negara, hanya 2 negara yang rakyatnya menyokong peperang di Afghanistan melebihi 50% iaitu Israel 59% dan Kenya 60%. Yang lain semua majoriti rakyatnya tidak menyokong penuh. GAMIS juga yakin rakyat Malaysia juga tidak menyokong sama sekali.

GAMIS turut mengutuk pendirian bersama Perdana Menteri Malaysia serta Presiden Amerika Syarikat di Washington dalam isu pembangunan Nuklear Iran kerana Malaysia seolah-olah dilihat hanya mengangguk atas beberapa pendirian Amerika. Pendirian Amerika dalam isu nuklear ini dilihat tidak adil kerana seolah-olah memejam mata dalam isu yang melibatkan sekutunya termasuklah Israel.Begitu juga keadaannya isu APCO di Malaysia yang sedang hangat diperkatakan kerana bersangkut paut dengan agen Yahudi , perkara ini juga tiada jawapan yang jelas dari Perdana Menteri, pendirian-pendirian Perdana Menteri di Washington seolah-olah menambahkan lagi barah kepada rakyat Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan masih berada di Washington untuk menyertai Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.

Wednesday, March 10, 2010

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, March 2, 2010

Dakwah Kampus Menuju Kampus Dakwah..


Sebuah paradigma tentang berfikir yang mesti selalu diingat adalah bahwa berfikir dilakukan dalam rangka untuk direalisasi dalam bentuk amal praktikal dan amalan dilakukan dalam rangka mencapai sesuatu tujuan.

Dalam kaitannya dengan kegiatan dakwah kampus, maka setiap aktivis dakwah kampus mesti berpegang pada paradigma seperti ini. tegasnya, harus ada suatu tujuan yang ditanamkan didalam jiwa setiap aktivis bilamana terjun ke kancah dakwah kampus.

Dalam tulisan ini, ingin diingatkan kepada para aktivis tentang satu misi penting yang masih kerapkali terlupakan. Yakni menjadikan kampus sebagai tapak dakwah bagi umat Islam.kegiatan dakwah kampus harus diproses untuk menjadikan kampus dikenali sebagai kampus dakwah.

ini mungkin anatara gambaran dari sebuah kampus untuk dikatakan sebagai Kampus Dakwah:

1- Sentiasa menyajikan program-program dakwah kepada kelompok-kelompok dakwah di kalangan mahasiswa, baik formal mauhupun informal. Baik didalam kampus mahupun luar kampus.

2- Tingginya nilai inisiatif kegiatan dakwah di kampus tersebut dengan berbagai bentuk program.

3- Produk-produk dakwah kampus dapat memberi kesan dan pengaruh jika berada diluar kampus bertemu masyarakat awam. contohnya seperti mengadakan program, beri ceramah, sumbangan idea, penulisan dan sebagainya.terasa

4- Hampir seluruh elemen kakitangan akademik terlibat dalam sebagian besar agenda dakwah kampus. kerjasama dengan pensyarah dan pentabdiran.

5- menyediakan aktivis dakwah yang sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk turun ke medan masyrakat berhubung dengan aktiviti dakwah.

6- wujudnya suasana keilmuan diseluruh pelusuk kampus khususnya berhubung keagamaan. masjid dan surau-surau sebagai medan pertemuan.

Ini cuma sebahgian pandangan, dan langkah dan strtegi masih bnyak boleh di fikirkan.

Saya ucapkan tahniah kepada Ikatan Studi Islam (ISIUKM) dengan pelancaran Jentera Amali Dakwah (JAD) baru-baru ini, ini diharapkan memberikan sinar yang lebih gemilang dalam usaha mengerakkan dakwah kampus. saya juga merasakan strategi yang direncanakan juga semakin menarik dan tersusun.

Kesungguhan dalam menjadikan kampus ini sebagai kampus dakwah adalah penting,supaya terbentuknya biah solehah yang diidamkan selama ini. Ada cita-cita besar untuk mewujudkan kampus Islami.

Di hadapan kita sekarang sedang terbentang pahala yang begitu luas yang hanya diperuntukkan bagi aktivis dakwah. Mari kita bersegera meraih ganjaran itu. Mari kita pasang kuda-kuda untuk bersiap menyelusurinya agar terbentuknya kampus dakwah. ini kerana kita hanya punyai dua pilihan sahaja, kita hidup dalam lingkungan kampus yang memusuhi dakwah atau kampus yang mendampingi dakwah.

Forum Semasa GAMIS

Monday, February 22, 2010

Merentas Semua Kampus

Friday, February 5, 2010

Ada apa dengan MARAH


Bagaimana rasa kita bila orang kita percaya untuk membantu kita, dan memberi keyakinan pasti dapat membantu tetapi hanyalah kata-kata pemanis bicara? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bvila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan kita? Atau menggunakan kita apabila waktu-waktu tertentu demi kepentingan peribadi? Dan banyak lagi atau yang boleh kita keluarkan. Jawapan untuk semua ini… JANGAN MARAH!

Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik, bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan orang laain.
Menurut ajaran Islam yang kita semua maklum, kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang, sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah, degupan jantung, aliran darah, mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa(belajar dari budak2 FST). Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”

Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.

Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.

Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.

Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi diri hiasi peribadi. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkanNya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

Wednesday, February 3, 2010

Terkuburnya demokrasi di kampus


Melihat suasana selepas pilihanraya yang lepas, banyak perkara yang telah berlaku jika diikuti dari dekat. Semasa hari pengundian dan pengumuman calon yang menang bertanding banyak penyelewengan yang telah berlaku.

Pada malam pengumunan melihat kepada kebangkitan mahasiswa menuntut hak mereka, dengan mengepung pusat pengjumlahan undi, untuk meminta penjelasan. jika hal ini dianggap ganas dan radikal, maka kesilapan besar berlaku, sepatutnya malam itu juga semua pihak pentadbiran perlu jawab dan sesekali jangan pulang sebelum memberi penjelasan kepada mahasiswa tetapi pada malam itu, mahasiswa berundur mengambil pendekatan menyerah tanpa paksaan.

Akibatnya sehingga hari ini mahasiswa diperbodohkan dengan pihak pentadbiran. Mereka menyuruh mahasiswa mengikut ruang undang-undang yang ada, gunalah panel yang ada untuk selesaikan perkara ini, semua prosedur telah diikuti, apabila hari ini keputusan yang keluar hasil daripada rayuan yang dibuat , semuanya ditolak mentah-mentah tanpa alasan yang munasabah, sedangkan lampiran bukti yang kukuh telah disertakan.

Bagi pihak mahasiswa menuntut untuk berdialog dengan pihak pentadbiran juga tidak dilayan, adakah ini yang selalu dilaungkan pihak pentadbiran kita satu keluarga, mana mungkin dalam keluarga ayah sendiri tidak mahu untuk berjumpa dengan anak sedangkan anak menghadapi masalah yang cukup kritikal, siapa lagi tempat untuk anak-anak ini mengadu. Kadang-kadang anak terpaksa menganggap ayah sebenarnya tidak pernah wujud, yang ada sebenarnya ialah “pengasuh-pengasuh” yang tidak bertanggungjawab hanya menunggu habuan yang akan dapat.

Inilah demokrasi kampus yang wujud sekarang, suara mahasiswa sebenarnya tiada tempat dihati pihak pentadbiran. Mereka menganggap mahasiswa tiada hak untuk menentukan apa-apa keputusan dan sesekali jangan cuba menegur pihak pentadbiran. Mahasiswa hanya perlu ikut segala yang telah ditentukan.
Pada pandangan saya demokrasi kampus sudah lama mati dan hari ini, demokrasi ini telah pun dikuburkan, ucapan tahniah kepada pihak pentadbiran kerana menjalankan tanggunggjawab dengan baik (fardhu kifayah). Bermula dari membunuh demokrasi, mengkafankan sehinggalah dikebumikan.

Jika pada masa akan datang kami mahasiswa yang sedar diberi peluang untuk mentadbir dan memerintah Negara nescaya, orang-orang yang menyekat suara mahasiswa inilah yang akan ketepikan, kerana mereka telah membunuh jiwa pemimpin yang ada dikalangan mahasiswa dan seterusnya merugikan Negara.

Oleh itu kepada seluruh mahasiswa marilah sama-sama kita berkabung menangisi demokrasi yang telah mati,dengan kebangkitan mahasiswa selepas ini kita mengharapkan akan lahir selepas ini demokrasi yang baru, memberi sinar cahaya kepada mahasiswa kelak. Justeru itu, mahsiswa yang punyai kesedaran perlu kejutkan mahasiswa lain untuk meletakan suara mahasiswa pada tempatnya.

Sunday, January 31, 2010

Jenayah Demokrasi dalam Pilihanraya Kampus


Saya kira bagi aktivis mahasiswa yang sudah terlibat dalam PRK UKM baru-baru ini, melihat sendiri bagaimana mahasiswa begitu mudah diperbodohkan dan dipermainkan. Mungkin sudah sekian lama perkara ini telah diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pilihanraya kampus. Sekarang segala kebrobrokkan itu sudah jelas dan nyata. kebangkitan mahasiswa sudah mula dirasai, dan pihak pentadbiran perlu bertanggungjawab dalam hal ini.

Kepada Aspirasi sedarlah, kalian menang bukan atas demokrasi yang ada dan anda Cuma dimenang, lebih baik kalah bermaruah daripada menang pondan!!!. Kepada CCC, sedarlah , agenda yang kamu semua bawa jelas hanya untuk kaum cina, dan kamu hanya memperkudakan Aspirasi untuk mendapatkan PMUKM, dan menjayakan program besar-besaran hanya untuk kaum cina, sentiment perkauman, betapa rendahnya martabat Aspirasi yang

didokong melayu bacul.

Kepada pihak pentadbiran kami mahasiswa mahu bersemuka dengan kamu, terdiri dari NC, dan juga TNC-TNC yang lain. Kami mohon adakan dialog bersama mahasiswa, jika mahu penyelesaian secara baik dan rasional. Kamu semua menguruskan hal mahasiswa tetapi begitu penakut untuk berhadapan dengan mahasiswa. Adakah pegawai keselamatan itu sudah memadai untuk berhadapan dengan mahasiswa yang tidak tahu apa itu undang-undang, melainkan mahu memukul mahasiswa. Dimana yang dikatakan pentadbiran UKM ini sebagai pentadbiran yang professional yang dibangga-banggakan selalu.

Kepada pejuang keadilan, semangat kita tidak akan mati hanya kerana dipukul pegawai keselamatan, tidak pernah takut untuk berhadapan dengan keganasan FRU, dan ditahan polis. Jika hari ini mahasiswa begitu teruk ditindas, yakin dan percaya kebangkitan mahasiswa atas dasar kesedaran akan menumbangkan segala ketidakadilan dan kezaliman. Kita berjuang bukan atas dasar mahukan kemenangan kerusi tetapi kita berjuang atas dasar mahukan kemenangan keadilan dan demokrasi. Kita bukan berhadapan dengan Aspirasi yang dayus dan bacul tetapi berhadapan dengan segala bentuk sistem yang didokong pentadbiran yang sentiasa menidakan hak-hak mahasiswa.

Kepada pelajar tahun satu, saya kira kalian semua merupakan mahasiswa yang punyai daya pemikiran dan nilai intelek yang tinggi. Jangan begitu mudah untuk diperkudakan dan perkotak katikan. Jika dahulu anda masuk tingkatan satu belajar di sekolah menengah berpakaian seragam, adakah sama jika tahun 1 universiti sekarang dengan level sekolah menengah. Begitu kecewa jika inilah bakal pemimpin yang akan mencorakan masa depan Negara akan datang. Kepada JAKSA dan pentadbiran kolej termasuk pengetua dan juga pengurus kolej teruslah mengungut mahasiswa tahun 1, dan nantikanlah ugutan itu akan dibalas cacian dan herdikan dari mahasiswa sendiri.

Dalam perjalanan PRK baru ini bermula masa berkempen dan sehingga hari pengundian, begitu banyak ketidaktelusan yang berlaku, dan kronologi akan terus dirakamkan.

saya lampirkan bersama bantahan yang dikemukan kepada pihak pentadbiran pada hari pengundian.

BANTAHAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN DAN PENGIRAAN UNDI BAGI PERJALANAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 2009/2010.
Berikut adalah antara tindakan yang dilaporkan telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.

Kolej Keris Mas


1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri dan nombor matrik yang tercatat pada kertas undi walaupun dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja.Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pengetua berkenaan.Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1. Alasan yang diberikan adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya pengulangan pengundian. Dalam hal ini salah seorang pengundi daripada kolej ini yang juga Calon dalam Pemilihan ini iaitu Sarfarizmal Md Saad dikesan telah membuang undi sebanyak 2 kali iaitu di Kolej Keris Mas dan juga di Pusaneka. Perkara ini telah dikesan dan disahkan oleh wakil wakil calon di kedua dua pusat pengundian ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tindakan mencatat nombor siri ini dilihat sebai satu tindakan dalam usaha memberikan tekanan kepada pelajar pelajar kolej ini terutamanya pelajar Tahun1 dan ketiadaan kerahsiaan terhadap kertas undi mereka ini memungkinkan undi mereka dapat dikesan hasil catatan nombor siri berkenaan.

2) Pihak felo telah memberi arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil-wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap pelajar Tahun 1 perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut terlebih dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48 (3)(a) Peraturan Pemilihan, adalah tidak wajar untuk mewujudkan pondok panas sepanjang hari pengundian.Tindakan felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal ditangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej. Pengundi pengundi terutamanya pelajar tahun 1 telah dipergunakan untuk kepentingan pihak pihak tertentu sepanjang tempoh pengundian tersebut dan tindakan ini jelas telah melanggar peruntukan dan merupakan pelanggaran yang serius.

3) Tindakan di atas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pegawai keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5(2) yang dilihat bertindak berat sebelah dalam menangani masalah ini dan dilihat gagal menangani isu ini sehingga tempoh pengundian tamat.

4) Tindakan mewujudkan kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak-pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej berkenaan iaitu Saudara Faizul Imran bin Nadzri melalui notis yang dicop olehnya dan ditampal di dindng kolej berkenaan. Kaunter ini juga telah dikawal oleh sekumpulan pelajar yang memakai baju yang melambangkan perkumpulan yang berlogo “Aspirasi” dalam usaha meraih undi daripada pelajar pelajar Tahun 1 khususnya.

5) Terdapat juga sekumpulan pelajar menunjukkan identiti perkumpulan termasuk YDP JAKSA kolej ini sendiri dan usaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian. Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) Buku peraturan Pemilihan MPP UKM 2009.


6) Wakil calon juga telah dapat mengenalpasti terdapatnya senarai nama calon yang ditampal di papan putih di belakang kaunter SPKG berkenaan dengan tulisan cara cara memilih calon calon yang bertanding bagi kerusi umum Tahun 2 dan 3 sebagaimana dalam lampiran yang disertakan didalam senarai bukti. Tindakan ini dengan sengaja dibuat sebagai usaha memancing undi.

7) Kumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” yang menjaga kaunter SPKG ini juga telah mencatat setiap pelajar tahun 1 yang keluar mengundi yang dirujuk diatas “senarai pelajar tahun 1 dan 2” seperti yang dilampirkan dibelakang dengan tujuan semakan keatas pengundi pengundi Tahun1 yang di arahkan untuk mendaftar di kaunter tersebut terlebih dahulu sebelum membuang undi. Tindakan ini secara sengaja telah melanggar Peraturan 23.1.(a) iaitu larangan kepada percubaan untuk menentukan siapakah yang memasuki tempat mengundi dan juga Peraturan 23.1.(b) iaitu larangan kepada perbuatan menyemak dalam senarai nama seseorang yang memasuki tempat mengundi.

8) Tindakan membuka Kaunter SPKG pada hari pengundian tersebut juga secara jelas melanggar peruntukan Peraturan 23.1.(c) iaitu larangan menempatkan sebarang kerusi atau meja bagi apa apa maksud pemilihan.


9) Bermula jam 9 pagi pelajar Fakulti Pengajian Islam tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian tahun 3 sedangkan tiada pemilihan bagi kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana calon telah Menang Tanpa Bertanding. Merujuk Perkara 29 Buku Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pemilihan akan dijalankan.Tindakan ini jelas menyalahi peruntukan ini yang boleh dianggap sebagai niat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej berkenaan.


Kolej Burhanuddin Hilmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” telah bertindak mengedarkan senarai nama-nama calon kepada pelajar-pelajar tahun 1 sebagai tekanan meraih undi daripada mereka. Merujuk Perkara 23.1(d) Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009, larangan memancing undi di dalam dan di sekitar tempat mengundi. Pelajar tidak boleh memancing undi di dalam dan sekitar tempat undi.. Daripada pemerhatian Calon dan Wakil Calon yang bertanding, tindakan ini telah melanggar peraturan pemilihan dan memberikan tekanan kepada pelajar pelajar tahun 1 khususnya dalam tempoh pengundian tersebut dijalankan. Walapun perkara ini telah dibantah Calon dan Wakil Calon,namun perkara ini masih berlaku dan mereka pula dimarahi apabila membuat bantahan tersebut.

2) Tindakan sekumpulan pelajar kolej ini yang berkempen dari bilik ke bilik selepas tamat tempoh berkempen sehingga jam 3.00 pagi. Perkara ini telah dimaklumkan oleh penghuni kolej ini sedangkan waktu berkempen adalah tamat pada jam 12.00 tengah malam 27 Januari 2010. Ini melihat kepada Perkara 50 Buku Panduan Calon yang menjelaskan mengenai tempoh kempen bemula dan berakhir. Kebanyakkan pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar pelajar tahun 1 dan 2 dan ini menggambarkan bahawa telah berlaku cubaan memancing undi secara salah dan tidak bermoral sama sekali di pihak JAKSA dan pemancing pemancing undi berkenaan yang memakai baju berlogo “Aspirasi”.

3) Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walupun dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pengetua berkenaan.Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1 terutamanya. Hal ini kerana perkara ini tidak berlaku sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang rata rata pengundinya adalah tinggal di luar kampus.

4) Semasa pengiraan undi berlangsung Wakil Calon dan Calon tidak dibenarkan melihat kertas undi secara jelas oleh pihak pentadbiran khususnya Ketua Tempat Mengundi. Peranan wakil Calon di tempat mengundi adalah bagi memastikan pengundian dijalankan mengikut peraturan peraturan yang telah ditetapkan. Ini merujuk kepada Perkara 31.1.(c) Buku Panduan calon. Merujuk Bahagian IV Perkara 43.1 (ii) (b.) “Tidak Boleh Dibuat”: Meletakkan tangan ke atas meja (duduk berjauhan sedikit dari meja mengira akan tetapi masih boleh nampak dengan jelas pengiraan undi,kertas-kertas undi). Peraturan ini menjelaskan bahawa Calon atau Wakil Calon mempunyai selaras dengan peranan dan penglibatannya dalam proses pengiraan undi ini.

5) Selepas pengiraan undi telah selesai, kertas undi keluar dari tempat pengiraan undi sebelum Ketua Tempat Mengundi mengumumkan keputusan, sedangkan merujuk Perkara 48 Buku Peraturan Pemilihan, pengumuman keputusan harus diisytiharkan oleh Ketua Pusat Pembuangan Undi selepas selesai sahaja proses pengiraan tamat tanpa menyebut perlu membawa keluar kertas undi yang telah selesai dikira. Perkara ini menimbulkan kekeliruan kepada Calon dan Wakil Calon.



Kolej Tun Hussien Onn


1) Semasa pengiraan undi dijalankan ,tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada di antara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada Calon dan Wakil Kira Undi calon. Merujuk Perkara 44.4(i) Buku Panduan Calon Pemilihan MPP, sekiranya terdapat kertas undi ragu, kertas tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pegawai MPP atau pembantunya. Pegawai Pengurus Pemilihan MPP atau pembantunya akan memberi keputusan di hadapan calon atau wakil calon,sesuatu kertas undi itu boleh diterima atau ditolak. Kemudian pihak Jawatankuasa akan menerangkan mengapa sesuatu kertas itu diterima atau ditolak kepada Calon atau Wakil calon. Tetapi perkara ini tidak berlaku.

2) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi di sekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identiti perkumpulan dengan memakai baju berlogo “Aspirasi” dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian terutamanya kepada pelajar pelajar tahun 1 kolej ini. Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) dan Perkara 48(3) yang melarang mana mana pihak menunjukkan identiti yang melambangkan perkumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini member tekanan yang serius kepada pelajar pelajar terutamanya pelajar tahun 1 selain melaggar peruntukkan Peraturan.

3) Pengundi-pengundi tahun 3 dan 4 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan kertas undi sahaja iaitu memilih calon umum tahun 3 dan 4. Merujuk kepada Perkara 28.1.(ii). Buku Panduan Calon, Pengundi akan diberikan 2 kertas undi bagi Kawasan Fakulti dan Umum. Perkara ini jelas memberikan kekeliruan kepada kami sebagai calon dan juga kepada Wakil Calon di kolej ini. Perkara ini menggambarkan ketidakcekapan dan kecuaian Pihak Jawatankuasa Pelaksana yang menidakkan hak mahasiswa sebagai pengundi.


4) Ketua Pusat mengundi tiada di tempat pengundian berlangsung, Perkara ini menyukarkan Calon dan Wakil calon membuat untuk aduan.


Kolej Ibrahim Yaakob


1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri dan nombor matrik yang tercatat pada kertas undi walupun dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja.Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pengetua berkenaan.Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1. . Hal ini kerana perkara ini tidak berlaku sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang rata rata pengundinya adalah tinggal di luar kampus.


2) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” telah bertindak mengedarkan senarai nama-nama calon kepada pelajar-pelajar tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Merujuk Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009,larangan memancing undi di dalam dan di sekitar tempat mengundi.Pelajar tidak boleh memancing undi di dalam dan sekitar tempat undi.. Walaupun perkara ini telah dibantah Calon dan Wakil Calon,namun perkara ini masih berlaku dan mereka pula dimarahi apabila membuat bantahan.


3) Sekumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” dilihat cuma mewujudkan pondok panas diluar pusat pengundian sebagai usaha meraih undi daripada pengundi pengundi terutamanya pelajar Tahun 1. Tindakan ini dilihat member tekanan kepada pengundi pengundi terutamanya palajar pelajar Tahun 1. Perkara ini bertentangan dengan Peraturan 48(3)(a) dan (b) yang mana larangan kepada mewujudkan pondok pondok panas dan usaha meraih dan merayu undi.

4) Urusetia tempat mengundi menunjukkan kotak undi yang berbeza dengan tahun pengajian pengundi .Perkara ini membuatkan pengundi tahun 1 yang pertama kali mengundi keliru.

5) Seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberi kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi. Tindakan ini menimbulkan masalah keraguan kepada pengundi,calon dan wakil calon di kolej berkenaan.



Kolej Ungku Omar.


1) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi di sekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identiti perkumpulan dengan memakai baju berlogo “Aspirasi” dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian. Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) dan Perkara (48)(3) Buku Peraturan Pemilihan MPP UKM 2009. Tindakan ini jelas melanggar peraturan pemilihan dan memberikan tekanan kepada pelajar pelajar Tahun 1 terutamanya sebagai cara meraih undi dengan cara yang salah dan tidak betul.

2) Terdapat dua pelajar yang tiada di dalam senarai nama pada senarai pendaftaran kolej dan pihak pendaftaran kolej menyuruh mereka menyemak nama di Jabatan Perkhidmatan Pelajar. .Apabila menyemak nama di One Stop Centre, pegawai yang bertugas mengatakan nama mereka berdua masih ada dalam senarai nama pelajar kolej berkenaan. Pegawai yang bertugas meminta mereka menyemak semula nama di kolej,apabila berurusan dengan pihak pendaftaran kolej yang lain, ternyata betul nama mereka ada dalam senarai nama tersebut. Hal ini menunujukkan kecuaian yang serius dipihak Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej dan memberikan kesukaran kepada pengundi pengundi tersebut . Hal in seterusnya menunjukkan pengurusan pihak pendaftaran kolej berkenaan yang tidak sistematik.



Kolej Ibu Zain


1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walupun dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1.


2) Terdapat sekumpulan pelajar menunjukkan identiti perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian.Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) Buku peraturan Pemilihan MPP UKM 2009 yang melarang identiti perkumpulan sebagai usaha meraih undi.



Kolej Pendeta Za’ba.

1) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi di sekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identiti perkumpulan dengan memakai baju berlogo “Aspirasi” dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian terutamanya kepada pelajar pelajar tahun 1 kolej ini. Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) dan Perkara 48(3) yang melarang mana mana pihak menunjukkan identiti yang melambangkan perkumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini member tekanan yang serius kepada pelajar pelajar terutamanya pelajar tahun 1 selain melaggar peruntukkan Peraturan.


2) Jarak antara tempat kira undi dengan calon dan wakil calon jauh kerana tidak dapat melihat kertas undi dengan jelas. Merujuk Perkara 43.1(ii) Buku Panduan Calon berkenaan perkara “Tidak boleh dibuat” Meletakkan tangan ke atas meja (duduk berjauhan sedikit dari meja mengira akan tetapi masih nampak dengan jelas pengiraan undi,kertas-kertas undi.). Peruntukan ini menjelaskan bahawa Calon dan wakil calon masih boleh melihat kertas undi supaya kesahihan pengiraan undi dijalankan. Walaubagaimanapun, tindakan yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana ini telah menafikan hak Calon dan Wakil calon dalam proses pengiraan undi di kolej ini.



Kolej Dato’ Onn

1) Terdapat sekumpulan pelajar yang menunjukkan identiti berkumpulan meraih undi dengan menyebut nombor-nombor di sepanjang luar tempat undi dalam sekitar jam 10 pagi. Kumpulan ini memakai baju yang berlogo “Aspirasi”. Hal ini telah melanggar peruntukan Peraturan yang telah ditetapkan dalam buku Peraturan Pemilihan itu sendiri.



BANTAHAN UMUM

1) Beberapa orang calon berbangsa Cina telah berkempen menggunakan perkumpulan secara jelas iaitu melalui Chinese Communiti Student Committee UKM iaitu Alvin Yap Chee Wah, Yong Yoon Kian dan Daniel Wa Wai How masing masing bertanding bagi kerusi U2.25 UMUM tahun 1 dan 2. Perkara ini jelas melanggar Perkara 54.3 Buku Panduan Calon dan juga Peraturan 35(3) buku Peraturan Pemilihan yang melarang mana mana calon bertanding dalam bentuk berkumpulan dan tindakan mereka ini jelas menggunakan Persatuan CCC UKM sepanjang tempoh mereka berkempen. Selain itu juga, tindakan mereka ini memperlihatkan wujudkan unsur perkauman dalam proses berkempen mereka yang mana selain menggunakan Persatuan CCC UKM bagi tujuan berkempen, mereka juga menggunakan bahasa dan tulisan mandarin bagi risalah atau fliers yang mereka gunakan selain tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP seperti yang dilampirkan dalam bukti.


Pada dasarnya, kami merasakan bahawa bantahan bantahan ini dibuat atas asas yang kukuh berdasarkan laporan dan pemerhatian daripada kami selaku Calon calon dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 ini sendiri dan disokong dengan laporan daripada wakil wakil kami yang di lantik secara sah di kesemua kolej kediaman yang dijadikan sebagai Pusat Pengundian. Kami melihat bahawa kesalahan kesalahan yang dilakukan diatas adalah dibawah pengetahuan Ketua ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri yang sewajarnya memainkan peranan yang adil dan terbaik selaras dengan perananya ibarat selaku “Suruhanjaya Pilihan Raya”. Pada pemerhatian kami, pelajar pelajar Tahun 1 terutamanya telah diberikan satu tekanan yang hebat sepanjang tempoh pemilihan MPP ini untuk mengundi pihak pihak tertentu secara salah tanpa ada sebarang kawalan dan layanan yang sama rata terhadap calon calon dan wakil calon yang bertanding.

Justeru berdasarkan bukti bukti dan fakta yang material yang kami sertakan, serta persetujuan bersama pihak pihak yang membuat bantahan, kami merasakan wujudnya satu keperluan yang mendesak untuk diadakan semula pemilihan bagi Kerusi U2.25 Umum. Kami juga mencadangkan sekiranya bantahan ini diterima agar pemilihan semula bagi kerusi U2.25 ini dijalankan di Fakulti fakulti bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang dan bagi tujuan keadilan tanpa pilih kasih itu sendiri.

Konklusinya, kami berharap agar rayuan dan bantahan kami ini diterima di peringkat Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2009/2010 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof.Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak sendiri bagi mengekalkan integriti dan ketelusan dalam proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM itu sendiri.


Tuesday, January 19, 2010

Bersedia untuk menang bagi calon PRK


Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Pilihan Raya Kampus (PRK) pada hujung bulan ini dan notis pembubaran telah dikeluarkan. Saya pasti kebersedian kedua-dua belah pihak untuk memasuki gelanggang PRK. Sama ada diperingkat GMUKM mahupun Aspirasi. Pada masa sekarang keadaan menjadi semakin menarik kerana kedua-dua belah pihak saling berinteraksi satu sama lain. Mengharapakan dapat berlakunya pertembungan yang sihat dalam PRK kali ini.

Sebenarnya selain kekuatan jentera dan keberkesanan media, personaliti calon adalah antara faktor yang menentukan menang-kalah pertarungan ini. Saya mahu menulis serba sedikit tentang bagaimana calon (khususnya calon Umum) memainkan peranan untuk menang.

Pertamanya, apabila dipilih sebagai calon, seseorang individu mestilah bersedia dari sudut mental dan fizikal. Stamina kedua-dua aspek ini amat penting khususnya dalam tempoh berkempen.

Apabila bersetuju untuk menjadi calon, calon mestilah yakin dengan keupayaan diri. Keyakinan adalah amat penting kerana ia menentukan kesungguhan seseorang calon untuk bertanding. Jika gagal meyakinkan diri sendiri, bagaimana mahu meyakinkan orang lain. Lebih baik tarik diri dari bertanding! Tapi sekarang jangan tarik diri, belum masuk gelanggang lagi.

Keyakinan akan melahirkan usaha yang bersungguh-sungguh selain strategi yang berkesan. Calon mestilah sedar bahawa daripada 20 ribu mahasiswa UKM, yang akan turun mengundi hanyalah sekitar 12 hingga 15 ribu sahaja(anggaran). Dari jumlah itu, sekitar 3 ribu adalah penyokong tegar kem masing-masing yang akan mengundi kita kerana faktor parti yang kita wakili. Untuk menang, calon memerlukan tambahan undi lagi, bagi umum tahun 1/2 dan umum 3/4 mengikut populasi mahasiswa mengikut tahun(ini lebih khusus untuk calon umum). Dari mana undi itu akan diperolehi?

Sekitar 2 ribu atau mungkin lebih undi saya anggarkan akan diraih berdasarkan penampilan calon samada di atas kertas (poster kempen, menifesto dll) atau sewaktu berkempen. Diakui bahawa pengundi cenderung mengundi calon yang memiliki ketampanan fizikal iaitu hensem atau lawa wajahnya. Pastikan gambar yang digunakan dalam sebarang bahan kempen adalah gambar terbaik yang anda miliki. Wajah senyuman ikhlas serta menawan amat mustahak pada ketika ini.

Bagi calon yang tidak/kurang memiliki ketampanan fizikal, Ketampanan sosial mestilah diperkasakan. Ketampanan sosial adalah bagaimana seseorang masuk bergaul, berjabat tangan, senyum, menyapa dan sebagainya. Calon yang baik mestilah kelihatan bersederhana dalam bergaul. Tidak terlalu pasif dan tidak terlalu mahu menonjol-nonjolkan diri. Jika tidak, ia akan membuatkan pengundi merasa tidak yakin atau merasa jengkel atau dianggap poyo.

Sangat penting adalah bagaimana calon mahu pastikan bakal pengundi mereka mengingati namanya. Perlu diingat bahawa pengundi bukanlah berminat sangat untuk menghafal nama-nama calon apatah lagi yang tidak menarik perhatiannya.
Persoalannya, bagaimanakah mahu menarik perhatian pengundi?, jadi pilihlah cara terbaik untuk pengundi mengingati kita, contoh jika muka macam cina, guna bahasa cina sedikit bagi menarik perhatian.

Pemilihan isu sangat mustahak. Jika calon bijak memilih isu yang dekat dengan hati pengundi, undi akan berpihak padanya. Pada peringkat ini, calon mestilah mengkaji sedikit sebanyak latar belakang kelompok pengundi yang ditemuinya.
Calon yang baik mampu meraih tambahan undi sekitar 20% hingga 25%. Sekitar 30% lagi diraih daripada keberkesanan media dan kekuatan jentera kempen dalam memobilisasi sokongan daripada pengundi atas pagar.

Sesudah usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan, bertawakkal kepada Allah.

Kepada calon yang bakal bertanding, selamat maju jaya diucapkan. Yakinlah bahawa anda akan menang!

Monday, January 18, 2010

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Friday, January 15, 2010

Tiga jejaka pilihan


Terdetik dihati hendak menaip tentang keluarga sendiri bila menerima satu panggilan telefon sebentar tadi, ini berkaitan adik beradik lelaki saya. Kami empat beradik lelaki.Sesungguhnya hidup kami amatlah rapat pada satu ketika dahulu, perasaan kasih dan sayang amatlah tinggi, sekarang pun masih ada perasaan sebegitu namun mungkin cara sudah berbeza, saya begitu rindu terkenang zaman lalu. kami empat beradik lelaki yang terkebawah, banyak coretan hidup bersama.

Mempunyai seorang abang yang hanya lebih tua 2 tahun, pernah berkongsi banyak perkara bersama, motor juga dikongsi. membesar tanpa seorang ayah bagi kanak-kanak lelaki amatlah berbeza. Kenakalan sudah menjadi kebiasaan. Sering kemana bersama-sama, kawannya juga merupakan kawan saya. Kini abang bakal bergelar seorang guru ekonomi. Aktif juga berpersatuan di universitinya tapi berbeza dengan cara saya berpersatuan. Mempunyai ramai kawan dan suka berkawan, sosial la juga. Selalu juga berbeza pendapat bila bercakap tentang politik Malaysia.

Tapi paling mencabar bila bersama seorang adik, usianya pula hanya muda kurang dari 3 tahun usia saya.seorang yang bijak akademik dan bijak juga mengatur strategi tetapi kebanyakkan mendatangkan kesusahan kepada keluarga, kesannya pada keluarga cukuplah besar, pelbagai aktiviti dilakukan sehinggakan melibatkan polis, (bukannya pergi demo). Jaringan kawannya cukuplah luas. Memiliki hati yang cukup ‘ kering’. Sehinggalah saya menghantarnya ke sebuah tempat pengajian di Melaka (Baitul Qurra`) dididik seorang murabbi. Selama beberapa bulan disana, sedikit sebanyak memberi kesan. Mengajar untuk menjadi manusia, saya bertindak bagai seorang ayah. Kini dia bergelar seorang graduan tentera. Minggu depan dia “support” kenduri doa selamat, panggil sedara-mara dan orang kampung. Jadi orang terpilih ketua bacaan doa saya sendiri sebagai abang kesayangan dia baru bagi tahu tadi. Kisah bersamanya cukuplah panjang untuk dicoretkan.

Seorang lagi pula adik bongsu, kini masih belajar disalah sebuah IPTA ditahun 1, melihat karenah abang-abangnya yang pelbagai, mungkin dia lebih bijak berfikir. Hidupnya agak mudah dan senang. Mungkin agak lebih matang dalam melakukan sesuatu. Tapi sifat menjadi “hero” menebal dalam dirinya.

Mereka bertiga adalah lebih bijak berbanding dengan saya, dari sudut pemikiran dan juga akademik. Sekarang kami semua sudah berada pada lapangan yang berbeza. Saya belajar di bidang agama dan mereka semua bidang yang lain. Mungkin cara saya juga sudah berbeza, bercakap pun macam nak berceramah.

Perkara yang saya harapkan bersama supaya kami berempat dapat ‘berusrah’ sebagai rijal dalam keluarga, teringin sangat. Saya mahu dengar cerita dari adik-adik dan juga abang, seterusnya merencana sesuatu untuk keluarga.

Wahai adik beradikku, marilah kita sama-sama menjadi anak yang soleh kepada ibu tercinta, kita curahkan bakti kepadanya atas jasa selama ini mendidik kita menjadi seorang manusia tanpa seorang suami disisi. Jasanya tidak mampu untuk kita balas tapi doa anak yang soleh yang diharapkan.

Friday, January 8, 2010

Terkapai-kapai


Entah mengapa,pada suatu hari anda mendayung sampan ke tengah lautan. Ribut tidak,taufan pun tidak,dengan tidak semena-mena sampan yang anda naiki bocor. Air membuak-buak dengan rakusnya memenuhi ruangan sampan anda. Walau anda bersusah payah menjirus keluar air tersebut,tetap tidak mendatangkan kesan. Perlahan-lahan sampan yang anda naiki tenggelam. Dan akhirnya tenggelam kesemuanya…Anda terkapai-kapai dalam gelombang lautan yang tidak pernah berhenti. Badan anda beransur-ansur tenggelam. Walau puas menginjak ke atas,hanya lelah yang terasa. Anda terkapai-kapai kelemasan.

Jika saya ada pada waktu itu,dan saya mampu berenang,mahukah anda menerima bantuan saya? Atau anda pasrah untuk terus tenggelam? Oh ya,sememangnya anda memang tidak tahu berenang dan jika anda tahu pun,tidak mampu menyelamatkan diri anda pada ketika itu. Diingatkan,saya memang mahir berenang,dan saya memang sudi untuk membantu anda. Mahukah anda dibantu oleh saya?

Begitulah resmi kita di dunia. Tanpa kita sedari,ada ketikanya kita terkapai-kapai di alam fana ini. Jika kita mempunyai bebanan tanggungjawab, permasalahan dan seumpamanya, jangan segan untuk meminta tolong. Ramai di sekeliling kita sudi memberikan bantuan. Cuma terkadang terdapatnya ego sekelumit di hati ini yang menolaknya. Mungkin kerana jawatan, mungkin juga merasakan diri ini sudah cukup hebat, mungkin juga memandang rendah pada orang lain atau mungkin malu untuk meminta bantuan. Hanya pada saat rumit baru anda merayu kepada bantuan tersebut. Tapi sampai bila? Sampai timbul masalah yang sudah retak menanti belah, nasi sudah menjadi bubur atau sehingga di saat malaikat Izrail cuba merenggut nyawa ini,baru kita semua melolong-lolong agar dibantu? Selamatkah kita?

Apalah gunanya kita hidup ini bersaudara dan bersahabat jika terdapat prinsip “rumah lain-lain,kubur masing-masing”? (pengaruh barat yang diterapkan). Sedangkan kita hidup berlandaskan jalan yang sama, tambahan pula dimedan yang sama. Kita semua layak untuk diberi bantuan. Cuma adakah kita sendiri yang mahukannya? Buat apa kita membantu manusia lain ke arah keburukan padahal banyak lagi arah kebaikan yang lebih baik kita jejaki.

Semua yang ada di alam fana ini hanyalah sementara… jika kita punyai jawatan, nescaya jawatan itulah yang akan dipersoalkan kelak, jawatan itu akan pergi dan tinggalkan kita tapi persoalannya tanggungjawab itu tetap akan dibawa bersama. Kita tidak layak untuk berebut apa yang ada, dan tiada sesuatu pun yang akan menjadi milik kita jika bukan kerana kehendakNya.

Kajilah dan renungilah…

Kawan-kawan,kita semua bersaudara dan bersahabat. Ingatlah,perjalanan kita masih jauh…

Tuesday, January 5, 2010

Terbelenggu...


Kekadang kita berada dipersimpangan yang cukup susah dan sukar untuk memilih,tidak tahu mana satu jalan yang harus dipilih, namun kita terpaksa juga membuat keputusan, dan akibat daripada keputusan itu, perkara yang mendatang harus ditanggung dan dipertanggungjawabkan. Begitu juga soal hati dan perasaan.

Bila bercakap soal hati dan perasaan ramai yang akan merasakan perkara ini hanyalah biasa dan menjadi lumrah dalam kehidupan, ada yang mengatakan jangan dilayan perasaan itu kelak binasa, ada juga mengatakan jangan main-main dengan perasaan, ini soal hati, jiwa dan raga. Bermacam-macam persoalan timbul tentang perkara ini. Soal cinta, rindu dan cemburu mungkin yang selalu dikaitan.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

Biar kefahaman lebih jelas, elok kiranya saya terangkan pembahagian syahid di sisi para ulama. Terdapat tiga jenis syahid seperti yang diterangkan oleh para ulama yang mensyarahkan kitab Tauhid .

Pertama: Syahid Dunia- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah(berjihad) tetapi niat mereka bukanlah ikhlas kerana Allah taala, malah untuk mendapatkan pujian dan penghargaan. Maka jika mereka mati ketika berperang dalam keadaan sebegini akan digelarkan Syahid dunia. Ini kerana semua orang melihat seolah-olah mereka mati syahid di dunia ini sedangkan mereka langsung tidak mendapatkan apa-apa ganjaran di sisi Allah taala di akhirat kelak.

Kedua: Syahid Akhirat- Ini merupakan golongan yang pada pandangan mata manusia mereka tidaklah kelihatan sedang berperang di jalan Allah taala. Tetapi jika mereka mati maka mereka akan memperolehi pahala dan ganjaran seumpama orang yang mati syahid. Contohnya seperti yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW, ibu yang mati ketika melahirkan anaknya, orang yang mati kerana lemas, orang yang mati kerana menahan rindu dan cinta terhadap seseorang dan dia menjaga dirinya, orang yang mati ketika menuntut ilmu dan lain-lain. Secara zahirnya kita langsung tidak melihat mereka mati dalam keadaan syahid. Tetapi di akhirat kelak, mereka akan mendapatkan ganjaran seperti orang yang mati syahid. Oleh kerana itulah mereka digelarkan Syahid Akhirat.

Ketiga: Syahid Dunia dan Akhirat- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah taala dan mereka benar-benar ikhlas di jalan Allah.Jika mereka terbunuh ketika peperangan tersebut maka mereka digelarkan syahid dunia dan akhirat. Ini kerana di dunia manusia semua menjadi saksi bahawa golongan ini berjuang dan di akhirat juga mereka akan datang dengan pahala sebagai orang yang mati syahid di jalan Allah taala.

Maka jelaslah bagi kita, (sama ada wanita atau lelaki) yang benar-benar menjaga cinta dan rindunya terhadap seseorang dengan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Syarak maka jika dia mati di dalam keadaan sebegini akan memperolehi pahala orang yang syahid di akhirat kelak. Moga Allah menggolongkan kita dikalangan orang yang bersikap perindu sebegini.

Jika kita memahami sebenar-benarnya maksud yang diterangkan oleh ulama, maka kita akan merasa tenang hati. Masih ramai yang tidak memahami maksud rindu dan cinta. Malah sehingga menganggap jika seseorang mencintai seseorang yang lain maka sebenarnya dia telah melakukan sesuatu yang dicegah oleh syarak. Fahaman sebegini perlulah diperbetulkan. Kesalahannya bukan pada sifat cinta tersebut, yang menjadi kesalahannya ialah bagaimana orang yang punya perasaan cinta itu menunjukkan kecintaannya dan kerinduannya.

Islam adalah agama fitrah. Cinta dan rindu adalah fitrah seorang insan. Islam datang untuk menunjukkan cara sebenar mengendalikan cinta dan rindu. Bukannya menafikan rindu dan cinta itu hadir dalam kehidupan seseorang.

Saya tidak pasti kenapa menulis begini,tetapi saya menulis sebegini bukan untuk mengalakkan pasangan untuk bercinta. Bukan itu tujuan saya. Tujuan saya biarlah orang benar-benar faham apa itu cinta yang dimaksudkan oleh syarak.Apa itu rindu yang sebenar. Cinta dan rindu bukan hanya tertumpu pada lelaki dan wanita. Jika difahami sedemikian maka terlalu sempit pemahamannya. Cinta dan rindu itu umum.

Tanpa cinta maka kita akan berbalah tanpa meletakkan sedikit kecintaan pada sahabat seagama kita. Tanpa cinta maka kita tidak akan memandang seseorang yang berbeza pendapat dengan kita dengan pandangan yang mulia. Tanpa cinta semua akan jadi pincang. Ini hikmahnya Allah taala ciptakan cinta. Bukan untuk disalah gunakan. Tapi untuk dimanfaatkan sebaiknya.


Dalam menguruskan soal ini kita harus perbanyakkan doa,walaupun kekadang doa kita dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

“Ya Rabbi…
Lembutkan hati kami agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwa kami agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaan kami agar mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Ampunkanlah dosa kami sesama manusia sama ada sedar mahupun tidak. Hancur dan remukkanlah diri kami dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan kami sebagai hamba-Mu.”

Jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!



Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP