Related Posts with Thumbnails

Friday, May 29, 2009

Terpangu melihat pelajar beraksi






Baru-baru ini sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari jumaat lepas, aku sebagai seorang guru praktikal turut diraikan dapat melihat sendiri program yang dianjurkan pelajar sekolah itu bagi meraikan para guru. Program yang disusun tanpa melibatkan guru-guru.

Semasa awal pagi bagaimana aku terkejut menerima arahan pelajar untuk meminta para guru beratur berdua-dua, dan berjalan memasuki dewan, semasa hendak memasuki dewan, perkara yang tidak pernah saya gambarkan bagaimana guru diraikan dengan cara pelajar, mereka mengangkat sepanduk, menjerit, melompat-melompat, ada yang bangun berdiri di atas kerusi sambil memegang spanduk dengan tulisan yang pelbagai. Inilah satu fenomena yang baru bagi aku, suasana tidak ubah seperti konsert, seakan-seakan akademi fantasia. Semasa majlis dijalankan, kumpulan band pelajar keluar menyampaikan lagu, para pelajar menjerit sini,sana seperti konsert amy searh. Tak perlu lagi pergi ke konsert jom heboh, disini pun dapat merasai.

Mungkin tidak pernah terjangkau difikiran sebegini rupa, dapatlah digambarkan didalam benak fikiran para pelajar, hiburanlah salah satu cara meraikan seseorang, dan sudah pastinya dalam fikiran pelajar juga hanya diterapkan unsure-unsur hedonisme sahaja. Jadi tidak hairanlah fenomena ini berlarutan sehingga ke peringkat tertinggi di university sendiri.

Inilah juga cabaran bagi para pendidik, realiti dunia sekarang memang begitu, guru mencorak suasana bukan mengikut rentak pelajar. Guru pula harus mengerti bahasanya pelajar perlukan bimbingan jangan sesekali membiarkan mereka hanyut dengan dunia yang hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Teringat tema hari guru tahun ini “Guru Pembina Negara Bangsa”, negara bangsa apa yang hendak dibina, jika generasi sebeginilah yang dibentuk tidak mustahil suatu masa nanti lihatlah kehancuran akhlak dikalangan pelajar. Negara bangsa entah kemana.

Islam sentiasa menganjurkan agar umatnya sentiasa menutup lubang-lubang pintu fitnah. Setiap perkara yang punyai unsure-unsur maksiat harus dibendung bukan dibiarkan. Terpegun melihat aksi pelajar sedih melihat tindakan guru. Aduhai anak bangsa kemana kamu selepas ini……..

Thursday, May 21, 2009

Sempena sambutan hari guru




Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.

Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud :

Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.”

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:

1. Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.

2. Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.

Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.

Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang.

Berbeza dengan tugas seorang guru yang hanya sekadar nama, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi keberkesanan tidak pernah dipedulikan.

Sepanjang lebih kurang seminggu bersama pelajar sekolah, saya baru dapat merasakan bagaimana peranan guru, kita mendidik manusia yang punyai akal bukan mendidik binatang untuk mendengar cakap. Cabarannya sudah pasti semakin mencabar, setiap hari menantikan perkara baru dapat dikongsi bersama pelajar, mencurahkan segala yang ada.

Konsep penghormatan kepada golongan pendidik

Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan sebenar yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.

Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.

Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ciri-ciri yang Islam gariskan tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden dalam bidang pendidikan.

Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.

Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.

Maka perlunya kita semua fahami sejauh mana sistem pendidikan sekarang ini memberi kesan yang baik pada masa akan dating. Pendidikan merupakan bidang asas dalam penbentukan manusia, seharusnya perkara ini perlu disedari kita semua.Wallahua`lam..

Wednesday, May 6, 2009

Surat terbuka kepada sahabat-sahabat pelajar tahun akhir (UPTA)


Dengan lafaz bismillah kepada sahabat-sahabat tahun akhir (UPTA) yang dirahmati Allah SWT sekalian sesungguhnya kalian sekarang sudah menghabiskan pengajian di satu peringkat, maka selepas ini sahabat-sahabat sekalian akan bertebaran di muka bumi Allah ini membawa haluan masing-masing untuk belajar di satu peringkat yang lain pula. Mungkin lapangan selepas ini sudah jauh berbeza dengan kehidupan kampus. Lapangan realiti mungkin menanti sahabat-sahabat sekalian. Pastinya cabaran dan halangan semakin tinggi untuk didaki.

Kepada semua sahabat tahun akhir sesungguhnya begitu singkat masa yang berlalu, mungkin ada dikalangan sahabat belum puas untuk menikmati kehidupan kampus mencari segelumit pengalaman dan ilmu. Namun inilah realitinya, masa sentiasa bergerak mengikut sunnah yang ditetapkan, kitalah yang akan mencorakkannya mengikut acuan sendiri. Setiap permulaan sudah semestinya ada penghujungnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun disini penghujung setiap permulaan dan perpisahan setiap pertemuan sudah pastinya kebaikan yang diharapkan. Ukhuwah yang dijalin tidak akan putus hanya kerana tiada pertemuan tetapi tautan hati menjadi rantai ikatan.

Jika sahabat-sahabat sekalian begitu asyik dengan perjuangan kampus saat ini maka semestinya lebih teruja selepas ini menanti perjuangan di luar sana. Jika pengalaman berada di kampus menjadi sandaran maka pengalaman diluar sana menjadi harapan untuk dikecapi. Buktikan kampus bukan tempat beretorik semata-mata tetapi medan tarbiyah menuju medan realiti. Tidak kira dimana kita berada perjuangan mesti diteruskan, selagi langit dijunjung selagi itu Islam diperjuang. Perjuangan tidak akan mati hanya kerana berbeza tempat, berbeza suasana, berlainan situasi dan seumpamannya.

Sahabat-sahabat (UPTA) sekalian, harapan kami mahu melihat keluarnya sahabat-sahabat dari perbukitan Ilmu ini menjadi contoh tauladan kepada masyarakat, mejadi nadi dan tujang kepada agama Allah. Maka selepas ini ada dikalangan sahabat-sahabat menceburi bidang yang berbeza, mungkin juga selepas ini ramai yang berkeluarga, setiapnya ada tanggungjawab masing-masing,jika menjadi pekerja tahu tanggungjawab apa yagn perlu, jika menjadi ketua keluarga, tahu mencorak kearah mana nak dituju, semua kita adalah pemimpin mungkin bidang kuasa yang berlainan, apa yang penting menjadi pemimpin harapan agama.

Akhirnya memohon maaf sepanjang perkenalan di jalan ini, terdapat cacat dan cela, terguris bicara, yang penting jangan memendam rasa, doakan kejayaan bersama. Wallhu`alam…

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP