Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 28, 2009

"Runtuh-runtuh" dah menjadi kebiasaan



Kita baru digemparkan dengan jambatan runtuh yang berlaku di sebuah sekolah di Kampar Perak, dan mengakibatkan seorang meninggal dunia dan dua lagi masih hilang. Perkara ini berlaku ketika perkhemahan 1 malaysia yang dianjurkan pejabat pendidikan daerah diadakan.

Amat mengecewakan bila terjadi kes ini, tindakan segera yang diambil ialah mewujudkan satu jawatan kuasa khas bagi menyiasat kes tersebut. Maka selepas ini mugkin ada anak-anak haruan yang akan didakwa. Kebanyakkan menteri (bapak haruan)turun dan menyatakan simpati dengan apa yang berlaku dan akan selesaikan perkara ini.

Kes runtuhan ini sudah menjadi kebiasaan, keretakkan bangunan dan seumpamanya. Syarikat-syarikat kontrak yang sudah tersedia menunggu masa untuk mendapat kontrak pengubahsuaian, maka kroni-kroni yang mendapat untung. Susah hendak dikatakan. Jika projek yang besar-besar mungkin keuntungannya banyak tapi ini setakat buat jambatan gantung melintasi sungai, masih lagi ada perkara yang tidak kena. Keselamatan bukan lagi jaminan utama kontraktor yang mendapat projek membuatnya tapi keuntungan yang akan dapat.

Mungkin dalam masa sekarang beratus-ratus bangunan yang tunggu masa untuk runtuh. Mungkin sedang mengikut giliran masing-masing. Tetapi yang pastinya yang akan menjadi mangsa rakyat jelata, kerajaan janjikan pembangunan yang hebat-hebat, peruntukan kerajaan dalam bidang pembangunan cukup banyak, boleh dilihat dalam bajet yang dibentangkan baru-baru ini dan hasilnya rakyat juga akan dapat, tidak pasti sama ada baik ataupun buruk.

Jika siasatan dijalankan dan jawatan kuasa khas juga ditubuhkan, konon-kononnya la. Sepatutnya juga sebelum ini juga setiap keretakan dan keruntuhan yang berlaku juga dijalankan, buka balik fail tentang projek berkenaan,berapa peruntukan yang disediakan, tengok sistem masuk keluar wang, bahan kualiti atau pun tidak, dan siapa orang yang terlibat. Mungkin sekadar apa yang saya tahu tentang apa kalau hendak siasat dan saya yakin jawatan kuasa siasatan jauh lebih bijak menganalisa.

Perkara ini mugkin dapat dibendung,jika bermula dari peringkat yang teringgi(bapak haruan), semua projek sediakan panel khas terutama projek yang besar. Di mata masyrakat, merekalah yang paling menjaga kebajikan rakyat, mengambil berat, memberi bantuan tetapi sebenarnya dibelakang tabir, merekalah yang menodai hak rakyat.

Monday, October 26, 2009

Surat Dari Penjara..



KISAH ini mungkin sudah lama dan ditelan masa, tapi disebabkan oleh rasa kasihan dan juga marah dengan sikap kafir laknatullah ini, saya tak dapat tahan daripada menyebarkan maklumat yang saya perolehi untuk tatapan kita semua dari kisah seorang hamba Allah di bumi anbiya’ Iraq yang diseksa, dirogol dengan kejam tanpa belas kasihan di penjara Abu Gharib.



Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun kerana mereka tidak dapat menemui saudaranya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berjaya diseludup keluar dari penjara Abu Gharib. Surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan tentara AS. Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad, membuatkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq.


Bismillahirrahmanirrahiim.

(Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.[ Quran, Surat 112 *al-Ikhlas*]) Saya menulis surah Al-Ikhlas ini karena mempunyai erti yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.


Saudaraku mujahidin di jalan Allah. Apa yang dapat kukatakan padamu? Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu.


Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami . Allahu Akbar. Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami?.


Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.


Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya.

Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah.


Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah. Takutlah pada Allah akan urusan kami.


Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Gharib.


Saya saudaramu kerana Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan?


Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah. Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua. Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang.


Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentara memukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, kerana dia sudah tidak sanggup menerima ini.


Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya. Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha mengampun.


Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentara itu, agarkami bisa beristirahat dalam damai. Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami. Waa Mutasimah!.


Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir. Sebarkan agar semuanya bisa mengathaui keadaan ini. Wassalam.


(Tajuk Asal Surat Fatimah Gemparkan Baghdad.)

Masih lagi dalam keadaan geram, bila tengok pula perempuan-perempuan di Malaysia ini yang tidak menjaga langsung kehormatan dan maruah sebagai seorang muslimah bertambah lagi geram. Nak tunggu jadi macam kat Iraq dulu ker baru rasa erti dan bernilainya maruah seorang perempuan. Kepada siswi UKM pula jagalah maruah kalian, dah geram dah tengok pergaulan bebas ni....

Saturday, October 24, 2009

Perumpamaan dan Keyakinan


Beberapa hari yang lepas saya bersama beberapa orang sahabat berjumpa dan bersama sahabat dari Turki, banyak perkara yang dikongsi dan mengajar saya beberapa perkara, saya lihat blog sahabat saya Idris yang telah menceritakan tentang pertemuan kami pada malam itu, jadi tidak usahlah pula hendak saya menghuraikan perjumpaan pada malam itu sebab saya yakin huraian dan olahan Idris lagi mantap, lagi satu blog saya ni orang lawat pun sedikit sahaja, jauh la jika hendak dibandingkan dengan blog Idris tu.

Kalau hendak baca tentang perkongsian pada malam itu saya syorkan terus sahaja melawat blog http://tintaduat.blogspot.com/.

Tetapi apa yang saya hendak sentuh disini mungkin, perumpamaan yang dicetuskan, tanya soalan panjang-panjang tapi bagi perumpamaan yang ringkas sahaja menjawad persoalan tu.

Satu soalan yang ditanya kepada Pimpinan dari Turki ustaz Ali Khurt lebih kurang berbunyi begini “ umat Islam di Malaysia semakin ditindas terutama mereka yang betul-betul pegang dengan ajaran islam yang sebenar, dan dilabelkan pembangkang dan radikal. Orang melayu islam juga semakin ditindas oleh cina dan bangsa lain sedangkan Malaysia penduduk asalnya melayu, mungkin peperangan tidak berlaku di Malaysia menyebabkan rakyat Malaysia ini terutama orang melayu islam tidak mempunyai daya tahan yang kuat untuk berjuang, bagaimana hendak kembalikan kekuatan orang islam ini”. lebih kurang macam itu la, tetapi rasa macam lagi panjang.

Jawapannya yang diberikan “umpamakan helang dan burung pipit, helang mahu makan burung pipit setiap masa, maka secara tidak langsung burung pipit itu akan tahu bila helang hendak menyerang dan semakin bijak untuk mengelak, pertahanannya akan menjadi semakin kukuh” harap faham la kot, sebab huraiannya panjang juga..

Perumpamaan lain, no 111 jika dipecahkan nilaian semuanya jadi satu tetapi jika no satu semua itu digabungkan berada pada satu landasan nilaiannya menjadi seratus sebelas, jauh jika hendak dibandingkan dengan pecahan tadi, begitulah juga diperumpamakan kepada umat islam, jika bersatu atas dasar islam maka kekuatan itu akan terpancar keluar.

Teringat juga semasa mendengar kuliah Syeikh Nurudin Al- Banjari baru-baru ini, memberikan perumpamaan tentang keyakinan. Itu pun dah cukup tersentuh.
Contohnya: seorang kapten kapal terbang memberikan arahan “semua penumpang diminta memakai tali pinggang keselamatan semasa kapal terbang mahu berlepas” semestinya ramai yang akan mengikut arahan itu. Semasa di atas udara pula kapten kapal bersuara lagi “sekarang kita berada 900 kaki dari aras laut dan kita dijangka terhempas pada ketinggiaan 10000 kaki”. Agak-agak la apa tindakan semua penumpang pada ketika itu, mesti “relaks ja”..

Itu jangkaan dari manusia yang belum tentu pasti akan berlaku atau tidak tapi semua orang akan menganggap perkara itu pasti akan berlaku. Tidak senang duduk semua orang.
Begitula juga perumpaanya dengan janji Allah dan Hadis Nadi SAW, tapi sejauh mana kita meletakkan keyakinan kita tentang perkara ini. Jika orang yang makan rasuah maka janji Allah neraka tempatnya tapi masih terlalu ramai orang yang makan rasuah.

Dihikayatkan Jika penzina seksaannya cukuplah dasyat, jika bagi penzina perempuan, buah dada mereka akan digantung dengan cakuk neraka, bagi penzina lelaki kemaluan mereka akan dicucuk dengan jarum bertubi-tubi. Sampai tahap yang makan dan minum kotoran yang keluar dari kemaluan pasangan zina masing-masing dengan begitu ghirah seperti nanah, darah haid dan air kencing, Tetapi zina tetap berleluasa di kalangan umat Islam. Itulah gambaran dalam neraka jahanam, Sesungguhnya seksaan yang paling ringan di neraka ialah kasut api neraka, bagi sesiapa yang memakai kasut ini maka akan bergelegak otak di atas kepala. Na’uzubillah…. Ajirna minannar…….

Itulah antara perumpamaan yang diberikan, saya rasa cukup la sekadar ini dulu walaupun rasa macam boleh menulis lagi panjang… sama-sama mengambil pengajaran.. ucapkan selamat menempuh alam peperiksaan di bumi UKM, jika benar-benar yakin, kejayaan pasti mendatang tapi kena baca buku la juga....

Pada saya menulis artikel ini saya baru pulang dengan Idris dan Nazri dari Port Dickson, bahagia bertiga. Mungkin Nazri yang akan cerita tentang perjalanan ke PD dalam blognya pula.

Sunday, October 18, 2009

Bayangkan 50 tahun akan datang….




Bayangkan kita di tahun 2059.

Ketika itu saya sudah berumur 73 tahun. Barangkali sudah punya cucu dan cicit. Atau mungkin sudah meninggal dunia. Mungkin juga ketika itu anak atau cucu saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh atau kelapan. Mungkin beliau dari Parti Islam Semalaysia (PAS). Atau jauh sedikit Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pasti bukan dari UMNO dan Barisan Nasional.

Ketika itu negara ini sudah mencecah lebih 100 tahun usia kemerdekaannya. Barangkali UKM pada ketika itu sudah tiada lagi bukit-bukitnya. Mungkin arca-arca tokoh perjuangan seperti yang nama-nama kolej kediaman itu dijadikan simbolik kepada perjuangan UKM, diletakkan di pintu hadapan UKM sebagai penyambut tetamu.

Bayangkan kita di tahun 2059

Ketika itu barangkali sahabat-sahabat saya sudah menjadi orang yang hebat dan menjadi tokoh dalam masyarakat, mungkin sahabat saya Idris sudah menjadi Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), mungkin Mubarak sudah memiliki syarikat sendiri dan punyai rangkaian seluruh Negara dengan menjana ekonomi Islam, mungkin Fadhil sudah mencipta satu teknologi yang baru dalam dunia IT,mungkin Fendi menjadi tokoh dalam bidang pendidikan, mungkin Hakim sudah menjadi saintis dengan penemuan-penemuan baru dalam biotech, kepala pun mungkin dah botak, mungkin nama Hafiz Razak sudah setaraf dengan Tuan Guru Dato` Dr Harun Din sekarang dalam bidang perubatan Islam, mungkin Azizan sudah menjadi pejuang dan bergelar As-syahid,Takbir!!!. Banyak lagi mungkin yang sudah menjadi ikon dalam masyarakat. (Barangkali sahabat-sahabat sedang tersenyum keharuan membaca entri ini. Atau juga sedang menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata di dalam hati: “Apa gilanya budak Ammar ni..”)

Bayangkan kita di tahun 2059

Waktu itu mahasiswa dan intelektual dari negara ini akan menguasai universiti terkemuka dunia, manakala universiti tempatan akan menjadi pusat kecemerlangan untuk cendekiawan antarabangsa.

Ketika itu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) sudah lebih gah daripada Universiti Harvard dan Oxford.

Tiada lagi AUKU. Mahasiswa mula hebat berfikir. Kritis, dinamis dan kompetitif. Ketika itu simbol wajah Che Guevara sudah tidak diminati lagi oleh golongan muda yang radikal. Potret Anuar Ibrahim sudah mulai menjadi hiasan dan kemegahan di baju dan batch di beg. Bagi JIK pula tiada lagi program-program tersembunyi(sir hazar) semua dizahirkan, hanya segelintir sahaja yang bukan menjadi ahli. Ruh Islam dapat dirasai dimana-mana.

Bayangkan kita di tahun 2059

Kita akan menjadi perintis tenaga alternatif, lahir daripada kelebihan kita dalam biofuell. Bandar raya kita paling ceria dengan gabungan kemudahan kosmopolitan yang bertunjangkan masyarakat adil dan bertolak ansur.

Waktu itu Kuala Lumpur sehebat New York. Genting Highlands lebih masyhur dari Monte Carlo. Dan Putrajaya jauh lebih hebat dari Tokyo dan Syedney. Singapura ketika itu hanya setaraf dengan Kangar barangkali.

Bayangkan kita di tahun 2059

UMNO ketika itu hanya sejarah, barangkali. Dan mungkin juga tiada lagi istilah Melayu, Cina atau India. Malaysia ketika itu milik semua. Semua kaum. Semua bangsa. Undang-undang Islam diguna pakai sepenuhnya, tiada lagi campur aduk, tiada lagi sekularisme. Keadilan menjadi tunjang pemerintahan Negara.

Tiada lagi curiga antara agama. Tiada lagi pertikaian tentang siapa tuan, siapa pendatang. Tiada lagi upacara hunus keris dan perarakkan kepala lembu oleh kepala-kepala rasis. Dan tiada lagi ugutan dan ancaman tentang penghapusan hak keistimewaan. Mereka itu semua mungkin sudah diingati sebagai pengkhianat kepada negara barangkali.

Bayangkan kita di tahun 2059

Cuba bayangkan.

Apakah kalian nampak warna-warna pencerahan?

"Anda boleh kata aku seorang pemimpi. Tapi sebenarnya bukan aku seorang sahaja. Aku berharap suatu hari nanti, anda akan bersama dengan kami. Dan dunia ini akan menjadi satu. " John Lennon, ‘Imagine’

Friday, October 16, 2009

PERKIM dalam kenangan

PERKIM UKM, sesungguhnya kenangan bersamanya cukup banyak, persatuan pertama yang bertakhta di hati ini, kerana tidak tahu nak mendaftar persatuan apa pada M3P ketika itu, PERKIM UKM menjadi pilihan. Panjang cerita bersama PERKIM, erti berpersatuan hanya aku kenali bila bersamanya, sesungguhnya pengalaman yang dilalui bersama PERKIM tidak mudah dan seindah bersama persatuan lain yang bertapak di pusanika. Tetapi semua itu mengajar dan mendidik aku.

Pendekkan cerita, hari ini PERKIM ada buat majlis keraikan bersama mereka yang terlibat dengan OPKIM SABAH bersama exco PERKIM yang lain. Hati ini berasa sungguh terharu melihat kawan-kawan.

Baru-baru ini satu pengiktirafan telah diberikan oleh PERKIM KEBANGSAAN iaitu YDP PERKIM Tun Dr Mahathir Mohamad kepada PERKIM UKM , kerana mendapat penganugerahan kepimpinan terbaik kelab PERKIM universiti. Teruja sekali mendengar berita ini dan disiarkan dalam akhbar perdana.

Aku pernah bercadang mahu jadikan PERKIM ini sebagai sebuah persatuan yang menggerakkan dakwah di bumi UKM ini, banyak perkara yang aku fikirkan untuk melaksanakan, namun dengan ilmu yang cukup sedikit ini dan kejahilan dalam diri ini, sesungguhnya aku tidak berupaya. Aku berasa cukup malu pada satu ketika dahulu semasa memegang jawatan dalam PERKIM, kerana perkara yang sepatutnya aku lakukan tidak dapat aku lakukan. Mungkin dosa yang aku terpaksa tanggung.

Kepada sahabat-sahabat yang pernah terlibat secara langsung mahu tidak langsung, aku ingin memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan juataan terima kasih kerana membantu. Aku tidak akan lupa pada sumbangan kalian.

Aku mula mengerti bebanan dakwah ini cukuplah berat untuk dilaksanakan. Amanah yang perlu ditanggung cukup besar untuk di kotakan.

Kepada pimpinan PERKIM sekarang teruslah melangkah, jadikan medan dakwah agenda utama. Kita sama-sama belajar untuk menjadi penggerak dakwah.

Kepada semua ahli gerakan kampus terutamanya,( JIK) mari kita sama-sama fikir, apakah usaha dakwah yang telah berjaya kita laksanakan? apakah pernah kita bergiat aktif menjalankan dakwah? apakah cara terbaik untuk kita jalankan dakwah? semua ini perlu kita fikirkan kerana kefahaman menggerakkan dakwah adalah cukup penting bagi kita semua..

Monday, October 12, 2009

Talking about Kelantanese.


Walaupun mempunyai sedikit kemahiran untuk bercakap dalam bahasa Melayu dialek Kelantan tapi kurang fasih, saya bukanlah seorang rakyat negeri Kelantan. Tidak pernah pula saya tinggal di Kelantan lebih daripada seminggu. Namun, pada hemat saya, rakyat Kelantan merupakan antara rakyat yang pandai di Malaysia.Mengapa agaknya saya berpendapat sedemikian? Jikalau rakyat Malaysia kini mahukan perubahan dan penambahbaikan dalam sistem kerajaan, rakyat Kelantan sudah lama menyedari ada suatu yang tidak kena dengan kerajaan ini dan memilih untuk tidak menyokong mereka pada tahun 1990.

Jikalau anda berkunjung ke kebanyakan sekolah berasrama penuh, premier terutamanya, seperti MCKK, SDAR, KISAS mahupun Alam Shah, anda akan menyedari ramai rakyat Kelantan yang berada di situ.Itu tidak dikira lagi dengan kebanyakan warga Kuala Lumpur yang berasal dari Kelantan.

Jika anda melihat kepada tokoh-tokoh kewangan, politik, anda akan menyedari ramainya rakyat Kelantan yang wujud dalam kelompok ini.

Di UKM ini tempat saya belajar ini, begitu ramai yang berasal dari Kelantan,dalam pelbagai bidang. Saya mahu tidak mahu kawan-kawan dari Kelantan dijadikan kawan.

Rakyat Kelantan sebenarnya bijak dan tidak mudah ditipu dengan kemewahan dan nikmat pembangunan yang dijanjikan oleh actual government, mengapa pula saya kata ditipu??
Hal ini mudah untuk dibuktikan dengan tertulisnya papan-papan tanda projek JKR seperti Projek oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sekaligus sudah cukup untuk kita mempersoalkan keikhlasan kerajaan ini.

Rakyat yang bijak tidak mudah ditipu oleh nikmat pembangunan yang sudah tentu amat mudah diramal impaknya.Rakyat Kelantan bukan bodoh, mereka sudah lihat bagaimana, tender-tender projek ini tidak diagih sama rata dan berlakunya kes-kes penyelewengan. Hasilnya,sub atau kontraktor yang tidak berpengalaman ini, menghasilkan bangunan2 indah yang akan retak tidak sampai dalam masa setahun dan ada juga yang runtuh hasil suapan rasuah.

Saya ingin benar rakyat Malaysia membuka pandangan dengan lebih luas dan tidak tertakluk kepada satu2 idealogi dengan masa yang lampau.

Bukan seperti kumpulan yang ingin mengimpikan kearah pembangkang sifar, lantas menyebabkan saya berfikir adakah kita harus mengiakan setiap tindak-tanduk pemerintah.
Dunia globalisasi sekarang ini amat memeningkan kita.

Dikala China dan India sudah melahirkan ramai jurutera-jurutera dan saintis hebat, kita masih lagi pening memikirkan guru yang tidak mampu mengajar fizik tingkatan 4,guru yang menjadi guru kerana terpaksa, tidak mahu menganggur agaknya.

Dikala Universiti Nasional Singapura sudah menjalin hubungan dengan MIT, kita masih bingung samada sistem matrikulasi ataupun STPM yang harus diguna pakai.

Siapa kata kita tidak hebat?
Tidak dinafikan kita mempunyai tenaga manusia yang mampu digarap dan digilap kearah lebih cemerlang lagi. Ramai rakyat Malaysia yang boleh dijadikan asset kepada Negara untuk memacu Negara kearah lebih baik. Bila mana politik dijadikan agenda utama untuk bukan kepentingan rakyat yang didahulukan maka kesannya adalah sangat tidak baik.

Kerajaan sebenarnya lebih punyai kemampuan malangnya juga dengan politik perkauman masih di jadikan kiblat, seratus tahun lagipun, Malaysia takkan berubah. Usahlah gagasan apa pun yang dibawa One Malaysia ker One Droop ker, semua itu hanyalah hiasan semata-mata

Monday, October 5, 2009

Posting guru dibekukan: kemelesetan ekonomi




Berkeanaan isu penempatan bakal guru yang akan datang dimaklumkan akan dibekukan selama Justify Full2 tahun kerana masalah ekonomi yang semakin kurang stabil. Beribu-ribu bakal pendidik selepas ini terpaksa memikir perkejaan lain sebelum penempatan guru ini “dicairkan semula” .
Isu ekonomi merupakan isu pokok dalam hal ini, dikatakan juga kaki tangan kerajaan sekarang juga akan menerima nasib kurang baik, apabila elaun akan dikurangkan, dan projek-projek diminta didahulukan wang sendiri dahulu.

Tapi yang menjadi persoalan sekarang ini, isu ONE MALAYSIA tidak pernah menggambarkan Malaysia ini mempunyai masalah ekonomi, siap boleh join Formula One lagi. Slogan yang di uar-uarkan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” mungkin sesuai untuk ubah menjadi “kerajaan didahulukan rasuah diutamakan” , hakikat ini perlu untuk semua orang terima, betapa teruk amalan rasuah pemerintah sehinggakan kesengsaraan dialami rakyat.

Isu-isu yang belum selesai seperti skandal kapal selam yang Malaysia beli, berkenaan juga dengan zone bebas pelabuhan klang PKFZ dan pelbagai lagi isu berkaitan rasuah ini tidak pernah diselesaikan dengan baik.

Terbaru berkenaan PRK Bagan Pinang, tanyalah UMNO duit siapa yang mereka guna, hanya duit orang UMNO sahaja atau duit seluruh rakyat Malaysia. Duit bagaikan ditabur seperti pasir di tepi pantai Port Dickson itu. Dari mana duit itu datang? Dari langitkah?





Kepada rakan-rakan bakal guru sekalian, inilah realitinya yang kita semua kena hadapi, bolehlah selepas ini memikirkan kerja apa yang boleh dilakukan dahulu sebelum perkara ini selesai semula.Satu perkara lagi, dibekukan dan apakah jaminan yang bakal-bakal guru ini dapat “dicairkan” semula, sedangkan bakal-bakal guru dari pelbagai institusi pengajian tinggi yang akan bergraduan semakin bertambah, mereka pula bagaimana.


Kerajaan oh kerajaan ………..

saya mencadangkan kepada seluruh bakal-bakal guru terutama di Fakulti Pendidikan khusus juga dalam bidang Pendidikan al-Quran dan Pendidikan Islam tahun 4, mulai sekarang bolehlah membuat satu perancangan untuk masa hadapan selepas bergraduan tahun hadapan. Buat satu jadual masa kemana kita selepas ini, mahu sambung belajar terus ker , mahu bekerja ker, dan seumpamanya. Bagi mereka yang mahu dirikan rumah tangga teruskan dengan perancangan itu tetapi fikirkan cara yang terbaik agar dapat kurang perbelanjaan.

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP