Related Posts with Thumbnails

Friday, December 4, 2009

"AIR TANGAN"


Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

Kata orang, itulah penangan "air tangan". Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak "terlarut" bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah "air" dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan "air tangan". Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

Sempat saya pulang ke kampung dan makan makanan yang disediakan ibu, ini adalah satu nikmat bagi seorang anak, dan saya juga merasakan semua orang merasakan begitu terutama bagi mereka yang bergelar “orang penting” khusus dikalangan mahasiswa, khusus lagi kepada sahabat-sahabat seangkatan sekalian. Masa cuti yang ada digunakan semaksimun mungkin untuk merasa bersama keluarga, dan kenikmatan itu dapat untuk dirasai.

Sebenarnya "air tangan" ibu adalah lahir dari keikhlasan dan kasih kepada anak-anaknya, tiada kepentingan tertentu disitu, semua dilakukan dengan hati tulus murni. Hasil daripada itulah membentuk dan terus mendidik anak-anak. Realitinya, "air tangan" bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat dan sebagainya.

Kepada sahabat-sahabat bergelar pemimpin, ikhlaskanlah dalam melakukan gerak kerja dan terus menerus, saya percaya kesan dari “air tangan”yang ikhlas ini akan memberikan bekas kepada apa yang kita lakukan.

Mungkin “air tangan” yang kita lahirkan ialah dari sudut gerak kerja dan juga penjanaan idea dalam penerus kepada sesuatu yang telah dimulakan. Jika mungkin sekarang ini adalah masa kepada penukaran pimpinan, jadi inilah medan terbaik kita untuk bermuhasabah, adakah “air tangan” yang kita lakukan selama ini lahir dari hati yang ikhlas?? Dan apakah pula hasilnya dari “air tangan” yang kita lakukan ini??

Kepada sahabat-sahabat yang akan bergelar pemimpin pula, mulakanlah dengan “air tangan” yang ikhlas, jika pada masa sekarang ini perlunya kita menerima sessuatu amanah, jangan sesekali menolak dengan alasan yang sudah menjadi “adat” untuk mengelak.

Jadilah seperti ibu, menerima kedatangan anak-anak sebagai suatu amanah dari Allah dan mendidik dan membesar menggunakan “air tangan” yang ikhlas, sepatutnya juga kita merasakan begitu. Sama-samalah kita lahirkan “air tangan” yang tulus dari hati agar kesannya dapat dirasai, mungkin tidak pada waktu sekarang kesannya tetapi mungkin pada masa akan datang.

Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.


6 comments:

rimbunanHati said...

tepat sekali... " ar tangan " bukan hanya pada masakan..malah pada setiap kerja yang dilakukan..hasil nya..tiap sentuhan akan memberikan impak yang terkesan pada setiap insan yang merasai, menerima, dan mengalaminya.

apabila kita bahagia,sekeliling kita juga turut merasai bahagia..apabila kita gelisah, sekeliling kita juga gelisah memahaminya...semuanya "air tangan"

ibnuZul said...

air tangan juga mengandungi enzim2 pencernaan yang membantu asimilasi atau penyerapan makanan. mungkin ditangan ibu ade enzim yg sesuai untuk anaknyer sendiri. Hanya hipotesis mungkin betul mungkin salah...

Anonymous said...

"air tangan" ni keberkatan yg dilakukan, dalam apa2 kerja kita harapkan keberkatan yang kita dapat. jadi dari "air tangan" inilah akan lahirnya pejuang-pejuang agama..

AHMAD AMMAR ISHAK said...

btui tu kak sarah, semoga bahagia selalu

Hakim, ni teori apa lak ni,merenjis enzim2 ni... bkn hepotesis lg dah, dah kenyataan la..

hamba Allah said...

berikanlah kemudahan kepada pemimpin-pemimpin baru.. lahirnya mereka memberikan kebaikkan kepada Islam..

Dato' Dr Ahmad said...

Hakim : hg memang saintis hebat..huhu

Ammar : cepat2 balik.. Stdent Ukm merindui air tangan mu..haha

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP