Related Posts with Thumbnails

Friday, October 31, 2008

SALAM PEPERIKSAAN...........

Peperiksaan akhir semester menjelang tiba, bahang semakin terasa dengan berbaki beberapa hari saja lagi, masing-masing mula sudah sibuk untuk persediaan menghadapi peperiksaan, setiap akhir semester, perkara ini pasti datang dan pergi, sebagai mahasiswa sudah menjadi lumrah kampus situasi begini, namum jadi dikesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir semester kepada seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jadikan peperiksaan yang bakal kita hadapi ini, adalah yang terbaik yang pernah kita tempuhi, gunakan masa yang ada ini untuk kita manfaat semaksima mungkin ruang yang ada. Kepada kawan2 terdekat terutama rakan serumah(RJ) sama-sama la kita ingat mengingati sahabat2 kita, tunjukkan kesungguhan kita untuk hadapi peperiksaan ini sepertimana kita lakukan perkara lain yang berkaitan yang pernah kita lakukan bersama sebelum ini. ingat kata2 motivasi yang berbunyi:

“BARANG SIAPA YANG BERUSAHA MAKA DIA AKAN BERJAYA”

Saya tidak pandai untuk memotivasikan orang kerana untuk diri sendiri rasa masih belum cukup dan banyak kekurangan, namun mungkin sedikit pesanan yang selalu dan biasa didengari kita semua, dan mungkin berdasarkan pengalaman yang sedikit semasa hampir dan semasa dalam peperiksaan, antaranya ialah:

• Ketahui Masa dan Tempat

Kita perlu mengetahui masa dan tempat peperiksaan, peralatan peperiksaan contoh alat2 tulis, kad matrik,IC dsb. Tepati masa, jangan terlalu awal dan jangan terlalu lewat. Elakkan berada di dalam keadaan tergesa-gesa kerana ia akan memberikan anda tekanan.

• Jangan berbincang berkenaan peperiksaan

Elakkan berbincang mengenai peperiksaan di minit terakhir untuk elakkan tekanan & kegelisahan. ingat apa yang telah baca sahaja.

• Rancang cara menjawab

Baca keseluruhan soalan secara ringkas, dapatkan gambaran soalan, tentukan fakta fakta penting di setiap soalan, tetapkan masa untuk setiap soalan, tentukan soalan mana hendak dijawab dahulu dsb.

Wujudkan keyakinan dalam diri

Yakinkan diri anda bahawa anda boleh berjaya tetapi salam masa yang sama terimalah apa yang mampu anda ingat pada masa itu. Gunakan sepenuh pengetahuan kita untuk menjawab tetapi jangan salahkan diri, jika gagal menjawab atau tidak tahu.

Relaks dan tumpukan perhatian

Jika tidak tahu menjawab sesuatu soalan, pergi ke soalan lain. Relaks dan tarik nafas perlahan-lahan dan tumpukan konsentrasi. Ia akan dapat mengurangkan tekanan anda. Tumpukan perhatian pada soalan,jangan buang masa dengan kerisauan yang merugikan anda.


Semua tip2 itu adalah semasa kita sudah habis menulang kaji dan semasa dalam dewan peperiksaan. ini adalah rekaan semata-mata, jangan ikut, jika cara anda adalah berlainan, ikut kesesuian masing-masing, ini berdasarkan apa yang saya biasa dengar dan mungkin sedikit pengalaman lepas.

Namun perkara yang penting ialah, dalam mana kita menjaga hubungan-hubungan tertentu antaranya ialah:

  • Hubungan dengan Allah
  • Hubungan dengan ibu bapa
  • Hubungan dengan rakan
  • Hubungan dengan orang sekeliling

Semua perkara diatas tidak perlu rasanya untuk saya hurai, tepuk dada tanya iman. Ingat kejayaan bukan hanya diukur kecermerlangan akademik sahaja, tetapi sebagai mahasiswa jauh lebih daripada itu dari segenap aspek kita perlu untuk cermerlang, ini yang perlu kita sedari. Jadi marilah sama-sama kita membina kejayaan untuk masa hadapan memberikan keyakinan meneruskan sisa-sisa kehidupan. Salam peperiksaan untuk semua, moga beroleh kejayaan.........

Tuesday, October 28, 2008

NILAI TUDUNG SEORANG WANITA............

Bismillah Wal Hamdulillah

Di sini ingin penulis menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi semua muslimat walaupun penulis dari kaum ADAM. Namun, ini tidak bermakna muslimin boleh mengambilnya sebagai perkara enteng kerana muslimin juga mempunyai peranan penting dalam memastikan dan mendidik muslimat agar sama-sama berada di dalam keredhaan Allah S.W.T.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama,harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah, universiti dan hinggalah kepada pekerja-pekerjapejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Apa yang menjadi perhatian penulis ialah pemakaian tudung di kalangan pelajar universiti, penulis sebagai pelajar yang juga merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam hal ini penulis dapat menilai dan melihat kebanyakkan pelajar universiti mengenakan tudung melambangkan mereka sebagai seorang muslim, namun sejauh mana penghayatan mereka dalam menilai dan menghargai nilai tudung bagi seorang wanita mukmin. Fesyen tudung juga telah menular kepada pelajar universiti, mereka dapat melihat dari media massa yang banyak mempengaruhi mereka, rekaan kepelbagaian tudung juga bukan lagi untuk mengelakkan fitnah malah boleh mendatangkan fitnah yang lebih teruk.

Ada yang mengenakan tudung ibarat melepaskan batuk ditangga, tiada nilai tudung yang sebenar dalam diri mereka. Sebagai contoh apa yang penulis lihat dan terpaksa untuk melihat kerana berhadapan berhari-hari dengan wanita2 seperti ini, mereka memakai tudung hanya cukup untuk tutup kepala mereka, dan mengenakan baju ”adik” yang jelasnya ketat yang melampau, disamping seluar yang juga ketat seperti(jeans).Tutup diatas tapi kadang-kadang buka tengah merangkumi depan dan belakang, rasanya tidak usah untuk penulis huraikan. Pandanglah di sekeliling, golongan ini pasti ada.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung dialah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang mereka pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Meraka tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Penulis dapat melihat sendiri bagaimana pelajar universiti yang bertudung tetapi masih lagi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Penuis tidak fokuskan kepada pelajar tempat penulis belajar saja tetapi merangkumi yang lain.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Inilah fahaman orang2 bukan Islam yang melihat golongan sebegini. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Teringat penulis, penah terdengar luahan rasa dari seorang pelajar universiti yang bertudung labuh, menyatakan orang yang bertudung labuh takut untuk didekati oleh non-muslim, malahan lebih teruk lagi dari orang Islam sendiri yang juga bertudung tetapi hanya untuk cukupkan syaratnya saja. Munkin dia menimbulkan bagaimana cara pendekatan, saya merasakan perkara ini bukanlah perkara pokoknya, Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Elakkan pergaulan bebas
lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Penulis juga menyeru kepada seluruh mahasiswi, gunakanlah peluang yang ada sekarang sebagai pelajar universti untuk mendekati non-muslim, terutama mereka yang belajar bersama sehari-hari, kongsilah Islam dengan mereka, jangan sesekali malu dan takut untuk mendekati mereka, tunjuklah nilai Islam yang sebenar kepada mereka.Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam.

Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Friday, October 24, 2008

SOLAT DIDAHULUKAN...



Hari Jumaat, jam 2.15 ptg aku bersama beberapa rakan sepersatuan menaiki kereta bertolak ke pejabat PERKIM yang terletak di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Ipoh untuk menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan wakil kelab PERKIM seluruh universiti yang mempunyai kelab PERKIM di universiti masing2, mesyuarat pada kali membincangkan peranan yang akan dibawa kelab PERKIM universiti dalam agenda dakwah, perbincangan boleh dikatakan menarik, melihat ramai rakan2 dari universiti yang lain yang datang, dari utara dan pantai timur pon datang tetapi factor masa mungkin kurang mengizinkan,untuk menghangatkan suasana, tetapi ia tambah menarik lg dengan adanya jamuan raya meraikkan kedatangan wakil kelab PERKIM universiti2. selepas menjamu selera kami bersiap untuk berangkat pulang.

Apa yang saya nak kongsi bukanlah perbincangan yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut, semasa kami hendak pulang pada jam hampir pukul 7ptg. Kami bersetuju untuk terus balik UKM dan akan singgah mana2 tempat bagi menunaikan solat mangrib dalam perjalanan, elok saja kami berangkat azan mangrib pun berkumandang, jadi kami teruskan juga… dalam perjalanan kesesakkan lalu lintas cukup dasyat, kami terperangkap jem jalan raya.. aku sebagai pemandu cuba akan pastikan kami akan singgah mana2 tempat untuk menunaikan solat mangrib tetapi kelihatan kesesakkan semakin menjadi-jadi, masa sedang mengejar kami untuk menunaikan solat mangrib, aku semakin resah, jam menunjuk hampir pukul 8 mlm. Dalam keadaan begitu memang tiada tempat pun yang boleh untuk kami snggah menunaikan solat. Kereta berjalan macam kura-kura, aku kebingungan......

Tiba2 kereta yang aku pandu mati secara tiba2 tanpa memberi sebarang isyarat, dalam keadaan yang sesak itu kereta kami mati ditengah2, jalan yang punyai hampir lima atau enam lorong, kami mungkin dilorong yang ke tiga. Rakan2 aku yang mungkin agak panik terutama yang perempuan, begitu juga sahabat lelaki aku yang berada disebelah. Kami terpangu sebentar dan kemudian ambil keputusan untuk keluar dan tolak kereta ketepi jalan. Aku melihat jam menunjuk dah hampir 8.15, mangrib yang kami kejar dah meninggalkan kami, aku sungguh kecewa dan menyesal, ape pon aku cuba kawal perasan aku. Kami mencuba untuk menghidupkan kereta tetapi tidak mahu juga hidup, masing2 buat panggilan, ayah, pak cik, kawan dan lain2 di panggil untuk memaklumkan dan tanya bagaimana nak kenal pasti kerosakan. Aku pun tidak kurangnya. Kami sama2 mencuba tetapi tidak berjaya, hasil maklumat bertanya orang2 berkenaan, jalan yang terakhir yang belum kami cuba ialah menolak kereta tersebut. Kami bekerjasama untuk menolak kereta, Percubaan kali pertama tidak berjaya, kami cuba buat kali kedua akhirnya berjaya, kereta dapat dihidupkan. Syukur sangat2 dan kami meneruskan perjalanan pulang.

Dalam perjalanan pulang kami ada rakan aku menyebut:

”tu la kita tidak ambil berat tentang solat tadi, sepatutnya solat dulu, baru bertolak balik, kan ALLAH dah bayar cash” lebih kurang begitu bunyinya.. aku pon berfikir sejenak. Jauh disudut hati ini timbul perasaan bersalah, aku tidak kisah jika kereta rosak tepi jalan tapi kewajipan sebagai muslim terlepas. Itu yang aku tidak boleh terima. Aku rasa aku yang patut dipersalahkan.

Pengajarannya cukup jelas, beringat lah kita tentang solat, utamakan la solat. Teringat aku peringatan dari ALLAH SWT dalam surah al Jum`ah ayat 10 yang bermaksud:

Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”

Dalam kita lakukan perkara apa pon solat kita kena dahulukan, masuk saja waktu cepat2 kita besegera menunaikannya, jangan tangguh2, semua perkara akan menjadi mudah jika kita dah tunaikan hak kita kepada ALLAH. Masa kita akan jadi lapang dan banyak insyALLAH..... SOLAT DIDAHULUKAN.......

Wednesday, October 22, 2008

CORETAN PANDANGAN KAMPUS

Para pejuang mahasiswa sekarang masing-masing mula sibuk, sama ada berfikir untuk mencatur, bekerja dengan fizikal atau sebagainya bagi menghadapi pilihan raya kampus yang menjelang tiba, yang pastinya, membawa pertembungan yang hebat anatara dua pihak. Malah ada yang sudah berkira-kira untuk menukar pimpinan dari sebelah pihak yang sedia ada. Baru2 ini kita dapat menyaksikan bagaimana pilihan raya kampus yang sudah pon dijalankan, seperti UUM,UDM,UPSI,UMP dan lain2. mungkin semuanya punyai coretan yang tersendiri, berdasarkan latar belakang yg berbeza.

Kedengaran seperti ada satu golombang yang cuba membawa suara mahasiswa kehadapan. Saya tidak mampu untuk menghurai mengenai bacaan politik setiap kampus, kalau jadi begini apa sebabnya, kalau jadi begitu bagaimana jadinya? Gerakan mahasiswa berbeza pada setiap kampus mengikut keadaan dan situasi, mungkin pada umumnya, pilihan raya kampus yang mungkin dijadualkan pada januari depan bagi kebanyakkan kampus yang belum mengadakan pilihan raya yang tarikhnya ditunda seperti yang kita maklum, membawa erti yang cukup bermakna kepada gerakan pelajar. Dua kumpulan pelajar yang akan bertanding secara jelasnya, iaitu ASPIRASI yang sentiasa dibayangi HEP dan PRO M yang cuba untuk membebaskan mahasiswa dan membawa pembaharuan setaraf dengan nilai sebagai mahasiswa.

Pilihan raya diperingkat kampus UPSI baru2 ini melihat kebangkitan PRO M, ini salah satu petanda akan berlaku satu perubahan yang ketara pada kampus lain yang belum mengadakan pilihan raya kampus terutamanya kampus tumpuan seperti UM, UKM, UPM dan UIA yang berada di Lembah Klang. Sudah tiba masanya perubahan dilakukan, mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah yang semua aktivitinya dicatur guru mahupun pihak sekolah, kita perlu ingat mahasiswa merupakan aset kepada negara, yang akan mencaturkan negara pada masa akan datang. Kita cuba ketepikan politik luar yang pertembungannya semakin menarik untuk kita menilai, sekarang kita berpijak dibumi nyata dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kepada pentadbiran yang sentiasa menyekat gerakan mahasiswa, dan ada yang diberikan rasuah dan sebagainya, INGATLAH! Jika pemimpin negara pada masa akan datang punyai peribadi yang buruk, korupsi, penipuan dan seumpamanya, kamu juga harus dipertanggungjawabkan. Membunuh nilai2 yang ada pada mahasiswa..

Kita harus sedar sebagai mahasiswa, universiti lah sebagai gelanggang untuk kita untuk melatih diri membina keyakinan meneruskan kehidupan. jelmakanlah erti sebagai seorang mahasiswa...AYUH BANGUNLAH MAHASISWA BERSAMA MAHASISWA.......

Tuesday, October 21, 2008

PERTEMBUNGAN HEBAT

Dilema..dilema.. tension...tension..tekanan..tekanan.... pertembungan hebat dalam diriku. Semua orang pernah alami perkara ini mungkin bukan sekali tetapi mungkin dua, tiga, empat, malah sampai berpuluh kali mungkin, ape pon ini lumrah dalam kehidupan, hadapi tetap kena hadapi. aku merasa diriku cukup lemah serba kekurangan, pengetahuan yang cetek, ilmu yang sedikit, tanggugjawab yang besar terpaksa aku pikul, kelemahan yang ketara pembahagian masa untuk diri aku. bila agaknya aku dapat jadi seperti mereka yang punyai tanggugjawab yang lebih besar, tetap tenang, tabah, adakah mereka tidak pernah mendapat dan menerima tekanan? Akhir2 ini apabila diakhir semesti ini tekanan semakin kuat rasanya. serba tidak kena saja rasa.. Asingment pon banyak lg x siap, ni dah minggu terakhir kena antar semua asingment.. mahu x mahu kena setlelkan jugak.. Tanggungjawab kepada persatuan juga tidak boleh diabaikan, aku cuba membina satu gagasan kepada persatuan yang aku pimpin, mungkin gagasan itu hanya omongan kosong dan monolog dalam diriku. Ape pon aku amat berterima kasih kepada semua rakan2 pimpinan, kalianlah pembakar semangat diri ini.
Kadang-kadang kawan2 sekelas tidak memahami, mungkin aku yang cepat terasa, aku tidak salahkan mereka tapi sahabat2 "sepermainanku" tempat aku meluah rasa, tenang, mungkin hanya mereka saja yang dapat memahamiku.. lebih kurang dua minggu lagi exam akan muncul mahu x mahu terpaksa juga berhadapan kwn2 sekelas.. mungkin juga aku terpaksa menagih simpati untuk meminta nota dari mereka. ahh jgn pendam perasaan, abaikan.. aku sudah seperti kurang berminat dengan pelajaran, setiap waktu aku menghitung bilakah aku akan grad, kalau boleh lagi cepat lagi bagus rasa, mahu saja aku meneruskan ke peringkat yang lain dan mahu saja aku mahu lakukan apa yang aku inginkan. bila saat begini menerjah kedalam diriku mula aku fikirkan ibu yang tercinta, bagaimana adik2 laki ku, apa yang mereka lakukan sekarang? Pengalaman aku sebagai abg ckup untuk memberi aku erti dan nilai kasih dalam mendidik mereka, dah jd sperti ayah pula aku, siap penampar, malah penerajang pon aku penah berikan, bimbang mereka termasuk dalam budak2 nakal, takut sangat mereka akan hanyut, umur mereka cuma beza 3 tahun dan 5 lebih muda dariku,itu umur remaja yang punyai keinginan yang tinggi untuk mencuba dan merasa, itu yang aku risau. Aku hendak memberi tapi untuk diriku sendiri rasanya belum cukup, kdg2 tangungjawab ini merunsingkan diriku yang diberi harapan untuk keluarga... pertembungan demi pertembungan, mahu saja diri ini lari dari semua ini tetapi semua ini aku perlu tempuhi sebagai insan yang baru dalam mencari-cari erti kehidupan.. bila malam menjelma kerunsingan pon bertambah.. tanggungjawab oh tanggungjawab aku mula berfikir... bila akan berakhir..persoalan yang xpenah lupus dalam benak fikiranku.
Aku sepatutnya mengambil pendekatkan yang positif, setiap pertembungan mesti ada penyelesaiannya, mana pergi tarbiah yang telah aku cuba bina,mana pergi keyakinan aku terhadap cubaan dariNya, hanya sedikit ini dah pening kepala, yang penting aku kena hadapi sedaya upaya aku, kalau boleh jgn sesekali melarikan diri.. Hadapi dengan tenang.. Allahuakbar................................

KEHIDUPAN KAMPUS

Tidak pernah terjangkau difikiran aku untuk melangkah ke alam kampus, berdasarkan pencapaian akademik aku yang biasa saja, namun berkat usaha dan doa dari ibu tercinta dapat juga aku merasa alam kampus. Di sini aku mahu bercakap mengenai alam kampus dan bukanya peribadi aku. Sebagai pelajar baru yang baru melangkah ke alam kampus perasaan bercampur baur. Universiti yang menjadi pilihan aku ialah universiti yang mengutamakan bahasa ibu bonda. Semua orang tahu akan hal ini, kedudukannya yang berada dipinggir Kuala Lumpur. Suasananya amat nyaman sekali, apa lagi kalau bukan di perbukitan Universiti Kebangsaan Malaysia, pada mulanya aku merasakan susah untuk menyesuaikan diri di alam kampus. tetapi jangkaan aku silap, aku begitu mudah untuk memahami budaya kampus.
Aku sering kali melihat kebanyakkan rakan2ku begitu susah untuk sesuaikan diri dan yang paling menyedihkan mereka seperti kejutan budaya. mereka terkejut dengan budaya kampus yang memberi peluang untuk pelajar mengatur sendiri hidup mereka. tetapi malangnya ruang yang diberikan itu tidak digunakan sebaiknya. mereka menyatakan bahawa mereka cepat menyesuaikan diri tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka mengalami kejutan budaya. Aku amat bersyukur kerna mungkin ditakdirkan Allah aku berjumpa dengan kawan2 mempunyai matlamat yang jelas semasa berada di alam kampus. dengan peribadi yang rakan2 aku miliki itu aku seolah-olah terikut-ikut dengan mereka. Aku akui diriku serba kekurangan yang begitu terserlah kelemahannya.
Pada 29 jun baru2 ini puluhan ribu pelajar baru telah mendaftar diri di pusat2 pengajian tinggi. Aku mula terfikir bagaimanakah pelajar baru ini dapat menyesuaikan diri dengan keaadaan kampus masing2 dalam masa yang singkat tanpa terpengaruh perkara yang negatif di kampus masing2. Jika dulu mugkin aku di kategorikan dalam kumpulan yang kurang punyai jati diri tetapi alhamdulillah aku dapat rakan yang dapat membimbing dan memberi pengajaran kepadaku. Aku yakin ramai dan mungkin kebanyakan pelajar baru ini juga mengalami perasaan yang sama dengan aku. Ini menimbulkan seribu persoalan kepada aku. Bagaimanakah nasib pelajar2 ini. Nasihat dari aku kepada pelajar baru supaya dapat mencari kawan2 yang punyai akhlak yang baik. Mungkin kita tidak dapat tiru sepenuhnya tetapi sekurang-kurangya kita sedikit terjaga. bagi pelajar senior pula jangan hanya berpeluk tubuh, bimbinglah adik2 baru supaya mereka tidak tergelincir dari landasan sebenar. carilah mereka, mereka amat memerlukan kita. Universiti tempat membina dari manusia biasa kepada insan bertaqwa. Bersama kita membina mahasiswa berperibadi tinggi sebagai tonggak negara pada masa hadapan.
Amik dari blog yang lama dulu.....

Monday, October 20, 2008

BOSAN DENGAN KEHIDUPAN INI?

Seorang pemuda datang mengunjungi gurunya lalu mengatakan, "Guru, saya sudah bosan

hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya
porak peranda. Usaha saya tak menjadi. Apapun

yang saya lakukan
selalu berantakan. Saya ingin mati."Guru dengan tersenyum berkata, "Oh,

kamu sakit.""Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan
kehidupan. Itu

sebabnya saya ingin mati."Seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, Guru meneruskan,

"Kamu sakit. Dan penyakitmu itu sebutannya, 'Alergik Hidup'. Ya, kamu alergik terhadap

kehidupan."Banyak sekali di antara kita yang alergik terhadap kehidupan.
Kemudian, tanpa

disedari kita melakukan perkara yang bertentangan
dengan norma kehidupan. Hidup ini

berjalan terus. Sungai kehidupan
mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita

berhenti di
tempat, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang

penyakit. Resistensi kita, penolakan kita untuk ikut
mengalir bersama kehidupan membuat kita

sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam perkara
berumahtangga,

pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang wajar,
lumrah. Persahabatan pun tidak selalu

selamanya, tidak abadi. Apa
kah yang selamanya, yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak

menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan
suatu keadaan. Kemudian kita gagal,

kecewa dan menderita."Penyakitmu itu dapat disembuhkan, asal kamu ingin sembuh dan

bersedia mengikuti petunjukku." demikian ujar pak guru."Tidak guru, tidak. Saya sudah

betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak
ingin hidup." pemuda itu menolak tawaran pak guru. "Jadi

kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?"
"Ya, memang saya sudah bosan

hidup.""Baik, besok petang kamu akan mati. Ambillah botol obat ini. Setengah botol diminum

malam ini, setengah botol lagi di minum esok jam enam petang dan jam delapan malam kau

akan mati dengan tenang." Giliran dia menjadi bingung. Setiap guru yang dia datangi selama ini

selalu berupaya untuk memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Ia bahkan

menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul jenuh, dia menerimanya

dengan senang hati. Pulang kerumah, dia langsung menghabiskan setengah botol racun yang

disebut "obat" oleh guru tadi. Dan, dia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah dia

rasakan sebelumnya. Begitu rileks, begitu tenang! Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan mati.

Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam

bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak

beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin

meninggalkan sebuah kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat

mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan membisik di telinganya,

"Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan

sebuah kenangan manis!Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke

luar.Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi.

Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia menemukan isterinya masih tertidur. Tanpa

membangunkannya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu

lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan

sebuah manis! Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam hati "Selama ini,

mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang."Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman

dengan setiap orang. Pekerjanya menjadi bingung, "Hari ini, Boss kita ganjil ya?" Dan sikap

mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang

terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di

sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap

pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya.

Pulang kerumah jam 5 petang, dia menemukan isteri tercinta menungguinya di beranda depan.

Kali ini justeru isteri yang memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Abang, sekali lagi

saya minta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang." Anak-anak pun tidak ingin

ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu stress kerana perilaku

kami."Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah.

Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang

sudah dia minum, petang semalam? Dia pergi bertemu dengan gurunya lagi. Apabila melihat

raut wajah pemuda itu, rupanya guru langsung mengetahui apa yang telah terjadi, "Buang

sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dalam kekinian, apabila

kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau

akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu.

Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh,

tidak akan bosan. Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan.

Itulah jalan menuju ketenangan." Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan guru,

lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon, dia masih

mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia,

selalu tenang, selalu HIDUP! Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi

merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Kepada mereka yang sudi menziarah dan melawat blog ini saya dahulukan ucapan terima kasih, saya bukan seorang yang meminati bidang penulisan, tetapi tertarik melihat rakan serumah yang masing-masing sibuk mengedit blog masing2 terdetik di hati untuk turut serta, walaupun dulu pernah punyai blog tetapi ibarat rumah yang tiada penghuni, biarkan saja, insyAllah jika punyai masa saya akan sentiasa mengedit blog ini. Mungkin blog ini juga saya akan jadikan tempat meluah rasa, mencipta selera.. apa pon ucapan berbanyak terima kasih kepada rakan serumah(RJ) yang sudi membantu... terutamanyaa mat derih...........hehe.. moga terhibur........

DOA UNTUK MU

DOA UNTUKMU

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..

Ya Allah... .

Seandainya telah Engkau catatkan... .

Dia milikku tercipta buatku... .

Satukanlah hatinya dengan hatiku... .

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi... .

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... .

Seiringkanlah kami melayari hidup ini... .

Ke tepian yang sejahtera dan abadi... .

Maka jodohkanlah kami... .



Tetapi ya Allah... .

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku... .

Bawalah dia jauh dari pandanganku... .

Luputkanlah dia dari ingatanku... .

Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... .

Berikanlah aku kekuatan... .

Menolak bayangannya jauh ke dada langit... .

Hilang bersama senja yang merah... .

Agarku sentiasa tenang... .

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... .

Adalah yang terbaik untuk ku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... .

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... .


Ya Allah... ..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... .

Di dunia dan di akhirat... .

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian... .

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... .

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... .

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai... .

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah... .


Ya Allah... ..

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...

Dan peliharalah kami dari azab api neraka... .

AMIN... AMIN... AMIN... . Ya rabbal 'aalamin

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP