Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 26, 2009

Malulah Kita Dengan Orang Asli


Baru-baru ini saya bersama sahabat dari ISIUKM mengadakan OPKIM(khidmad masyarakat) di kampung orang asli yang terletak di Cameron Highland, banyak pengalaman baru yang dapat.

Melihat kepada kehidupan yang mereka lalui sehari-hari memberi erti untuk menghargai hidup dengan meletakkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah swt.

Tidak dapat dinafikan kekurangan yang mereka hadapi untuk mendapatkan keperluan yang cukup seperti masyarakat lain memberikan hidup mereka punyai kekuatan untuk berdikari dalam menjalani kehidupan. Bagi mereka itu bukanlah kesusahan tapi rutin harian yang mereka perlu lalui, cukup bahagia mereka menempuhnya.

Perkara pertama yang saya tertarik dengan masyarakat orang asli ini, kesediaan mereka untuk berkahwin awal, kebanyakkan 12-14 tahun, bagi saya wajar diberikan pujian tentang perkara ini, mungkin ada yang menyatakan tidak patut sebab umur terlalu muda, tapi bagi saya mereka lagi mulia untuk menjaga pergaulan walaupun tidak menganut apa-apa agama, bagi remaja melayu lain pula lebih suka untuk berpacaran, memilih untuk kesana-sini tanpa sebarang ikatan, malah sampai ada yang mengaku penah melakukan zina dengan menyatakan diri sebagai muslim. tidak malukah mereka??

Mereka tidak pernah belajar tentang bab nikah kahwin, dalam pelajaran untuk SPM seperti mana yang remaja Melayu lain belajar, tapi mereka tahu erti berkahwin itu cukup penting daripada hubungan tanpa ikatan kerana boleh memecahkan perpaduan masyarakat itu sendiri. Berbeza pula dengan masyarakat melayu yang suka berpacaran, mereka belajar dan mengetahui akan peri penting hal perkahwinan dan perkara yang dilarang, tetapi melaksanakannya tidak sama sekali malah ramai yang memilih jalan yang haram dari yang halal. Malulah kita pada orang asli.

Perkara yang cukup saya tertarik ialah hidup bermasyarakat bagi mereka jalinkan hubungan, perpaduan antara mereka cukup mantap, budaya hidup kejiranan cukup la tinggi, perkongsiaan hidup mereka sama untuk dirasai, cukup terharu bila mana mereka sanggup berkongsi makanan sekampung bila mana salah satu keluarga yang mendapat makanan, sedangkan masyarakat kita sekarang hidup sendiri-sendiri terutama masyarakat bandar, jiran sebelah tidak pernah dihiraukan, amalan yang paling popular "jangan jaga tepi kain orang", "hal engkau, engkau punya pasal", sampai jiran sendiri pun tidak dikenali dan bertegur sapa. Inilah realiti masyarakat kita sekarang. Siapa lebih bertamadun sebenarnya? Malulah kita jika hendak dibandingkan dengan orang asli.

Satu perkara lagi soal kepimpinan yang mereka amalkan, Tok Batin merupakan orang yang paling mereka hormati. Tok Batin menjalankan tanggungjawab dengan baik, anak buah amatlah dijaga, sikap kejujuran dan ikhlas dari pemimpin mereka amatlah jelas,mereka meletakkan ketaatan yang tinggi kepada Tok Batin dalam menjalankan tanggungjawab. Tetapi kita pemimpin yang menipu rakyat, depan lain belakang lain, kedudukan yang dikejar, harta yang dicari, rasuah menjadi amalan, sudahnya rakyat yang menjadi mangsa, malulah kita pada orang asli mengejar kedudukan demi kepentingan peribadi.

Banyak lagi budaya hidup orang asli yang perlu kita contohi sebagai pengajaran bersama, jika perkara asas dalam masyarakat dapat kita laksanakan, maka kekuatan perpaduan masyarakat seperti yang kita kita impikan akan tercapai, bukan hanya kata-kata manis tetapi pahit untuk ditelan. Mungkin OPKIM baru-baru ini sumbangan saya untuk dakwah mungkin lebih tertumpu tolong memasak(rasa pun kurang sedap),saya mengharapkan sumbangan lepas ini memberi kesan kepada mereka untuk mengenal apa itu Islam. Mungkin jika mereka bergelar muslim jauh lebih mulia daripada kita. Oleh itu marilah sama-sama kita belajar untuk berasa malu dengan orang asli.







1 comments:

muslimah said...

rasa rugi xdapat turut serta..:-(
btw, syukran atas perkongsian.

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP