Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 29, 2009

SELAMAT TINGGAL ADIK-ADIKKU....

lelaki 2 Alpha


Selepas menghabiskan praktikum di sekolah terasa begitu rindu kepada adik-adik(murid-murid) dan begitu banyak pengalaman yang cukup menarik untuk dikongsi bersama.

Pelajar-pelajar sekolah menengah putrajaya presint 9(1).Berasa begitu teruja dengan karenah pelajar

Pada mulanya agak tertekan dengan situasi sekolah namun bila dah dapat menyesuaikan diri, keseronokkan menjadi guru dapat dirasai.

Mengajar dua kelas tingkatan yang sama tapi tahap berbeza, kelas pertama dan yang terkebelakang menjanjikan situasi yang berbeza.

Kelas dua Alpha ramai pelajar yang baik dan merupakan kelas pertama, bijak la juga pelajarnya.

Kelas dua Gamma yang agak terbelakang, begitu banyak karenah…. Nak control kelas ni macam-macam cara digunakan, setiap kali nak masuk kelas pasti sesuatu modul aku kena fikirkan, habis modul tamrin aku ambil…

Terasa begitu rindu dengan adik-adikku, setiap kali nak tidur malam masih lagi terbawa-terbawa apa yang nak diajar esok…

Aku yakin kalian semua akan berjaya dalam bidang masing-masing kelak.. SEKADAR BERKONGSI...



perempuan 2 Alpha (ada yang thiqah)


kelas 2 Gamma

Monday, July 27, 2009

Merenung masa hadapan






Pada saat dan ketika ini pelbagai peristiwa telah melanda dunia, semuanya hasil dari tangan-tangan manusia yang melakukan. Samaada baik mahupun buruk tetapi selalu dan kebiasaannya manusia ini hanya banyak mendatangkan kemudharatan sahaja.

Pelbagai isu banyak untuk diperkatakan, seperti biasa masing-masing punyai pengulasnya sendiri yang arif lagi bijaksana. Isu politik, isu kesihatan berkaitan babi, isu ekonomi dunia tapi yang paling terkesan ialah isu penindasan umat islam yang tidak pernah berhenti dan sentiasa berlarutan dan berkembang pula di seluruh pelusuk dunia bagai cendawan yang tumbuh. Hinanya umat islam di mata sesetengah penduduk dunia.

Tidak tertekan untuk menaip segala perkara yang berlaku, tapi hati semakin bergelora menyatakan protes.(Penindasan di selatan Thailand tanpa menunujukkan sebarang penyelesaian, penghapusan etnik minoriti Islam di xianjiang China, bagaimana seorang muslimah yang dibunuh didalam mahkamah di jerman Marwa al Sherbini,) Bukan hanya terhadap orang-orang kafir yang senantiasa memerangi orang islam tetapi kepada mereka yang bergelar sebagai orang Islam juga yang senantiasa menjunjung puak-puak yang zalim itu malahan berasa begitu bangga bila kerjasama dapat dijalinkan. Pergi jahanam mereka semua..

Melihat kepada masa hadapan, sudah semestinya tidak pasti tapi andaian sudah dapat dibuat, Islam semakin dagang bukan hanya di bumi orang negara bukan majoriti Islam tetapi juga dagang di Negara orang islam. Sekadar nama yang dimuliakan tetapi tidak diterjemahkan kepada perbuatan. Dimanakah tempat yang selayaknya Islam ini diterima secara keseluruhannya? Di dunia atau planet mana pula sepatutnya Islam ini dapat berkembang? Siapa pulakah yang sebetul-betulnya dapat menerima islam keseluruhannya? Semua jawapan ada pada diri setiap yang bernama makhluk….

Masa hadapan semakin runcing dan mengecil untuk Islam, moga Allah dapat pasakkan keimanan jitu dalam diri setiap yang bernama pejuang Islam, tidak goyah dalam melangkah, tidak gentar menelusuri jalan perjuangan.. moga semakin ramai juga yang dinamakan pejuang ini dilahirkan demi kegemilangan dan kesinambungan Islam pada masa hadapan.. janji Allah sudah pasti..

Wednesday, July 15, 2009

Terkenang.......


Sesungguhnya manusia ini diberi nilai perasaan yang cukup berharga dan nikmat memenuhi naluri sebagai manusia. Nilai kasih dan sayang itu yang sentiasa diutarakan. Pertama sekali sebagai seorang anak rasa cukup berbangga memiliki sebuah keluarga yang ada sekarang.


Terkenangkan jasa seorang ibu yang membesarkan anak tanpa seorang suami disisi, selama hampir dua puluh tahun, sungguh jauh nilai erti pengorbanan.


Terkenangkan diri yang pernah dipenuhi dosa dan lara sebelum terus hanyut.


Terkenangkan kakak yang sanggup untuk pergi jauh demi menuntut ilmu dalam keadaan yang cukup terpaksa.


Terkenang adik-adik kesayangan yang semakin jauh dari landasan sebenar.


Terkenangkan juga diri sebagai abang mendidik adik menjadi manusia menjanjikan cabaran yang cukup tinggi.


Banyak jika hendak dikenang.. biar jasa jadi kenangan jangan dosa yang hanya dingati..


Terasa begitu tersentuh, terkenang imbauan bersama..


Terkenang menginsafi diri…

Tuesday, July 7, 2009

JEMPUTAN KEPADA MAHASISWA....

Thursday, July 2, 2009

Mahasiswa Generasi Baru yang Dinanti.

Tahniah diucapkan kepada pelajar baru yang telah bergelar mahasiswa, dan selamat menempuh alam kampus di bumi UKM ini.


Kedatangan mahasiswa baru amat dinantikan bagi menggantikan pelajar lama yang akan bergraduasi. Ibarat kata pepatah patah tumbuh hilang pengganti. Hilangnya sikit tumbuhnya biar melata.


Memelusuri alam kampus ini sudah semestinya memberi satu pengalaman yang baru untuk mereka yang baru bergelar sebagai mahasiswa. Kehadiran mahasiswa baru amat diharapkan untuk menggantikan dan meneruskan kesinambungan golongan intelektual sesuai untuk menjadi mahasiswa bertaraf dunia.


Melihat kepada realiti sekarang mahasiswa lebih suka untuk berada dalam keadaan yang cukup selesa, tanpa pernah untuk memikiran dunia luar yang berlaku dan semakin mencabar untuk ditempuh. Kurang merespon isu yang berada disekeliling dengan nilai kemahasiswaan yang ada dan seumpamanya telah merencatkan nilai kemahasiswaan yang ada pada diri mahasiswa.


Kepada penggerak mahasiswa lama janganlah berasa jemu untuk berada di atas pentas mahasiswa, jangan pernah untuk berundur diri, jika tidak mahu untuk bersama maka akan diganti dengan generasi yang baru, maka rugilah yang akan menyusul.


Oleh itu, Kombinasi mahasiswa lama dan baru akan mendatangkan kesan yang besar untuk merangka satu perjalanan baru bagi mahasiswa. Kehadiran mahasiswa baru ini juga.Sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kepada penggerak mahasiswa lama untuk meneruskan lagi kesinambungan gerakan pelajar.

Harapan kepada mahasiswa baru amatlah menggunung tinggi untuk sama-sama membina generasi baru mahasiswa. Untuk kembalikan suara mahasiswa berada pada tempatnya. Salam Mahasiswa…..


Generasi baru yang telah dinanti,

Tak takut dicaci,

Tak gentar mati,

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP