Related Posts with Thumbnails

Friday, November 21, 2008



KEPADA SELURUH MAHASISWA KEDAH MARILAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAH PERHIMPUNAN PELAJAR DAN MAHASISWA KEDAH BERSAMA Y.A.B MENTERI BESAR KEDAH. MAHASISWA PEMIMPIN MASA HADAPAN...........

Thursday, November 20, 2008

HEP CUBA MENCATUR…..


Terbaru pihak pentadbiran hal ehwal pelajar (HEP UKM) yang diketuai TNC HEP dan konco-konconya, akan menganjurkan kursus kepimpinan bagi bakal calon yang akan bertanding bagi Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 08/09, kursus yang akan diadakan ini adalah pertama kali dalam sejarah UKM bagi pilihan raya kampus yang dijalankan.


Notis yang dipaparkan sekitar pusanika berlegar sekitar HEP telah membuka ruang kepada mana-mana mahasiswa yang mahu bertanding wajib untuk mengikuti kursus ini, yang akan berlangsung pada 1-4 Januari 2009, dan kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang di pejabat HEP sebelah pejabat Pos, tarikh akhir penghantaran borang ialah pada 19 disember 2008.


Pada pengamatan saya pada mulanya kursus ini mungkin memberi pendedahan kepada bakal-bakal calon yang akan bertanding dan dapat meningkatkan kredebiliti bakal calon. Tetapi yang menjadi persoalannya, yang secara zahirnya kita dapat melihat dan menilai(yang tersirat tak tahu lagi) mengapakah borang untuk menghantar kursus ini terakhir pada 19 disember 2008 sedangkan kursus diljalankan pada 1-4 januari, jangka masa yang panjang sebelum pergi kursus, kenapa tidak sampai buka sem depan saja(tak sempat nak catur kot) dan persoalan yang kedua kenapa pula tarikh akhir penghantaran borang pada 19 disember, sedangkan semua maklum tempoh itu merupakan cuti semester, siapa saja yang ada kat UKM, mungkin pelajar-pelajar yang hendak menyiapkan tesis, mungkin juga pelajr Sabah dan Sarawak yang tidak pulang ke kampong, mungkin juga……… siapa lagi kalau bukan jentera ASPIRASI yang disediakan penginapan untuk persiapan pilihan raya kampus akan datang.


Jelas disini percaturan diperingkat HEP untuk mengaturkan siapa yang layak untuk menjadi calon, paling menarik untuk mendapatkan keterangan mengenai kursus yang akan dianjurkan ini boleh menghubungi En Zambri dan Puan Rosma Ayu(kak yang Ayu tapi bakal layu). Kak Rosma Ayu tu baru saja dalam HEP tu tapi macam orang paling banyak tahu selok belok politik kampus UKM ni, belajar mana ek, dulu join gak ker PRK ni??? Nak caturkan siapa yang layak jadi PMUKM ker, takut berubah PMUKM lain ker.


Ni merupakan pemilihan wakil pelajar yang memilihnya dikalangan pelajar iaitu mahasiswa UKM bukan pemilihan pegawai HEP, ni tempat mahasiswa untuk berlatih dan belajar bukan ikut suka HEP nak catur mahasiswa sapa layak sapa yang tidak layak.


Pentadbiran sebagai orang yang menguruskan iaitu bagi memudahkan mahasiswa bukan mengongkong mahasiswa.

Monday, November 17, 2008

PERANAN KITA SEBAGAI PEMUDA PEMUDI...





Dah sepatutnya kena tegur… Bila lagi kalau tak sekarang… Dah sepatutnya kena sedar... Bila lagi kalau tak sekarang... Dah sepatutnya kena bertindak... Bila lagi kalau tak sekarang...

Apabila kau ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu. Anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditegur oleh orang muda dari kamu. Anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh yang lebih dari kamu. Anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu.

Aku cuma mahu berkongsi apa yang berlegar di kepala aku sendiri.

Aku lihat…

Anak-anak muda apabila bergaul. Ntah apa-apa tah. Yang perempuannya free hair. Yang lelaki berseluar katok(apek). Lemahnya Islam apabila pemuda pemudanya berkelakuan begini.

Disaat ummat memerlukan kita. Memerlukan tenaga kita. Kita sibuk terkinja-kinja disana-sini. Masih mementingkan diri sendiri. Masih memikirkan bagaimana hendak menambah periuk nasi sendiri(bos).

Kita hanya cakap kata-kata kesat kepada pihak kafir; “Bodoh, celaka, laknat, siap ko, boikot barang ko, bakar bendara ko,buat demontrasi baru tau..(zizan)” Tapi apakah tindakan susulan kita wahai pemuda Allah? Sebelum kita dilahirkan dimuka bumi ini. Kita telah bersumpah mahu menjadi Khalifah dibumiNya. Makhluk-makhluk lain tidak punya upaya untuk memikul tanggungjawab ini. Cuma manusia yang angkuh ini yang berkata sanggup, kemudia kita diberikan jasad untuk memudahkan urusan-urusan dibumiNya.

Tetapi sekarang bagaimana??

HUhhh… Kalian masih terkinja-kinja dengan maksiat. Sanggup berdiri lama-lama dan juga di tengah hari semata-mata mahukan hiburan maksiat.

Dalam Al Quran terdapat banyak kisah pemuda dalam menegakkan kebenaran. Ada pemuda Ashabul Kahfi, pemuda Musa, pemuda Yusuf dan sebagainya. Renunglah kisah bagaimana keberanian seorang pemuda iaitu Nabi Ibrahim yang kisahnya terdapat dalam surah Al Anbiyaayat 60,

Mereka berkata:Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim”.

Ibrahim sememangnya menentang keras kebiasaan kaumnya yang menyembah sesuatu selain Allah. Ia mencela patung-patung sembahan mereka yang sama sekali tidak memberi manfaat dan hanya mendatangkan mudharat. Dalam surah Asy Syu’ara ayat 72, diceritakan bagaimana pemuda Ibrahim berdebat mengenai cara kaumnya berfikir.

“Berkata Ibrahim : “ Apakah berhala-berhala itu mendengar sewaktu kamu berdoa kepadanya?Atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?” Mereka menjawab, Sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian”.

Jelaslah bahawa mereka menyembah berhala-berhala itu kerana taqlid buta semata-mata, tanpa ilmu. Ibrahim lantas menjelaskan siapa yang sesungguhnya berhak disembah.

Berkata Ibrahim, (mulai ayat 77),

“Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan aku , maka Dialah yang menunjukkan aku dan Tuhanku yang Dialah memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkanku”.

Bukan hanya berdebat, malahan Ibrahim juga bertindak. Ayat dari surah Al Anbiya menceritakan,

” Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar dari patung-patung yang lain, agar mereka (kaum itu) kembali bertanya kepadanya”.

Ketika mereka menangkap Ibrahim dan menuduhnya merosakkan berhala itu, Ibrahim meminta mereka untuk bertanya kepada berhala besar yang masih tertegak itu. Sudah tentu meraka tidak mahu melakukan kerana mereka tahu bahawa berhala itu tidak dapat berbicara.

”Kemudian mereka tertunduk (lalu berkata), “Sesungguhnya kamu Ibrahim telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara” (ayat 65). Akan tetapi mengapa masih disembah? “Ibrahim berkata,Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu?


Pemuda-pemudi di Awal Dakwah Islam.

Nabi Muhammad SAW ketika diangkat menjadi Rasul berumur empat puluh tahun. Pengikut beliau yang merupakan generasi pertama, kebanyakan merupakan golongan pemuda-pemudi malahan ada yang masih kanak-kanak. Mereka dibina oleh Rasullullah setiap hari di Darul Arqam. Diantaranya adalah Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam, yang paling muda, kedua-duanya berumur 8 tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al-Arqam bin Abi Al-Arqam (12) Abdullah bin Mas’ud (14), yang akhirnya menjadi salah seorang ahli tafsir terkemuka, Saad bin Abi Waqqash (17), yang kemudiannya menjadi panglima perang Al-Qhadhisiah melawan kuasa besar Persia, Jaafar bin Abi Thalib (18), Zaid bin Haritsah (20), Mush’ab bin Umair (24), Umar bin Khattab (26), Abu Bakar ash Siddiq (37), Hamzah bin Abdul Muthalib (42), Ubaidah bin Al Harits yang paling tua diantara para sahabat, berusia 50 tahun. Dan masih terdapat puluhan ribu pemuda pemudi lain yang terlibat aktif dalam dakwah menegakkan panji-panji Islam di masa hidup Rasullullah. Umumnya, mereka adalah pemuda-pemudi, bahkan remaja yang baru meningkat dewasa. Dan tidak sedikit diantara mereka telah berperanan penting di usia mudanya. Usamah bin Zaid, ketika berusia 18 tahun, diangkat Nabi sebagai komandan pasukan Islam ketika menyerbu Syam. Padahal diantara pasukan Islam masih terdapat sahabat-sahabat seperti Abu Bakar Umar al- Khatab yang lebih tua darinya. Begitu juga Abdullah bin Umar. Jiwa perjuangan Islam telah menguasainya sejak umur 13 tahun. Suatu ketika Rasulullah ketika menyiapkan pasukan untuk perang Badar, datang kepada Rasulullah dua remaja Islam, Abdullah ibnu Umar dan Al-Baraq meminta agar diterima sebagai anggota pasukan Islam tetapi Rasulullah menolak kerana mereka masih kanak-kanak. Tahun berikutnya menjelang perang Uhud, mereka datang sekali lagi kepada Rasulullah untuk tujuan yang sama. Hanya Al-Baraq yang diterima. pada perang Ahzab barulah Ibnu Umar diterima sebagai anggota pasukan Islam (Shahih Bukhari).

Banyak juga dikalangan pemudi yang menjadi teras dalam perjuangan di peringkat awal dakwah Rasulullah SAW seperti Siti Khadijah binti Khuwailid, Siti Aisyah binti Abu Bakar – isteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah, Sumaiyah binti Khayyat, dan ramai lagi.


Pemuda pemudi gagah berani, yang hidupnya semata-mata hanya bagi kejayaan dan kemuliaan Islam dan pemuda pemudi seperti itulah yang sanggup memikul beban dakwah dan bersedia berkorbn menghadapi berbagai ujian dan siksaan dengan penuh kesabaran. Mereka mendapat kebaikan, keampunan dari Allah dan syurga yang tak terkira nikmatnya. Mereka itulah yang disebut sebagai orang-orang muflih(beruntung).

“Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang memperolehi bermacam-macam kebaikan dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” ( At-Taubah : 88).


MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM

Berdasarkan dalil-dalil yang kuat, diyakini Islam akan melingkupi seluruh dunia dimasa depan.

“Dialah yang mengutuskan rasulnya (dengan membawa ) petunjuk yang benar dan agama yang hak untuk dimenangkanNya diatas seluruh agama walaupun orang-orang musyrik membencinya “ ( At-Taubah: 33)

“Sesungguhnya Allah telah memberikan bagiku dunia ini, baik ufuk Timur maupun Barat. dan kekuasaan umatku akan sampai kepada apa yang telah diberikan kepadaku dari dunia ini”

(HR. Muslim)


Bila kejayaan Islam masa lalu muncul akibat dakwah Islam yang banyak ditunjangi oleh para pemuda pemudi Islam yang memiliki sifat dan sikap perjuangan yang gigih yang sanggup tanpa mengira siang dan malam demi kepentingan Islam. Maka demikian juga masa depan Islam. Sunnahtullah tidak pernah berubah. Siapa yang unggul dialah pemimpin ummat Islam masa lalu, terutamanya para pemuda pemudi unggul kerana mereka benar-benar memeluk Islam secara Kaffah, lurus aqidahnya dan penuh ketaatannya pada syariatnya. bagaimana dengan pemuda-pemudi Islam sekarang? Fikir sejenak.


Pemuda-pemudi Islam sekarang hidup dalam lingkungan jahiliah disekitarnya berlaku tentangan kehidupan tidak Islam dalam hampir semua aspek kehidupan, disertai dengan proses melenyapkan islam melalui media massa yang semakin berleluasa. Dari satu sudut mereka tetap muslim tetapi dari sudut yang lain, pemikiran ,perasaan dan tingkah laku dalam berpakaian, bergaul,bermuamalah telah banyak dicemari oleh pemikiran, perasan dan tingkah laku tidak islami yang kebanyakan bersumberkan dari khazanah pemikiran kafir Barat. Kafir Barat bersungguh sungguh melakukan proses pembaratan (westernisasi). Melalui racun sesat pemikiran Barat, mereka berusaha mempengaruhi dan membelokkan pemahaman kaum muslimin terutamanya kaum mudanya agar jauh dari nilai-nilai Islam yang murni. Di bidang ekonomi mereka mengembangkan kapitalisme yang berintikan asas manfaat. Menurut mereka, apa saja boleh dilakukan bila menguntungkan secara material, tidak peduli sekalipun ia bertentangan dengan aturan agama. Di bidang budaya menyebarkan nilai kebaratan (westernisme) yang berintikan nilai jahilliah. Bagi mereka tidak ada pantang larang, termasuk seks bebas, pakaian tidak senonoh, selagi tidak menggangu kepentingan orang lain.


Di bidang politik, penyebaran nasionalisme(semangat kebangsaan) yang menyebabkan kaum muslimin terpecah belah. Bila tidak waspada, pemuda pemudi Islam masa kini akan dengan mudah terasing dari deennya. Ajaran- ajaran Islam tentang pakaian , makanan, politik dan sebagainya, ditanggapinya sebagai fikiran dan seruan yang asing. Bila demikian keadaan pemuda-pemudi Islam sekarang, bagaimana akan dapat diharapkan kejayaan Islamdi masa depan sebagaimana telah dijanjikan Allah?


Dulu, (Imam) Syafii telah hafal Al Quran pada usia sekitar 9 tahun dan mulai diminta ijtihadnya pada usia kira-kira 13 tahun., sebelum akhirnya ia menjadi mujtahid, imam madzhab yang terkemuka.Hassan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid pada usia 18 tahun telah memimpin pasukan perang Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam pada usia 8 tahun telah terlibat dalam perjuangan dan ramai lagi yang hebat2.


Kini, apakah yang sedang dilakukan dan difikirkan oleh remaja berusia 8 hingga 18 tahun dan pemuda-pemudi berusia 20 hingga 23 tahunan? Remaja dan pemuda-pemudi sekarang lebih banyak aktif untuk memuaskan nafsu remaja semata-mata. Fikirkan sejenak.


Lihatlah cara berpakaian mereka, cara bergaul, kreativiti dan seumpamnya. Gambaran remaja dan pemuda pemudi yang tampil di media, tak ada bezanya antara mereka (yang mengaku Muslim) dengan artis-artis lain, yang jelas menyebarkan kekufuran dan kesesatannya, realiti inilah yang terpampang di depan mata dan telinga kita.

Jelas, dan sangatlah jelas, perlunya kebangkitan umat, khususnya dari kaum mudanya, bila kita semua menginginkan kejayaan Islam kembali. Diperlukan pemuda-pemudi Islam sekualiti para sahabat yang memiliki komitmen tauhid yang lurus, keberanian yang tinggi dan menegak. Wallahua’lam

Wednesday, November 12, 2008

AKU YANG TERTINGGAL…



Selama ini, aku adalah orang yang tertinggal. Tertinggal dalam segala-galanya. Dunia dan akhirat. Kalau dibandingkan dengan kawan2 aku, jauh rasanya, dari sudut apa aku nk bandingkan, ilmu agama, politik,akademik,usaha,rajin, apa-apa ja la, terasa aku yang terbelakang.Tapi, bila toleh balik, tak satu pun jalan itu aku yang apilih. Semua jalan itu, dilorongkan kepada aku. Aku seringkali memilih jalan lain, jalan yg dimana, kalau gagal pun aku berasa puas kerana jalan itu yg aku pilih sendiri.. tapi akhir sekali, mesti aku dilorongkan ke jalan yang aku tak pilih. Akibatnya, akulah orang yang tertinggal.

Saat semua orang telah selesai segalanya, aku masih lagi terkapai-kapai. Saat semua orang telah pergi ke tingkat seterusnya, aku masih lagi ditakuk lama. Saat semua orang telah mula memiliki sesuatu, aku masih lagi mencari-cari. Natijahnya, aku kini berada di suatu tempat yang aku sendiri tak tau nak define aku kat mana. Macam takda kesedaran ja. Fikirkan sejenak.

Aku punya cita-cita. Aku punya angan-angan. Tapi setelah sekian lama, cita-cita itu aku rasakan sekadar mimpi yang bila bangkitnya aku dari tidur, pasti akan hilang. Lalu aku mengalah utk mengejar cita-cita. Aku malu dengan diri sendiri.

Aku punya matlamat, tapi sekian lama, matlamat itu hanya merosakkan diri aku perlahan-lahan.

Aku di asuh, kalau aku baling batu ke pokok, maka pokok itu akan kena dibaling dgn batu. Apabila aku melanggar pokok dgn kereta, maka keretaku akan remuk. Aku diasuh dgn percaya, segala yg terjadi itu adalah kerana aku telah melakukan. Maksudnya kehendak/iradat Allah ditolak ketepi.

Kalau aku belajar bersungguh-sungguh, pasti aku akan berjaya. Confirm, 100%. 4 flat pun boleh dapat. Takde sape boleh halang. Macam seluruh dunia ni, beredar mengikut kehendak aku. Bukan kehendak Allah.

Tapi sebenarnya aku salah. Betapa byk kali aku cuba berbuat sesuatu, tetapi sesuatu yang lain terjadi. Semuanya takkan terjaadi tanpa kehendak dan ehsan dari Allah. Betul, tak tipu. Kita ni tak terdaya langsung. Kita boleh berusaha je. Lepas tu berdoa agar Allah kurniakan hasil terhadap usaha kita.

Termasuk jugak sekarang, aku dibelenggu dengan belenggu yang tidak dapat aku melepaskan diri. Aku terikat di dalamnya. Dan diheret ke lubang yang amat dalam. Membuatkan aku jauh mundur ke belakang. Telah berbagai cara aku cuba. Mungkin cara aku tidak kena atau pun tersilap, mungkin juga hatiku ini masih belum cukup ikhlas melakukan sesuatu. Sekarang aku amat berharap, agar Allah kurniakan Kasih SayangNya dan RahmatNya untuk memberikan aku kemudahan agar dapat aku memulakan hidup baru dan terus berlari mengejar Allah.

Sesungguuhnya aku tidak mampu menaqdirkan apa-apa di dalam hidupku hanya dengan usaha. Semuanya bergantung kepada kehendak Allah yang Maha Menguasai alam semesta ini. Sekian.

Ya Allah, permudahkanlah.

Monday, November 10, 2008

Politik wang Hancurkan Umno.........



BEGINILAH ‘cerita rakyat berkaitan pemilihan dalam Umno:

* Pertandingan Umno satu perniagaan.

* Untuk menjadi Ketua Bahagian perlu berbelanja di antara RM3 juta hingga RM5 juta.

* Perwakilan yang dilabelkan ‘G7′ akan membawa pulang RM20,000 hingga RM30,000 semasa Perhimpunan Agung kali ini.

* Pertandingan kali ini membabitkan wang di antara RM250 juta hingga RM300 juta.

Sama ada benar atau tidak, cakap-cakap begini tidak baik untuk Umno. Lebih malang lagi apabila kenyataan sedemikian datangnya dari pimpinan politik Umno sendiri. Sekiranya diteliti pelbagai kenyataan media setakat ini hampir semua mengakui politik wang wujud dalam Umno. Malah hal ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen yang mengakui ‘politik wang dalam Umno sukar dibendung’.

Kita juga mendengar kenyataan sepedas ini dikeluarkan seorang pemimpn Umno: “Tenderkan saja semua jawatan dalam Umno.”

Jadi apakah yang sebenarnya yang berlaku? Umno parti korup? Umno tidak boleh ‘dibetulkan’ lagi? Politik wang begitu berakar umbi dalam Umno hingga menjadi sebahagian daripada budayanya? Umno tidak akan mengubah dirinya? Sistem nilai dalam Umno begitu bobrok hingga parti itu sudah tidak lagi dapat membezakan mana yang ideal dengan yang samping dan remeh? Fikirkan sejenak.

”Seorang pemimpin muda Umno yang menjadi ahli panel sebuah majlis anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama-sama saya dan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selasa lalu terang-terang mendedahkan modus operandi mereka yang mengamalkan politik wang. Ada ‘code word’ dan isyarat tertentu dalam mengagih-agihkan wang. Ada kaedah dan cara tersendiri bagaimana pecacai politik tokoh-tokoh tertentu menjalankan tugas mereka.” Kenyataan oleh Johan Jaafar.

Beliau mengakui masih ada bara idealisme dalam Umno. Politik wang belum bernanah dalam sistem yang sedia ada. Dan masih ada suara jujur, benar dan waras dalam parti itu. Suara ini menjadi sebahagian dari conscience pimpinan dan ahli parti yang insaf. Merekalah yang bersuara lantang menentang amalan yang berbahaya itu. Menurut beliau, biarlah suara itu minoriti tetapi harus bergema di dalam parti.

Memang mudah membuat andaian atau generalisasi mengenai politik wang dalam Umno. Lebih mudah lagi untuk menjatuhkan hukum ke atas semua yang disyaki. Memang benar wujud perlakuan sesetengah pemimpin yang akan berbuat apa saja demi mengekalkan kuasa atau untuk mendapatkan kuasa. Bukan saja wang digunakan, malah penganugerahan ‘Datuk’ juga khabarnya menjadi modal meraih sokongan. Pemberian gelaran itu dikatakan membeli ‘polisi insurans’ untuk masa depan. Sewaktu pemilihan, orang ini akan sentiasa berasa terhutang budi.

Tidak cukup dengan itu, dengan menjanjikan ‘projek’ ramai yang akan menjadi penyokong pemimpin tertentu. Pada saat-saat akhir pula apa yang diperlukan bukan saja ’salam cengkuk’ (salam yang mengandung wang) tetapi istilah seperti ‘tabur’ dan ‘carpet bombing’ akan kedengaran. Seperti juga cara tentera Amerika Syarikat (AS) meratakan tanah Vietnam Utara pada tahun 70-an dan Afghanistan pada awal dekad ini dengan bom, wang yang ‘diturunkan merata-rata’ akan mencorakkan pola pemilihan pada saat-saat akhir.

Tengku Ahmad Rithauddeen berpendapat Umno harus mengatur strategi berkesan bagi mengatasi masalah itu. Beliau bimbang politik wang sudah menular pada pemilihan peringkat paling bawah – cawangan misalnya – sesuatu yang selama ini tidak berlaku.

Memang ada cadangan untuk membuat ‘pembersihan dari dalam’. Tetapi hal itu hanya mungkin berlaku jikalau semua pihak komited. Tidak ada maknanya bertepuk sebelah tangan dalam soal ini. Kebijaksanaannya ialah “jikalau orang menang kerana memberi, mengapa tidak saya.” Lagipun bagi si penerima, ‘Jikalau orang bagi, apa salahnya ambil’. Oleh sebab itulah ‘harga’ semakin melonjak. Si A akan memberi lebih dari Si B. Penerima akan menunggu siapa yang memberi lebih. Soal pangkah siapa cerita lain.

Politik wang juga merupakan konsep yang digunakan sewenang-wenangnya tanpa satu definisi jelas. Mungkin Umno harus belajar dari cari cara parti utama di AS mengendalikan dana politik dan kaedah memberi sumbangan. Cara ini lebih telus daripada kaedah yang digunakan oleh banyak parti di negara membangun. Mungkin ada yang mengatakan cara AS itu tidak sesuai untuk kita tetapi demi mengatasi masalah ini, Umno harus melihat di luar kotak.

Supaya berlaku adil, janganlah dek seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Soalnya ialah di kalangan sekawan kerbau, jikalau hanya seekor yang belum terpalit, lama kelamaan tubuhnya akan terpalit juga. Ada yang berpendapat budaya dalam Umno menyebabkan usaha menolak politik wang hampir-hampir mustahil. Sekiranya hal itu berlaku, maka Umno akan hancur bersama labu-labinyaa.

Maka itu Umno harus melancarkan jihad memerangi politik wang dengan apa cara sekalipun. Itu saja yang akan mengembalikan keyakinan ahlinya, selain membetulkan imej dan persepsi masyarakat terhadapnya. Memerangi politik wang seperti juga menangani gejala rasuah: Bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir. Tindakan lebih penting dari riuh rendah dan janji. Ermmmmm.....

Kebanyakan Sumber di petik dari kenyataan pemimpin UMNO sendiri…

Sunday, November 9, 2008

FIKIR SEJENAK......


Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong.


Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan."

- Sayyidina Ali -

Friday, November 7, 2008

SEMOGA BERBAHAGIA KEKAL KE ANAK CUCU….



Baitul muslim, 7 November hari jumaat jam lebih kurang 5.15 petang, sebuah ”masjid” telah selamat didirikan antara Ustaz Syakirin bersama pasangannya Ustazah Azieati. Majlis akad nikah itu telah dilangsungkan di sebuah surau yang terletak di Bandar Teknologi Kajang. Suasana yang tenang pada petang itu dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handal. Saya selaku anak usrah kepada Ustaz Syakirin turut sama diundang bersama Kazman dan Ramadhan.

Orang yang petah berpidato, hebat berceramah, gugup juga dihadapan tok kadhi, mungkin ini pengalaman yang cukup asing bagi Ustaz Syakirin, peringatan bersama. Terharu melihat naqib yang selama banyak bergurau senda disamping banyak ilmu yang telah dicurahkan telah bergelar sebagai suami. Ucapan tahniah diucapkan. Nasihat dan tunjuk ajar selama ini amatlah berharga kepada saya sebagai bekalan untuk menempuh hari-hari yang mendatang, insyAllah akan di jadikan pedoman.

Saya selaku anak usrah tidak layak untuk menasihati tetapi mungkin pesanan adik kepada abang, selepas ini jadikan perkahwinan ini sebagai platform untuk bergerak lebih aktif di medan dakwah. Jangan jadikan alasan berkeluarga untuk kita tidak mahu terlibat aktif, apapun saya yakin dengan naqib saya, beliau mampu menjadi seorang yang hebat.

Disini saya mendoakan agar ikatan penikahan ini terus menerus berkesinambungan ke anak cucu hendaknya dan mudah-mudahan juga lahirnya kader2 dakwah yang hebat2 meneruskan mata rantai perjuangan dari seorang ayah atau datuk melalui perkahwinan ini. Selamat menempuh alam perkahwinan moga berbahagia kekal ke anak cucu.........

Wednesday, November 5, 2008

Kemenangan Obama, bagaimana reaksinya dengan dunia Islam.



Saya tidak pandai dan bukan selayaknya untuk mengulas mengenai politik Amerika, yang ironi mungkin jauh sekali, mungkin juga selama ini memang kurang berminat untuk mengikuti setiap inci perjalanan pilihanraya Amerika yang berlangsung untuk kali ini, tapi apa yang pastinya pilihanraya Amerika pada kali ini memberi impak yang berbeza kepada dunia dalam menilai sejauh mana keyakinan rakyat amerika kepada pemimpin yang mereka yakin. Negara-negara yang bergantung penuh kepada Amerika amat berharap kesinambungan pemimpin pada kali memberi ruang yang lebih baik untuk menerus agenda masing2.

Pada kali ini Presiden Amerika yang ke 44 merupakan seorang warga kulit hitam(negro), iaitu Barack Obama yang merupakan warga kulit hitam pertama yang akan mendiami Rumah Putih mewakili wakil Presiden dari parti Demokrat, dari sudut peribadi Obama mempunyai sejarahnya yang amat unik. Apa pun kemenangan yang dicapai oleh Obama pada kali ini seperti memberikan harapan baru untuk Amerika dan juga negara yang dunia yang banyak bergantung kepada Amerika. Kemenangan Obama bukanlah memberikan keselesaan yang beliau akan kecapi tetapi masalah yang perlu diselasaikan dengan barahnya keadaan ekonomi Amerika sekarang, dengan masalah diplomasi dengan negara-negara tertentu, peperangan yang belum selesai di Afghaniftan, Iraq yang menggunakan label untuk menjaga keaaman. Semua perkara ini yang perlu untuk Obama selesaikan. Mungkin kemenangannya tepat pada waktu dan masanya.

Apapun perkara yang penting bagaimana reaksi dan tindakan beliau terhadap negara islam, Obama pernah mengeluarkan kenyataan sebagai Pro kepada Yahudi dan Israel pada kunjungan beliau ketika dahulu semasa lawatan beliau ke negara tersebut. Adakah Obama akan meneruskan kesinambungan atau tradisi Presiden yang lepas, tetapi adatnya begitu, kerjasama dengan Yahudi tidak dapat dielakkan kerana mereka yang banyak mengawal ekonomi dan aset negara tersebut. Adakah negara-negara Islam akn terus ditindas atau sebaliknya. Namun, Obama juga telah menyatakan bahawa beliau merupakan seorang yang anti perang, dan wujud dalam manifesto beliau untuk menarik balik tentera Amerika di Iraq dalam masa terdekat selepas beliau menjadi Presiden Amerika. Ini menunjuk sikap beliau yang lembut terhadap Islam itu sendiri. Bagaimana negara-negara Islam yang dilabel sebagai pengganas oleh Amerika selepas ini, manakah arah tujunya.



Kita mengharapkan kemenangan Obama memberi harapan baru kepada dunia Islam bukan sekadar hubungan dengan negara-negara Islam malahan bagaimana hubungan dengan umat Islam itu sendiri terutamanya rakyat Amerika yang beragama Islam. Mungkin berdasarkan pengalaman beliau yang pernah belajar di negara Islam iaitu di Indonesia, Obama sedikit sebanyak pernah bergaul dengan orang Islam dan memberi keyakinan kepada beliau bahawa Islam bukanlah agama yang menganjurkan kegaganasan.

PEDULIKAH KITA??(khusus)

Persoalan mungkin, ikhtilat(pergaulan) MUSLIMIN dan MUSLIMAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

  1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
  2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
  3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
  4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah, berbaju raihan ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam.Kadang-kadang kita bersungguh belajar ilmu Islam, seronok untuk berbicara tentangnya, siapa yang lebih alim kononnya, namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.

Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, “ Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.

Pelanggaran batas-batas pergaulan muslimin dan muslimat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil warak berbungkus”. Terutama bagi mereka yang bergiat aktif dalam bepersatuan tambahan pula jika persatuan yang punyai title ’Islam’.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar kampus mahupun masyarakat keliling tidak mempedulikan perkara sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2” Untuk berkahwin

“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” muslimat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang muslimin untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Bila dah dichop tu, macam dah hak sendiri, tiada lagi rasa malu sesama sendiri. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. YAHOO Messenger(YM)/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

YM adalah termasuk satu kemudahan. Dengan kemudahan internet yang meluas sekarang, Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Depan lain belakang jadi lain, buat tidak bersalah saja, macam tempat luah perasaan pula kadang-kadang tu.

Firman Allah Subhanahu Wataala :

Rasulullah s.a.w bersabda, “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)

Kesimpulannya Pergaulan muslimin muslimat, pedulikah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa terutama kepada penggerak da`wah Islam..

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.


Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, pergaulan muslimin muslimat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?.sama ada tanpa disedari atau sedar sendiri. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini.

Disusun semula, Ini saya dapat dari kawan dan untuk berkongsi bersama, sedikit pengubahsuaian dari yang asal untuk sesuiakan dengan keadaan sekeliling. Ini sebenarnya untuk peringatan diri sendiri yang utama, supaya sedar siapa diri dan berkongsi dengan sahabat2 lain. tiada kaitan antara yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia. Wallahu ‘alam.

Modified by Blogger Tutorial

warna-warna pencerahan ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP